Foto: Carian Google
Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di mana berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berterusan akibat faktor seperti permintaan yang tinggi berbanding pengeluaran dan peningkatan kos penghasilan barang. Ia akan menyebabkan nilai wang atau kuasa beli akan semakin kecil berbanding dengan barangan yang kita dapat. Inflasi secara tidak langsung memberi kesan kepada perbelanjaan dan pendapatan. Foto dibawah memberi gambaran ringkas tentang kesan inflasi terhadap kehidupan seharian kita.
Perbezaan kuasa beli penguna dulu dan sekarang
Jika kita menyimpan di bank, kadar faedah yang diperolehi adalah amat kecil dan tidak mampu melawan kadar inflasi. Bagi membolehkan wang kita tidak mengalami susut nilai yang ketara, adalah dicadangkan untuk melaburkan wang dalam medium yang mampu melawan kadar inflasi seperti saham yang mampu memberi pulangan yang lebih baik. Namun ia tidak sesuai untuk semua golongan kerana memerlukan fundemental dan ilmu teknikal yang tinggi.
Sebagai alternatif dicadangkan untuk membuat pelaburan dalam unit amanah yang mampu memberi pulangan yang lebih baik dan menjadi pilihan untuk perancangan kewangan jangka panjang.
Tips berbelanja untuk mengatasi Inflasi
- Berdisplin dalam merancang perbelanjaan berhemeh dengan melaraskan perbelanjaan dan membuat simpanan wang di awal bulan
- Mencari alternatif untuk meminimumkan perbelanjaan dengan menggunakan jenama yang lebih murah tapi masih berkualiti
- Buat perbandingan harga untuk mendapat harga yang lebih baik
- Berbelanja mengikut keutamaan dan rancang ikut keperluan
No comments:
Post a Comment