Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Pelaburan adalah salah satu
kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara
Islam menggariskan, Penghasilan Harta (Wealth Creation) sebagai satu
asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengan harta. Tidak dinafikan, harta perlu
dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qadar. Islam melarang
membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar
manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang.
Sebagaimana sunnah yang
ditunjukkan oleh Nabi Yusuf a.s menerusi firman Allah yang bermaksud:
"Berkata Yusuf: Kamu bercucuk
tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah
kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian
datang sesudah itu tujuh tahun kemarau (kelapan), sehingga menelan apa yang
telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih)." (Yusuf: 47-48)
Pengembangan harta boleh
dilakukan menerusi pelbagai cara, antaranya menerusi pelaburan di institusi
kewangan.
Pelaburan dalam unit amanah
juga ada menawarkan dana-dana yang mematuhi syariah. UTMC yang menawarkan
dana-dana patuh syariah perlu menyediakan panel-panel syariah yang
berkelayakan. Panel syariah yang dilantik perlu memastikan dana-dana yang diuruskan menepati kehendak syariat Islam.
Sebagai agen unit amanah saya sentiasa mengesyorkan pelabur-pelabur Islam supaya memilih dana-dana yang patuh syariah. Namun setiap pelabur berhak untuk membuat keputusan sendiri.
No comments:
Post a Comment