Foto: Carian Google
Wasiat adalah dokumen bertulis yang mengandungi ikrar ataupun
hajat seseorang yang dibuat ketika hayatnya ke atas harta atau manfaatnya untuk
dilaksanakan selepas kematiannya.
Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam hari ini kurang pengetahuan tentang wasiat. Wasiat sering disalahertikan di mana ramai yang beranggapan wasiat adalah kata-kata atau pesanan seseorang mengenai hartanya sebelum meninggal dunia.

Masyarakat Islam harus sedar bahawa penulisan wasiat bukanlah bermatlamat untuk menidakkan
hukum faraid. Penulisan wasiat bertujuan memudahkan proses pentadbiran dan pengagihan harta pusaka dan sekali
gus nasib waris-waris dapat dipelihara.
Berikut adalah antara masalah-masalah yang kerap timbul
akibat ketiadaan wasiat:
a) Proses
pengagihan harta pusaka berlarutan sehingga bertahun-tahun
b) Nasib
waris-waris tidak terbela khususnya anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah
c) Suami / isteri
tidak mendapat bahagian harta sepencarian
d) Hutang
tertunggak
e) Proses
perundangan yang menyulitkan waris-waris
f) Hubungan
kekeluargaan di kalangan waris-waris terjejas
g) Manipulasi
terhadap harta pusaka
h) Perniagaan
tidak dapat diteruskan
Ramai yang masih berandaian bahawa harta-harta seseorang
akan secara automatik diagihkan kepada wars-waris setelah berlaku kematian. Tetapi malangnya, pelbagai proses yang
kompleks perlu dilalui oleh waris-waris sebelum harta peninggalan dapat
diagihkan. Melihat realiti semasa, kita dikejutkan laporan akhbar RM42 bilion harta orang Islam di Malaysia beku membabitkan kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat. Jumlah yang besar itu memberikan impak buruk kepada perkembangan ekonomi orang Islam.
Individu-individu yang perlu membuat wasiat tidak
semestinya yang kaya-raya. Dengan hanya berhartakan contohnya RM5000.00,
seseorang itu perlu juga membuat wasiat sama ada harta itu berupa harta alih
seperti akaun simpanan atau harta tak alih seperti tanah. Tiada sesiapa yang
mahu waris-warisnya bersusah-payah turun naik mahkamah dan sebagainya
semata-mata untuk mendapatkan harta peninggalan mahupun dalam usaha melunaskan
hutang-hutang si mati.
Nafsu dan perasaan manusia terlalu rumit untuk
diramalkan. Keadaan keluarga yang harmoni pada hayat kita boleh bertukar
menjadi haru-biru dan berpecah-belah disebabkan kelemahan pentadbiran ataupun
perebutan harta peninggalan kita. Justeru itu, ingin ditekankan di sini bahawa,
melalui penulisan wasiat, pelbagai komplikasi jangka panjang mahupun jangka
pendek boleh dielakkan selain menjamin kesejahteraan institusi kekeluargaan.
Tahukah
bahawa setelah kematian anda, harta-harta seperti akaun semasa, akaun simpanan
di Tabung Haji, ASB, KWSP dan sebagainya akan terbeku dan kebiasaannya
waris-waris terpaksa menunggu sehingga beberapa tahun sebelum harta-harta itu
dapat diagihkan? Janganlah berlengah lagi dalam melindungi harta anda dan
orang-orang yang anda sayangi walaupun anda masih muda. Jangan tinggalkan
mereka dengan masalah kewangan ditambah pula dengan prospek sistem perundangan
yang menyulitkan.
Kini, pelbagai institusi kewangan dan syarikat yang mendaftar menawarkan perkhidmatan mendokumenkan wasiat dan ia boleh dibuat pada bila-bila masa tanpa perlu melantik peguam. Anda juga tidak perlu risau kerana wasiat anda akan disimpan oleh institusi tersebut dan boleh diubahsuai mengikut kesesuaian status semasa anda. Dan yang paling penting kos untuk menyediakan dokumen wasiat anda adalah sangat berpatutan.

No comments:
Post a Comment