Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Esok sudah hari kelapan Syawal. Bagi ibu ayah yang telah memulakan puasa enam sejak dari 2 Syawal yang lalu, esok adalah raya bagi mereka. Bagi kita yang belum bermula, bolehlah merancang untuk berpuasa dan mengambil kesempatan memanfaatkan bulan Syawal yang berlalu ini untuk melaksanakan puasa enam.
Kelebihan Puasa Enam
Sambutan Aidilfitri adalah kemuncak kegembiraan
bagi umat Islam setelah menempuh Ramadan dengan penuh ketakwaan kepada Allah
SWT. Mereka telah menghadapi siang Ramadan menahan
lapar, dahaga dan rangsangan nafsu syahwat. Pada malamnya mereka akan tunduk
sujud kepada Allah SWT melaksanakan qiam Ramadan' iaitu solat sunat tarawih,
tadarus al-Quran dan iktikaf di masjid. Maka sudah tentu mereka yang beriman dan beramal
soleh ini layak untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan
gembira.
Berlalunya Ramadan tidak bermakna kita tidak
dituntut melakukan ibadah lain. Pelaksanaan ibadah bukan pada Ramadan tetapi
bulan lain juga kerana kehidupan manusia itu keseluruhannya adalah ibadah
kepada Allah SWT.
Begitulah juga dengan puasa. Walaupun puasa
selama sebulan Ramadan sudah tamat namun kita masih lagi diberi peluang
berpuasa iaitu dengan melakukan puasa sunat antaranya puasa sunat enam hari
Syawal.
Direkodkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub
al-Ansari, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti
dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa
sepanjang tahun." Nabi SAW menjelaskan puasa enam hari pada Syawal
pahalanya sama seperti puasa setahun secara penuh. Namun syaratnya, setelah
kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan. Jika puasa Ramadan, Nabi menjanjikan pengampunan
dosa yang lampau maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan
Syawal pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun.
Tatacara Puasa Enam
Berkenaan tatacara berpuasa enam hari Syawal,
ada beberapa pandangan ulama. Kebanyakan ulama mazhab al-Syafi'e antaranya
Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadan perlu
menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan
berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.
Maksudnya, lebih afdal seseorang itu berpuasa
enam hari secara berturut-turut bermula pada 2 Syawal. Pandangan ini juga adalah
pendapat Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin.
Dinukilkan daripada Ma'mar dan `Abd al-Razzak,
seseorang itu tidak boleh berpuasa secara serta-merta dan berturut-turut
selepas Aidilfitri kerana harihari permulaan dalam bulan Syawal adalah waktu
untuk umat Islam makan dan minum setelah sebulan menunaikan ibadah puasa
Ramadan.
Menurut pandangan sebahagian ulama lain pula
antaranya Waqi' bin al-Jarrah iaitu guru kepada Imam al-Syafi'e dan Imam Ahmad
bin Hanbal, puasa sunat enam Syawal yang dilakukan secara berturutturut mahupun
berselang-selang adalah sama dari segi kelebihannya.
Oleh itu, seseorang yang telah berpuasa Ramadan
mempunyai pilihan untuk terus berpuasa serta-merta selepas Aidilfitri secara
berturut-turut atau berselang-selang selagi mana dia berada dalam Syawal.
Setelah diteliti ketiga-tiga pandangan ulama,
maka dapatlah disimpulkan bahawa puasa sunat enam Syawal boleh dilakukan
serta-merta selepas sambutan Aidilfitri mahupun melakukannya selama enam hari
pada mana-mana hari dalam bulan Syawal.
Namun lebih elok jika puasa enam hari itu
dipercepatkan jika tiada sebarang halangan. Jika kita tidak mampu berpuasa
serta-merta, maka bolehlah kita memilih untuk berpuasa enam hari sepanjang
Syawal.
Melihat suasana Aidilfitri kebanyakan masyarakat
Malaysia yang akan mengadakan rumah terbuka, budaya kunjung-mengunjung ini
mengambil masa berhari-hari malah ada mengadakan rumah terbuka sehingga
penghujung Syawal.
Oleh itu, sesiapa yang dijemput hadir ke majlis
rumah terbuka maka tidak perlulah berpuasa kerana puasa enam boleh dilakukan
pada hari lain. Begitulah juga mereka yang menjemput tetamu datang ke rumah,
maka seelok-eloknya mereka menjamu selera bersama-sama tetamu yang hadir.
Namun jika mereka masih mahu berpuasa maka
tidaklah salah tetapi perlulah menjelaskan dengan baik kepada tuan rumah
mahupun tetamu yang datang.
Utama qada puasa
Berkenaan mana lebih penting, puasa ganti atau
puasa sunat, seelok-eloknya kita mempercepatkan qada dengan menggantikan puasa
yang ditinggalkan dalam bulan Ramadan.
Ulama membahaskan keutamaan iaitu adakah lebih
perlu menggantikan puasa Ramadan sebelum berpuasa sunat. Majoriti ulama
menyatakan, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan seelok-eloknya
menggantikan puasa itu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.
Sebahagian ulama pula berpendapat, seseorang
yang wajib menggantikan puasa seperti wanita didatangi haid perlulah
mendahulukan puasa wajib iaitu mengqadakan puasa ditinggalkan sebelum
melaksanakan puasa sunat Syawal.
Pada pandangan mereka, urusan wajib perlulah
disegerakan dan tidak boleh didahulukan dengan urusan lain walaupun urusan
berbentuk sunat.
Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin berkata,
sebahagian ulama membenarkan mendahulukan puasa enam hari Syawal ke atas puasa
ganti. Namun pengecualian itu hanya untuk puasa enam hari Syawal saja.
Perkara ini juga untuk memudahkan wanita turut
sama mendapat kelebihan menunaikan puasa enam Syawal. Jika mereka mendahulukan
puasa ganti kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan puasa sunat Syawal.
Antara keistimewaan puasa enam Syawal adalah:
Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama
setahun.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan
Nabi SAW menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadan dan menambah enam hari pada
bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan, setiap
kebaikan akan digandakan oleh Allah sebanyak sepuluh kali ganda.
Tambah beliau lagi, barang
siapa melengkapkan Ramadan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa
sepanjang 10 bulan. Puasa enam hari Syawal digandakan sepuluh bersamaan 60 hari
dan bersamaan dua bulan. Oleh itu, puasa Ramadan ditambah enam hari bulan
Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.
Melengkapkan kekurangan yang
terdapat dalam ibadah puasa pada Ramadan.
Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari
Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat
ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan
dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang
menampung kekurangan terdapat padanya.
Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa
sunat lain.
Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam
bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain.
Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat
lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam hari
Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus
berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.
Kredit: http://www.islah.edu.my/
----------------------------------------------------
Pengurus Online
Akademi
· Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat
mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen
bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi
ada internet Sangat
sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang
dah, semua mesti ramai online sahaja.
Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR
* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi
* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).
* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula
Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR
* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi
* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).
* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment