='description'/>

Tuesday, 19 August 2014

Cabaran hebat seorang WAHM

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah. Baru usai tugas dapur. Sejak pagi, tugas dapur kena buat curi-curi dan sambil-sambil. Kalau nak fokus hanya satu-satu masa alamatnya tiada yang sempat habis. Amnah sekarang beralih ke fasa baru. Bangun pagi seawal Subuh dan tidur malam ketika orang lain sudah tidur. Tidur siangnya pula tak sampai setengah jam. Itupun jika kena gayanya. Kalau tidak, dia boleh tahan sampai petang tidak tidur. Bukan mudah untuk mengajaknya tidur, silap-silap sendiri yang lena dulu. Bila berjaya tidurkan, mudah pula terjaga jika mendengar apa-apa bunyi. Waktu tidur inilah sahaja, boleh buat kerja, itu pun kerja yang senyap-senyap sahaja. 

Ternyata memang mencabar tugas bekerja dari rumah. Bukan calang-calang orang yang boleh menanganinya. Setiap hari sangat perlunya perancangan. Walaupun adakala sekadar tercatat dalam buku sahaja. :)

"Ini baru anak dua" mak saya kata :)

Mak saya dulu seorang WAHM juga, seorang surirumah dan tukang jahit. Wanita beranak enam yang menguruskan sendiri urusan keluarga dan urusan kedai jahitnya. Ketika itu kami sekeluarga tinggal dikampung bersama datuk dan nenek, sementara ayah masih bertugas sebagai seorang anggota tentera dan hanya pulang seminggu sekali. 

Tersenyum sendiri mengingatkan kata-kata mak. Mak memang hebat. Mak dah rasa perit jerihnya menjaga kami. Mak juga banyak membantu ayah mencari rezeki dengan menjahit untuk membiayai persekolahan kami adik beradik semua hingga berjaya ke IPT. Alhamdulillah. 

Sekarang mak dah tak menjahit lagi. Kedai mak pun dah lama tak dibuka. Hanya sesekali jika ada keperluan. Dulu mak jahit 'fulltime', lepas ayah meninggal menjahit dah jadi 'part time'. Tetapi sekarang bila adik yang bongsu sudah ke IPT, menjahit dah jadi 'no time'. :) Mak  dah gembira aktiviti barunya; hadiri kelas Al Quraan, pergi kenduri, mesyuarat kaum ibu, mesyuarat masjid, mesyuarat PDK, jemputan berzanji, pergi rombongan, uruskan aktiviti surau dan yang paling menarik, mak selalu jadi antara drebar untuk menjemput jemaah wanita yang tiada pengangkutan untuk hadir ke program surau. :) 

Kami adik-beradik selalu usik mak. Sebab Mak kami sekarang dah sibuk macam menteri :)
----------------------------------------------------

Pengurus Online Akademi
·   Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet  Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja. 
Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR
* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi
* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).
* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment