='description'/>

Saturday, 23 August 2014

Biji Selasih

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Baru-baru ini kami berkesempatan menziarahi bapa saudara saya. Beliau dulu merupakan pesakit Diabetes yang agak kritikal. Alhamdulillah, dengan izin Allah usaha beliau berubat secara dan moden dan tradisional telah menampak hasil yang baik walaupun satu jari kakinya sudah tanggal akibat kudis yang sekian lama tidak sembuh kesan dari penyakit Diabetes. Beliau berkongsi cara perubatan tradisional yang diamalkan bersama seorang pakar saraf. Selepas beberapa sesi terapi beliau dengan doktor tersebut, Alhamdulillah beliau beransur pulih dan tidak lagi perlu makan ubat dan mencucuk insulin seperti yang perlu dibuat oleh pesakit diabetes sepertinya. Antara petua yang diajarkan oleh pakar itu ialah mengamalkan biji selasih. Selasih perlu direndam seberapa ketika sebelum diminum air dan dikunyah bijinya. Untuk lebih ada rasa, boleh tambahkan sedikit perasa seperti sirap. In shaa Allah mujarab untuk penyakit-penyakit sendi.

Saya tertarik dengan petua yang beliau kongsi. Saya usahakan pencarian khasiat Biji Selasih di intenet. Harap perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


Khasiat Biji Selasih

Biji selasih yang berwarna hitam apabila direndam dengan air akan terhasil selaput putih seperti jelly. Biji selasih biasa digunakan di dalam air minuman manis seperti kathira, sirap dan juga sebagai bahan dalam puding.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di China, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.
--------------------------------------------


Bagi yang tiada produk, mula dengan bisnes dropship juga salah satu cara lagi untuk menjana pendapatan.
Siapa yang sesuai untuk bisnes ini?
suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
anda yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos
Bisnes apa pun tetap ada risikonya. Tetapi dengan produk dropship tiada sebarang risiko jika kita betul-betul buat dengan sungguh-sungguh, fokus dan komited.
Risikonya hanyalah pembaziran masa. Kalau buat sambil lewa, tidak pernah promosi langsung, buat ala kadar memang kena tanggung risiko sendiri, rasa rugi sebab dah keluar modal untuk belajar.
Tapi kalau buat sungguh-sungguh, bila sudah berhasil pasti akan rasa seronok. Insha Allah.
Pilih antara kelas berikut:-
1. Dropship makanan sunnah dan projek lepas raya
2. Dropship makanan sunnah dan telekung solat
3. Dropship makanan sunnah dan produk islamik
Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, 
Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment