Teks: Fauziah Sirat
Guru Online Mie Normi
Apa yang berlaku lewat malam semalam mengingatkan saya kepada kejadian yang
pernah berlaku lebih sepuluh tahun lalu. Saya pernah kehilangan anak di
kompleks membeli belah! Bukan seorang. Tetapi dua orang. Dua orang anak lelaki
saya yang masih kecil ketika itu; tak sampai 6 tahun terperangkap di dalam lif
bersendirian tanpa saya. Alhamdulillah. Akhirnya, anak-anak saya selamat
ditemui oleh orang baik-baik di dalam lif tersebut dan dihantar ke tempat perkhidmatan pelanggan.
Hanya Allah yang tahu
ketika itu bagaimana tahap kerisauan yang melanda diri. Setengah jam
mengharungi momen itu cukup membuatkan saya huru hara; hilang punca; panik
sepanik-paniknya. Saya tahu saya akan berfikir lebih baik ketika itu sekiranya
saya bertenang. .Tetapi bertenang ketika kehilangan anak adalah sesuatu yang
luar biasa dilakukan oleh saya. Naluri ibu tidak berupaya menenangkan saya
detik itu. Apa pun, saya banyak belajar daripada tempoh setengah jam yang
tersebut.
Ibu bapa tidak boleh
leka di dalam aspek keselamatan anak-anak terutamanya apabila berada di tempat
umum. Sentiasa ada kemungkinan untuk anak-anak hilang daripada pandangan walau
sesaat dua. Justeru, berdasarkan kejadian yang menimpa saya, alangkah baiknya
sekiranya anak-anak saya diajar menghafal nombor telefon bimbit saya ketika
itu. Alangkah baiknya sekiranya saya juga selalu berpesan, "sekiranya
berlaku sesuatu, cari orang dewasa. Minta tolong mereka bawa abang dan adik ke
tempat perkhidmatan pelanggan". Pasti lebih baik sekiranya anak-anak telah
diorientasikan tempat-tempat penting di sesuatu tempat umum. Tunjukkan di mana
tempat perkhidmatan pelanggan, di mana kaunter polis bergerak (sekiranya ada).
Tunjukkan juga siapa pekerja-pekerja di tempat itu; contohnya pengawal
keselamatan. "Yang itu pakcik pengawal keselamatan. Kerjanya menjaga
keselamatan tempat ni. Kita akan cari dia kalau kita hilang barang. Ada juga
ibu bapa yang jumpa pak cik tu kalau anak mereka hilang." Apapun, lakukan
perkara-perkara ini tanpa menimbulkan rasa takut anak-anak untuk ke tempat
umum. Lakukannya sebagai satu rutin; dalam bentuk bercerita dan bersembang.
Anak-anak akan segera dapat mesej sekiranya ianya dilakukan berulang-ulang
dalam bentuk yang santai.
Anak-anak saya kini
sudah jadi anak bujang. Ada umur panjang, saya bakal menjadi nenek. Tentunya
saya enggan cucu-cucu saya menempuh momen 'setengah jam' itu. Cerita ini akan
jadi kisah keturunan saya. Saya akan pastikan pengalaman saya mengajar
anak-anak saya untuk mengajar anak-anak mereka pula. Insyaalllah...
--------------------------
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
Jika berminat hubungi saya:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment