Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah tersentuh dengan perkongsian teman dalam Group
Whatsapp saya hari ini. Peringatan berguna untuk diri sendiri dan pembaca
semua. Moga kita lebih bersyukur dengan nikmat
kehidupan dan kesihatan yang diberi ini. In shaa Allah.
--------------------
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya
apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna
putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir
saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.
Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?",
mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata.
"Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka
menjawap.
Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang
itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu
mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam
sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga
lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah
bersama-sama," mereka menjawap.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin
tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun
menerangkan:
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata
sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah
kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih
Sayang."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah
semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara
kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan
memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau
macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini
dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa
pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang
mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan
memberikan pandangannya:
"Bukankah lebih baik sekiranya kita
menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih
Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu
kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai
tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga
lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah
masuk dan jadi tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita
itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa
kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab: "Jika awak
menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi
oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi,
kami akan pergi bersamanya.
...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada
Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM
---------------------------------
PROMOSI! PROMOSI!
Hanya bayar RM199 di Shah Alam, 6 Sept dan Melaka 13 Sept, Sabtu.
Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Melaka
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Boleh PM saya untuk mendaftar! cepat2 ya..
No comments:
Post a Comment