Foto: Carian Google
Alhamdulillah, seharian berada di Shah Alam semalam belajar ilmu baru; FB Ads. Mungkin ramai yang advanced bab-bab ni, tapi saya kuatkan minda untuk tambah ilmu selagi boleh. Bisnes di dunia maya perlukan ilmu yang berterusan sebab setiap hari ada sahaja yang baru. Tidak boleh hanya berdiam ditakuk lama. Usaha kena ada. Baik yang percuma atau mampu bayar jika mampu. Walaupun zahirnya memang tak mampu untuk belajar semua, tetapi bila peluang depan mata kena rebut cepat-cepat. Betul tak? :)
Seharian belajar, Encik suami ambil alih tugas jaga anak-anak. Alhamdulillah dapat suami yang menyokong minat dan usaha isterinya ini. Bagi mengelak dari bosan menunggu saya habis kelas, suami bawa anak-anak ke Wetland World Waterpark di Shah Alam. Gembira sangat Aqil semalam. Kunjungan ini juga sebagai hadiah dapat berpuasa penuh Ramadhan yang lepas. Si kecil, Amnah pun tak lepas peluang bermain air. Cuma suami sahaja yang tak bebas sangat untuk ke kolam sebab perlu mengawasi Amnah yang belum bisa dilepaskan sendirian.
Kelas saya tamat pada pukul 5 petang. Hujan masih turun dibumi Shah Alam. Habis solat di Masjid Seksyen 13, kami pulang terus ke Kajang. Sampai ke rumah pun agak lewat petang. Belum habismengemas barang dari kereta, ada pula jemputan raya ke rumah jiran. Hentikan sekejap mengemas, kami tunaikan dulu jemputan raya. Alhamdulillah, rezeki kami semua petang itu dapat makan laksa yang sangat sedap. Ditambah pula, hujan baru berhenti dan perut yang kenyang sudah jadi lapar. :) Terima kasih tuan rumah yang menjemput kami.
Malamnya, kami semua tidur awal. Semua kepenatan. Saya penat belajar, yang lain penat bermain air. Sebelum tidur saya sapukan Minyak ZB3 pada badan Amnah dan Aqil. Alhamdulillah, bangun pagi ini tiada yang demam.
Alhamdulillah.. Moga hari-hari yang kita lalui adalah hari-hari yang indah dan bermakna. Aamin.
------------------------------------BENGKEL OFLINE ASAS AKAUN
1) Tarikh: 6 September 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.30pg -5.30ptg
2) Tarikh: 13 September 2014, Sabtu
Lokasi: Melaka
Masa: 9.30pg -5.30ptg
Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Boleh PM saya untuk mendaftar! cepat2 ya..
Hubungi saya untuk mendaftar.
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment