='description'/>

Tuesday, 12 August 2014

Ziarah Raya

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, sudah sampai ke hari 16 Syawal. Amalan ziarah di taman tempat tinggal saya masih diteruskan. Minggu ini, hampir setiap hari ada sahaja jemputan dari jiran-jiran ke rumah terbuka. Di rumah sendiri, walaupun tiada rumah terbuka, masih ada sahaja jiran yang datang bertandang. Syukur dapat kejiranan yang rajin menghidupkan kembali amalan ziarah ini. 

Bila amalan kunjung mengunjung seperti ini dijadikan amalan, ia mengeratkan ukhwah kami antara satu sama lain. Maklumlah, walau duduk bersebelahan banyak lagi yang kami tidak kenal. Bila berpeluang ziarah seperti ini, bukan ibu ayah sahaja gembira, anak-anak kecil tidak lepaskan peluang bermain bebas memenuhi jalan depan rumah yang selalunya sunyi dikala hari-hari biasa. Semoga dengan amalan ziarah ini diteruskan dimasa akan datang. Secara tidak langsung juga membantu mempergiatkan aktiviti-aktiviti kejiranan nanti.


-----------------------------------------------------

·        Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil
-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan
Jika kalian kategori usahawan di atas
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untuk atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan
 
Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan

·   Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 16.8.2014
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg




Hubungi saya untuk mendaftar.

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment