Teks:
Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, sudah sampai ke minggu
terakhir Syawal. Tentunya anak-anaklah paling gembira dikala ini. Bukan sahaja
dapat beraya sakan dan dapat makan berbagai hidangan ke rumah-rumah terbuka,
malah paling gembira bila dapat banyak Duit Raya.
Mengajar anak mengenai duit tidak mudah.
Anak-anak ini perlu diajar sejak kecil bagaimana menguruskan kewangan mereka.
Bukan mudah menasihati melalui kata-kata tetapi lebih kepada pengajaran melalui
tindakan kita sebagai ibubapa. Jika kita sebagai ibubapa tidak menunjuk teladan
yang baik, mana mungkin anak-anak mengikut apa yang kita nasihatkan kepada
mereka.
Jadi contoh kepada anak-anak
Sebagai ibubapa tunjukkan kemahiran
mengurus kewangan. Ketika membeli belah tunjukkan beza antara keperluan dan
kehendak. Contohnya, satu bar coklat adalah kehendak tetapi satu tin susu untuk
anak adalah satu keperluan. Terangkan perbezaan kedua-duanya. Apabila amalan
seperti ini dipraktikkan, anak-anak akan pandai membuat pilihan ketika membeli.
Mahu dibelanja atau simpan?
Jika sudah sampai masa nanti anak-anak
sudah boleh menerima belanja secara bulanan atau mingguan, ajar anak supaya
belajar menyimpan sekurang-kurangnya 20 peratus dari apa mereka terima. Ketika
musim raya pula, ajar anak simpan sebahagian besar duit yang diterima. Dedahkan
mereka dengan membuat simpanan di mana-mana institusi kewangan. Beritahu mereka
dengan simpanan yang dia simpan sekarang, wang nya akan bertambah. Ini akan
memberi motivasinya untuk menyimpan setiap kali mereka mendapat lebihan duit
simpanan. Bawa mereka ke bank dan ajak mereka berurusan di kaunter
ketika urusan simpanan dilakukan.
Beri ganjaran berdasarkan pencapaiannya
dalam mengurus kewangan mereka
Setiap tahun apabila mahu memberi duit
raya, lihat sejauh mana pencapaian anak itu dalam menyimpan wang. Jika dapat
simpan lebih, beri duit raya lebih padanya ketika raya tahun ini. Dengan ini
ibubapa boleh memberi semangat kepada anak untuk mengurus duit raya.
Budayakan sikap ‘memberi’ kepada yang
memerlukan
Jangan lupa ajar anak-ajar anak supaya
bersedekah. Beri kesedaran kepada mereka tentang keajaiban bila kita besedekah.
In shaa Allah, bila sudah diserapkan kesedaran sejak kecil mereka mudah memberi
bila sudah dewasa nanti.
Moga bermanfaat!
_____________________________________________________
Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment