='description'/>

Sunday, 17 August 2014

Bila bayi selesema

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Pengalaman membesarkan Aqil yang sering mengalami astma sejak dari kecil, mengingatkan saya betapa pentingnya kita untuk menghindari anak-anak kecil ini dari terkena jangkitan selsema. Kekadang selsema yang asalnya hanya sedikit jika dipandang ringan sahaja akan mudah terdedah kepada penyakit-penyakit lain yang bahaya.

Seperti saya juga, tentunya pengalaman dilalui oleh ibu bapa yang lain akan risau apabila bayi mereka mendapat selesema terutama buat pertama kali. Bayi akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang  melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi. 

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. 

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika kita sentiasa membasuh tangan selepas menghembus hidung. 

Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Bayi juga akan mudah meragam dan hilang selera makan. 

Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi kita perlu membantu mengeluarkan mukus mereka. 

Berapa lamakah selesema akan berlarutan?
Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun. 

Bolehkah saya mencegah bayi dari selesema?
Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi dan keimunan semula jadi. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja. 

Kita juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya. 

Jika suami seorang perokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok. 

Bilakah saya perlu menghubungi doktor?
Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi  berusia kurang dari tiga bulan. 

Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:
·        selesema berlarutan lebih dari lima hari;
·        suhu bayi melebihi 39 darjah C;
·        dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
·        dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?
Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). 

Jika badannya panas, berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. 

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya: 
· Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi  (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

·        Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.

·        Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap. Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

Kredit: babycenter.com
----------------------------------------------------

Pengurus Online Akademi
·   Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet  Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja. 
Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR
* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi
* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).
* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



No comments:

Post a Comment