Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, menghabiskan hari minggu dengan ziarah raya ke rumah jiran tetangga dan sahabat lama. Kali ini bila ditanya soal kerja, rasa lebih yakin untuk bercerita yang saya bekerja dari rumah. Walaupun sebahagian yang mendengar macam 'ragu-ragu' macamana saya boleh bekerja di rumah. :) Alhamdulillah.
Seperti biasa sambil berbual dan berkongsi cerita, sesekali terdengar juga keluhan rakan-rakan yang bekerja yang runsing untuk menempuhi hari Isnin. Maklumlah bila sudah lama bercuti, bukan anak-anak sahaja yang liat sekolah, ibu ayah juga ada yang resah nak mulakan kerja. Dalam diam mendengar, terdetik juga dihati 'jika diri ini masih bekerja macam dulu, aku pun macam tu juga. :)
Alhamdulillah, Allah melorongkan saya untuk berada sepenuh masa dengan anak-anak. Bukan sebab tiada cabaran dan kekangan bila di rumah, atau bukan tiada kongkongan dari majikan. Bahkan cabaran di rumah adalah lebih hebat. Tetapi saya sayangkan masa dan nikmat yang Allah bagi ini. Subhanalllah.
Buat sahabat-sahabat yang berkongsi keluhan-keluhan ini, nasihat daif, saya mulakan sesuatu sekarang. Tanamkan cita-cita untuk dapat kembali sepenuh masa di rumah bersama keluarga suatu hari nanti. In shaa Allah, saat itu akan datang juga bila kita sudah ada pilihan ditangan, sama ada teruskan bekerja atau memilih untuk bekerja sendiri. Kehidupan hanya sekali, jangan kita sia-siakan!
_____________________________________________________
Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment