='description'/>

Friday, 31 January 2014

Norfahdillahtulela Khalil - Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage

Teks: Norfahdillahtulela Khalil
Guru Online: Zaila Mohammad
Sumber: http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.


Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes bakeri saya pada setiap pelanggan. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk hubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: Zaila Mohamad).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan mengikuti blog ini. ;)

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 380 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Jika berminat hubungi saya:

Facebook Rafisuhaila Rahim 

Thursday, 30 January 2014

Jalan penyelesaian apabila diistihar muflis

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Pagi ini berkesempatan membaca berita di laman web PPIM mengenai kes-kes muflis atau bangkrap di Malaysia yang semakin membimbangkan. Menurut statistik, kumpulan umur yang mencatatkan angka tertinggi ialah golongan berumur 35 tahun hingga 44 tahun, dan  dianggarkan pula 60 orang bangkrap setiap hari.  Keadaan yang sangat mengejutkan kita semua. Berita ini juga semakin terkesan dihati saya lagi baru-baru ini mendapat berita seorang sahabat yang hampir diistiharkan muflis hanya kerana tidak dapat menjelaskan hutang yang walaupun hanya beberapa ribu sahaja. Ya Allah, mudahkan urusan sahabat saya ini. Aameen.

Bagi mereka yang hampir atau sudah diistiharkan muflis, perlulah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan organisasi tertentu atau syarikat kewangan yang terlibat yang boleh membantu untuk anda mencari jalan keluar. Jangan hanya duduk berdiam diri dan menerima sahaja apa yang berlaku. Ini kerana banyak halangan yang perlu anda hadapi yang melibatkan kehidupan seharian sekiranya sudah diistiharkan bangkrap.

Saya tiada ilmu dan pengetahuan yang lebih untuk membantu mereka yang mengalami masalah bangkrap ini. Namun diharap perkongsian ilmu yang saya ambil dari satu blog mungkin boleh dijadikan panduan.


Mengisytiharkan diri sebagai muflis bermakna membebaskan diri anda daripada tanggungjawab membayar hutang dan membenarkan anda memulakan kehidupan baru. Bagaimanapun, jika anda memilih untuk menjadi muflis, anda perlu patuh kepada peraturan yang ditetapkan dan anda juga perlu menjual segala harta benda untuk melangsaikan hutang. Walaupun kelihatan mudah, muflis sepatutnya menjadi jalan penyelesaian terakhir dan seharusnya difikirkan dengan mendalam kerana kesannya amat buruk. Iaitu, anda terpaksa menutup perniagaan, menjual segala harta bernilai, menghadapi kesukaran memohon kredit dan yang paling buruk, ia merosakkan status anda di mata masyarakat. Sebagai tambahan, anda juga terpaksa menghadapi halangan-halangan berikut:



Halangan seorang muflis
·     Anda tidak boleh memegang jawatan tertentu dalam perkhidmatan awam. 
·  Seorang pegawai pemegang harta akan dikhaskan untuk mengawasi harta benda dan memantau tindak tanduk anda dalam menyelenggarakan harta untuk melangsaikan hutang.
· Adalah menjadi satu kesalahan jika anda memohon kredit secara berseorangan ataupun bersama individu lain.
· Sebarang kenaikan pangkat atau pelantikan ke pengurusan syarikat harus mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta.
·     Perjalanan anda mungkin dihadkan dan pasport anda juga mungkin ditahan. Tetapi, anda boleh memohon pasport dengan mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta.
·   Anda hanya boleh membuka akaun bank dengan kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta dan akaun berkenaan hanya boleh digunakan untuk tujuan kemasukan gaji.
· Mahkamah berhak mengarahkan anda menyerahkan lebihan pendapatan kepada Pegawai Pemegang Harta jika jumlahnya melebihi keperluan

Melihatkan kepada peraturan-peraturan yang dikenakan, mengisytiharkan diri sebagai muflis bukanlah suatu langkah yang bijak. Namun begitu, jika tiada jalan lain, maka muflis adalah jawapan kepada bebanan hutang anda. Tetapi harus diingat! Anda berpeluang membebaskan diri daripada gelaran muflis jika anda mematuhi perkara-perkara berikut:



Bagaimana melepaskan diri daripada muflis?

Jika anda sudah membayar semua hutang yang ada, maka anda boleh memohon untuk membatalkan “Receiving and Adjudication Order” untuk membebaskan diri anda daripada muflis. Bagaimanapun, Akta Muflis 1967 sudah dirombak untuk memberi kelonggaran kepada individu menikmati peluang memulakan kehidupan baru. Antara yang berpeluang untuk menikmati pelepasan berkenaan adalah mereka yang muflis kerana menjamin pinjaman, si muflis yang menderita sakit, lanjut usia dan tidak mempunyai pekerjaan. 

Pegawai Pemegang Harta, bagaimanapun, akan menilai kelayakan anda untuk mendapatkan pelepasan itu. Antara perkara yang akan dipertimbangkan ialah tingkah laku anda sebelum dan selepas diisytiharkan muflis, sebab anda diisytiharkan muflis, kedudukan kewangan anda dan kemampuan anda membayar hutang. Sebagai contoh, jika anda membuat bayaran berterusan setiap bulan kepada Pegawai Pemegang Harta dan memberikan kerjasama sebaiknya sepanjang tempoh muflis, maka anda boleh memohon kepada Pegawai Pemegang Harta untuk mendapatkan pelepasan berkenaan. Pelepasan hanya sah selepas anda menerima “Sijil Pelepasan Pegawai Pemegang Harta”. Bagaimanapun, pelepasan hanya boleh dimohon lima tahun dari tarikh anda diisytiharkan muflis. 

Adakah anda muflis?

Untuk mengetahui sama ada seseorang individu sudah diisytiharkan muflis, anda boleh berkunjung ke Jabatan Pemegang Harta bagi mendapatkan borang pencarian yang berharga RM 1. Selepas itu, borang berkenaan akan diserahkan kepada ibu pejabat di Kuala Lumpur di mana pencarian maklumat akan dilakukan. Keputusan pencarian kemudiannya akan dikirim ke alamat yang anda berikan di dalam borang. Segala maklumat boleh didapati hanya dengan bayaran RM 5. 

Mempertimbangkan segala halangan yang perlu dilalui dan tempoh masa yang panjang, anda seharusnya menilai sewajarnya keputusan untuk mengisytiharkan diri sebagai muflis. Ia mungkin melepaskan anda daripada bebanan hutang, namun kebebasan anda sebagai individu juga akan terhalang. Untuk mengelakkan diri daripada diisytiharkan muflis, anda bertanggungjawab mengawal kedudukan kewangan dan memantau setiap perbelanjaan yang dilakukan.
----------------------------------------------------------------------

Dapatkan Ebook Super WAHM Super Mom dengan harga RM25 sahaja


Ebook Super Wahm Super Mom


PM saya untuk pesanan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday, 29 January 2014

Lenny Boniface Jubilee - Ulasan Kelas Blog

Teks: Lenny Boniface Jubilee
Guru Online: Nurzahwani Mohd Nor
Sumber: http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/

Salam.

Alhamdulillah.

Sekali lagi, Alhamdulillah, saya telah mencapai 44 entri. Diberikan kelapangan oleh Allah dan juga digerakkan hati saya olehNya untuk berusaha pada tugasan ini. Alhamdulillah.

Saya ingin menceritakan sedikit pengalaman di dalam kelas Asas Blog ini. Kelas yang dilakukan secara online adalah sesuatu yang memang suatu kelainan bagi saya. Saya sangat suka belajar dan paling suka sekiranya ada guru mengajar di depan saya. Namun, kelas kali ini secara online. Maka, sangat mencabar daya tahan diri kita. Bayangkan, kalau ada cikgu depan mata, kita akan buat kerja kan. Jika cikgu tiada, kita tak buat kerja rumah. Senario biasa kan. Tetapi, di kelas Asas Blog ini, kita tak bertemu dengan guru pun. Tak nampak guru pun. Jadi semuanya atas nawaitu kita, kehendak kita, keazaman kita untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Jujur saya katakan, saya pun liat juga nak siapkan tugasan. Mana nak fikir tugasan, mana nak fikir bisnes Shaklee saya, mana nak fikir anak kecil saya, mana nak fikir kerja hakiki, mana nak kemas rumah... Banyak kan nak difikirkan? Tetapi akhirnya, setelah saya 'tune' pemikiran saya, saya akhirnya  berjaya menyusun-atur agenda harian saya. Bukan senang ya. Bukan sehari dua punya kerja. Tetapi hari-hari kena 'tune' minda kita. Sekarang saya tengah 'tune' minda pulak untuk membuat jualan tinggi bagi bisnes Shaklee saya.

Benarlah kata lagu "Jika kau fikirkan kau boleh.." (tak ingat tajuk lagu). Tetapi itulah dia. Kita yang harus set-kan minda kita untuk mencapai kejayaan.  Kita harus percaya kita boleh, dan harus berusaha mencapai kejayaan. Tak kira apa status kita di dunia ini.

Berbalik kepada kelas Asas Blog, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada mentor/guru saya NurZahwani Mohd Nor, atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Hanya Allah dapat membalasnya. Mentor-mentor/guru-guru di Akademi Belajar dari Rumah, adalah guru-guru yang berdedikasi dan berusaha membantu golongan ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita untuk mencapai cita-cita mereka, untuk berjaya. Pokok pangkalnya adalah nawaitu dan kesungguhan pelajar untuk mencapai kejayaan.

Kelas Asas Blog ini adalah peluang yang keemasan untuk golongan surirumah untuk mencari pendapatan sampingan cuma dari ruangan selamat di rumah sendiri. Usah difikirkan ketakutan atau kerisauan anda dalam menyertai kelas online di Akademi Bekerja dari Rumah. In shaa Allah semua dapat diselesaikan dengan lancar. Berdoa banyak-banyak moga-moga Allah permudahkan usaha kita, wanita-wanita yang ingin bekerja dari rumah untuk membantu kewangan keluarga.

-----------------------------------------------------------------------


Tuesday, 28 January 2014

Pendaftaran Haji

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Bismillah.. beberapa lagi berakhirnya bulan Januari 2014. Masa berlalu sangat pantas. Bak kata orang putih, 'The time just flies'. Antara impian saya tahun ini ialah untuk mendaftar haji sekeluarga. Alhamdulillah, hajat saya disempurnakan oleh Encik Suami minggu lepas di mana kami mendaftar di Pejabat Tabung Haji Jalan Tun Razak. Syukur Alhamdulillah, walaupun mengikut senarai dalam slip pendaftaran kami dijadualkan untuk tahun 2068. Terkejut bila melihat tahun jangkaan yang diberi. Sebagai pengiraan mudah, jika kuota Tabung Haji sekarang ialah 26,000 orang dibenarkan setiap tahun, ini bermakna kami tersenarai dalam nama yang ke 1,430,000. Teringat pesan seorang 'Auntie', jika berniat hendak ke Tanah Suci, mendaftar dahulu. In shaa Allah ia juga sebagai satu usaha dan moga Allah mudahkan untuk kita sampai ke sana nanti.



Bagi mereka yang belum tahu, pendaftaran haji boleh dibuat di mana-mana kaunter Tabung Haji dengan syarat mempunyai simpanan minimum RM1300 sahaja di Tabung Haji. Jika ingin mendaftar secara berkumpulan, boleh bawa semua buku simpanan atau salinan kad pengenalan mereka yang ingin mendaftar ke kaunter yang berhampiran untuk didaftarkan. Ini membolehkan nama-nama didaftarkan dalam satu senarai yang sama. Tiada borang diperlukan untuk mendaftar di kaunter. Urusan pendaftaran ternyata sangat  mudah. Bagi Ahli KWSP, pendaftaran juga boleh mendaftar dengan syarat mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1300 di Akaun 1, KWSP.


SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI
1.   Pendeposit TH dengan baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
2.   Tiada rekod pendaftaran haji yang aktif.
3.   Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat haji dalam tempoh 5 tahun.

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Pendaftaran Haji boleh dibuat di:
1.    Semua kaunter TH
2.    Kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat
3.    Mesin ATM Maybank
4.    Laman web : www.mytaha.com.my
 
Bagi mereka yang belum mendaftar, jom daftar sekarang. Adalah lebih baik sekiranya kita dijemput ke sana ketika masih muda dan sihat. Ini memudahkan urusan ibadat kita boleh dibuat sebaik-baiknya. Apapun semuanya dengan izin Allah jua. Kita hanya mampu berusaha. In shaa Allah.

------------------------------------------------------------


Kelas online asas bina blog penulisan 
belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 380 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini. Baca terusnya di sini 

PM saya Rafisuhaila Rahim untuk pendaftaran.

Monday, 27 January 2014

Asmah Md Isa - Ulasan Kelas Asas Blog

Teks: Asmah Md Isa

Guru Online: Puan Anys Idayu Zakaria

Bismillahirahmanirahim.

           Asalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.Seperti biasa saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan ini.Kadang-kadang saya juga tak percaya saya mesti menulis karangan lagi macam zamam persekolahan dulu selepas lebih 20 tahun meninggalkan zaman persekolahan sejak 1988.

         Allah tiba-tiba beri saya peluang untuk mendaftarkan diri untuk Kelas  Asas Blog  dengan Puan Anys Idayu Bt Zakaria.Ada banyak kelas macan ni sebenarnya tapi saya tertarik dengan Puan Anys ni sebab beliau sangat rajin mempromosikan kelebihannya jika kita ada blog,ada fanpage dan ada kedai online sendiri.Boleh dikatakan hari- hari saya membaca di fb saya.Betullah kata orang, promosi penting dalam perniagaan....semakin kerap jenama kita disebut-sebut semakin berkembang perniagaan kita.Puan Anys dah buktikan saya memang tertarik untuk belajar dan terus mendaftar walaupun sebenarnya tak tahu lagi macam mana pengisiaannya.

         Selepas mendaftar nak mula buat email baru dengan gmail...baru saya sedar sebenarnya saya ni memang zero sangat tentang IT.Saya hanya tahu berkaitan kerjasaya saja.Buat kertas kerja untuk profil syarikat, buat surat,akaun dan buat buku latihan sendiri saja.Tapi Alhamdulilah Puan Anys sangat sabar mengajar saya hingga saya dapat memiliki blog sendiri iaitu Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak.Dari segi penulisan boleh nampak dari berjalan macam kura-kura sampai tak berani angkat muka takut salah pijak , asyik tengok kaki saja.Kini Alhamdulilah dan boleh mengarang catatan harian,panduan kesihatan,panduan matematik dan motivasi diri.Bukan perasan pulak, saya masih belajar memperbaiki diri dalam penulisan saya.Mudah-mudahan suatu hari boleh menjadi inspirasi kepada yang memerlukan ilmu.Insyaallah amin.

       Alhamdulilah dapat buat juga kedai online saya Asmahsunnah online.com.Semua Puan Anys Yang mengajar saya .Walaupun masih belajar tapi saya berpuashati dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya, syukur Alhamdulilah.Mudah-mudahan suatu hari saya dapat terus menggunakan ilmu ini untuk mengembangkan lagi perniagaan saya insyaallah.

       Walaupun masih belajar saya tetap yakin jika saya terus berusaha insyaalah suatu hari saya akan berjaya.Mungkin rezeki saya tak datang bergolek-golek lagi tetapi walau sesukar manapun, apa juga halangannya,walau rezeki tu masih jauh saya tetap yakin bila dah pandai nanti saya akan dapat apa yang saya cita-citakan.Mudah-mudahan Allah permudahkan dan sentiasa bekalkan saya kesabaran dan semangat yang berterusan .Walaupun saya sudah ada bisnes sendiri, tetapi cabaran baru dengan online sangat memberi saya semangat baru untuk terus berusaha.Mudah-mudahan akan banyak lagi ilmu yang dapat saya pelajari selepas ini.

       Sekian ulasan saya tentang kelas ini .Saya berterima kasih dengan Puan Masayu Bt Ahmad yang memperkenalkan dan Puan AnysIdayu Bt Zakaria,  yang mengajar saya serta ahli-ahli kumpulan yang kita kenali melalui facebook , tetapi ikatan ukhwah yang terjalin menjadikan kita boleh berkongsi ilmu yang bermanfaat. .Terimakasih pada Allah yang menghadiahkan saya peluang untuk menyahut cabaran ini.Mudah-mudahan kita semua di rahmati dan diberkati Allah selama-lamanya.
amin 

            


           Salam untuk semua.Yang terbaik dari Allah, yang kekurangan adalah dari kelemahan saya sebagai manusia.Sebarang teguran sentiasa menjadi pedoman dan sentiasa diberi perhatian. Insyaalah.Sesuatu  yang saya pelajari ialah jangan mudah putus asa....terus mencuba sehingga berjaya.Terima kasih sekarang saya dah tahu makna perkataan yang dulu tak tahu seperti dropship, fanpage dan lain-lain.

        Untuk berjaya dalam perniagaan apa juga mesti ada ilmu yang berkaitan,mentor yang sangat mahir dengan perniagaan tersebut dan perlu yakin untuk bertindak segera.Jika masih bertangguh sebenarnya kita hanya berangan-angan.Keyakinan adalah eset yang sangat penting berbanding modal atau halangan.Keyakinan akan melahirkan keberanian untuk bertindak.


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.selamat berjaya untuk semua.
------------------------------------------------------------------------------------------------------


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Sunday, 26 January 2014

Konsep Simpanan dan Pelaburan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Dalam merancang kewangan, dua aspek penting iaitu simpanan dan pelaburan sering dibincangkan. Adakah simpanan dan pelaburan mempunyai persamaan dan apakah perbezaannya. Simpanan dan pelaburan adalah dua konsep yang berbeza. Justeru, kita perlu memahaminya sebelum kita membuat komitmen terhadap kedua-duanya dalam mencapai pelbagai matlamat kewangan.


Simpanan pada asasnya merangkumi konsep perlindungan dan pengekalan wang daripada menanggung kerugian. Mekanisme simpanan lazimnya berisiko rendah dan digunakan untuk urusan atau transaksi keluar dan masuk wang bagi pelbagai tujuan penyimpan. Lazimnya simpanan di buat di dalam akaun simpanan bank yang menawarkan pulangan sekitar satu hingga tiga peratus.

Pelaburan bermaksud meletakkan sejumlah wang bagi tempoh masa yang lebih panjang dengan matlamat wang tersebut berkembang. Pelaburan adalah lebih berisiko kerana wang yang dilaburkan terdedah kepada pelbagai risiko pelaburan seperti perkembangan saham dan ekonomi. Walau bagaimanapun, pelaburan menawarkan pulangan yang lebih tinggi, selari dengan risiko yang ditanggung. Instrumen pelaburan adalah luas merangkumi unit amanah, ekuiti, saham, emas dan sebagainya. Risikonya adalah pelbagai bergantung pada pulangan, misalnya unit amanah berisiko lebih sederhana berbanding pasaran saham yang berisiko tinggi. 

Disiplin dalam mengurus simpanan dan pelaburan adalah penting dan individu perlu memahami dan melaksanakan konsepnya dengan wajar. Wang pelaburan tidak seharusnya dikeluarkan secara kerap kerana konsep pelaburan sebenar adalah berteraskan strategi jangka panjang untuk matlamat jangka panjang yang pelbagai. 



Many people invest but only some become wealthy. Why?
The mistake many people make when investing is that they treat their investment as saving.

-----------------------------------------------------------------------------------------------




Daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di 
Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos


Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim