='description'/>

Friday, 3 January 2014

Perkongsian pagi Jumaat

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah.. Catatan dipagi Jumaat. Hari ini saya ingin berkongsi amalan-amalan murah rezeki yang diturunkan oleh guru jahit saya. Mungkin boleh dibuat pedoman untuk kita semua. Perkongsian ini juga satu peringatan buat diri sendiri. In shaa Allah.

1. Solat fardhu awal waktu - Kita disarankan untuk solat seawal yang mungkin. Tetapkan KPI pada diri sendiri untuk segera solat dan tidak lewat sehingga 15 minit dari masuknya waktu solat.

2. Baca Al Quran setiap hari - usahakan membaca Al Quran sebanyak mungkin. Sebaik-baiknya baca satu juzuk sehari dan dibaca dengan tafsirnya sekali. Jika tidak pun usahakan satu juzuk sehari. In shaa Allah bila sudah menjadi amalan,  rasa 'bersalah' bila tak dapat membaca.

3. Jangan tinggal solat Dhuha - amalkan solat Dhuha setiap hari sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap hari.

4. Sedekah setiap hari - amalkan sedekah setiap hari walaupun sedikit. Dengan kemudahan internet banking sekarang, kita boleh menderma setiap waktu dan boleh dibuat dimana-mana sahaja. Simpan nombor akaun rumah anak yatim, masjid atau institusi yang berkaitan di dalam 'favourite account payee' akaun kita. In shaa Allah akan memudahkan urusan sedekah kita setiap hari. Atau pun jika kita masjid atau pasar yang ada peti sumbangan, masukkan wang ikut kemampuan masing-masing. Sedekah juga boleh dibuat bukan dalam bentuk wang contohnya menghantar entri-entri yang baik-baik ke blog atau berdoa yang baik-baik untuk orang lain.

5.Biasakan solat malam - biasakan diri dengan solat tahajud sekurang-kurangnya 2 rakaat.

6. Solat Istiharakh dalam segala urusan - Amalkan solat Istiharakh dalam segala urusan kerana In shaa Allah tidak akan rugi orang yang beristikharah. Istikharah bukan hanya perlu apabila apabila kita perlu membuat keputusan yang besar-besar, kerana tanpa kita sedar setiap hari kita juga perlu memilih tidak kira dimana kita berada. Jika ke pasar kita perlu membuat pilihan ikan apa, sayur apa, beli di mana. Jika di rumah pun kita perlu buat pilihan sama ada nak masak apa, mahu keluar rumah pukul berapa dan lain-lain lagi. In shaa Allah bila kita rajin Istiharah, keputusan kita untuk keluar rumah itu dibantu Allah dengan jalan tidak sesak, mudah dapat parking, ditemukan dengan orang-orang yang baik-baik dan sebagainya.

Secara jujur saya masih lagi bertatih untuk mengamalkannya. Bila sudah diamalkan untuk Istiqamah itu yang lebih mencabar. Apapun moga perkongsian ini bermanfaat! In shaa Allah
________________________________________

Jangan lepaskan peluang ini!

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment