Protege: Puan Masayu Ahmad
Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2013/06/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html
Alhamdulillah dan sangat-sangat berterima kasih kepada sifu Pn Masayu Ahmad kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan untuk membantu kami yang tidak ada kemahiran menulis. Menurut beliau, dalam kelas blog ini, kita dapat menghasilkan blog yang kemas dan tersusun, serta cara untuk menghasilkan tulisan berpengaruh supaya pembaca tidak jemu dengan apa yang kita persembahkan. Dan apa yang paling membuatkan saya sangat gembira ialah di akhir kelas setiap pelajar akan dapat terbitkan ebook hasil tulisan bersama. Sudah lama sebenarnya saya hendak belajar membuat ebook sendiri. Mahu menulis sesuatu yang telah lama direncanakan. Mudah-mudahan dengan belajar blog dan ebook ini saya dapat juga menghasilkan ebook sendiri.
Kelas asas blog ini sememangnya sangat-sangat digalakkan kepada semua yang baru belajar atau sudah ada pengalaman tersendiri tapi tidak tahu cara untuk berkongsi dengan umum. Jadi blog adalah tempat yang sesuai untuk bercerita. Untuk permulaan ikut serta dalam kelas ini memang agak janggal kerana sudah lama tidak mengasah bakat menulis. Kali terakhir ketika SPM dahulu. Jadi agak mengambil masa juga untuk sesuaikan rentak sendiri. Lama-kelamaan jika hari-hari menulis, idea itu akan datang sendiri. Betul kata sifu. Sebab itu beliau meminta semua para pelajar menyediakan buku catatan untuk mencatat apa sahaja idea dan lintasan yang ada dalam fikiran kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu, catatan harian selama 44 hari memang dapat membantu mengasah bakat tulisan. Jika kita sentiasa menulis setiap hari, bila tak menulis pasti rasa seperti tak keruan. Ada aktiviti yang tak lengkap dalam sehari. :)
Melalui kelas ini juga saya dapat belajar menghasilkan blog yang tersusun, kerana sebelum ini saya hanya pandai membuat blog ikut suka hati saja. Tidak berapa kemas. Setelah belajar, sangat jauh perbezaan blog lama dan blog yang baru. Apa yang penting daya usaha kita untuk belajar, jika sudah pandai pasti boleh menghasilkan seberapa banyak blog yang kita mahukan.
Bagi saya kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar sibuk dan tidak dapat menghadirkan diri untuk bengkel, seminar atau kelas toturial yang diadakan di luar. Kebanyakkan antara kita rata-rata semuanya bekerjaya, jadi pasti agak kesuntukan masa untuk tugasan lain. Manakala bagi suri rumah pula, kesibukan menguruskan rumah tangga pasti penghalang untuk keluar menghadiri kelas. Jadi dengan adanya kelas online seperti ini, ia sangat-sangat membantu kami yang sememangnya perlukan bimbingan. Kita boleh belajar mengikut masa sendiri, tak perlu rasa terkejar-kejar untuk menghadiri kelas. Bagi yang agak lemah pula pasti mengambil sedikit masa untuk lebih faham, jadi kelas seperti ini memang sesuai kerana kita boleh buat ulangkaji sendiri dan boleh bertnya apa juga pertanyaan dan kemusykilan. Sekiranya menghadiri kelas di luar, pasti kesuntukan masa untuk kita belajar satu-persatu. Malah kelas online ini juga kita belajar dan terus aplikasi dan bina sendiri apa yang kita mahu berdasarkan modul yang diberikan. Maknanya tidak perlu ambil masa lain pula untuk menyiapkannya.
Dan kelas ini sangat sesuai untuk semua usahawan yang baru hendak bermula. Bina penjenamaan diri melalui tulisan di blog. Saya sangat seronok dapat menyertai pasukan ini. Banyak motivasi dan kerjasama kumpulan yang diterapkan. Bantu membantu sesame ahli kumpulan. Walau tidak pernah bersua, hanya dalam talian, hubungan ukhwah yang terjalin seperti sudah lama. Terima kasih tak terhingga kepada kak mas kerana telah Berjaya membuka kelas ini sehingga ramai antara kami yang bermula daripda zero, dan kini ada yang telah pun melepasi tahap pencapaian. Semoga kak mas akan terus Berjaya dan diberi kesihatan yang baik-baik untuk terus member bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Dan semoga kita dapat sesuatu yang amat bermakna dan bermanfaat dengan penyertaan dalam kelas asas blog ini. Insya Allah.
-----------------------------------------------------------------
Ingin memiliki blog perniagaan sendiri dengan cara mudah dan segera?
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment