Guru Online: Aishah Hussein
Sumber:http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html
Perkenalan
saya dengan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara
tidak sengaja. Ketika itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS
(Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber
Manusia. Namun saya diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di
utara kerana kurang sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala
Lumpur dan sudah tentu mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut
kerana kekangan jarak dan masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya,
alangkah seronoknya kalau saya boleh belajar melalui online sahaja dan
kebetulan semasa saya melayari blog Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan
promosi Kelas Asas Blog ini.
Tanpa
berfikir panjang, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana
berminat dengan kelas yang berlangsung secara online dan yang paling penting
kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan sebagai surirumah sepenuh masa
menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak membenarkan saya meluangkan
masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada ketikanya saya langsung tidak
mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap anak saya yang berumur 7, 4 dan
1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan sentiasa memerlukan perhatian
saya.
Asalnya,
tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk
menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini,
saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah
meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu
pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita
kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk
mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh
membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.
Sebelum
ini, saya kurang keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula
tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja
makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji
setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya
berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan
daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual
makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang
mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya
mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya
selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh
dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada
peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.
Perkenalan
dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya
membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama
NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage
dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang
berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk
iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke
Selangor.
Kepada
kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara
berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial
online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak
langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi
ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi
hayat dikandung badan.
Siapa
tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil satu hari
nanti kita akan berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping
dapat membantu keluarga menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog
kita. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.
-----------------------------------------------------------------
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:
Post a Comment