Foto: Carian Google
Bismillah.. beberapa lagi berakhirnya bulan Januari 2014. Masa
berlalu sangat pantas. Bak kata orang putih, 'The time just
flies'. Antara impian saya tahun ini ialah untuk mendaftar haji
sekeluarga. Alhamdulillah, hajat saya disempurnakan oleh Encik Suami minggu
lepas di mana kami mendaftar di Pejabat Tabung Haji Jalan Tun Razak. Syukur
Alhamdulillah, walaupun mengikut senarai dalam slip pendaftaran kami
dijadualkan untuk tahun 2068. Terkejut bila melihat tahun jangkaan yang diberi.
Sebagai pengiraan mudah, jika kuota Tabung Haji sekarang ialah 26,000 orang dibenarkan setiap tahun,
ini bermakna kami tersenarai dalam nama yang ke 1,430,000. Teringat pesan
seorang 'Auntie', jika berniat hendak ke Tanah Suci, mendaftar dahulu. In shaa
Allah ia juga sebagai satu usaha dan moga Allah mudahkan untuk kita sampai ke sana nanti.
Bagi mereka yang belum tahu, pendaftaran haji boleh dibuat di
mana-mana kaunter Tabung Haji dengan syarat mempunyai simpanan minimum RM1300
sahaja di Tabung Haji. Jika ingin mendaftar secara berkumpulan, boleh bawa
semua buku simpanan atau salinan kad pengenalan mereka yang ingin mendaftar ke
kaunter yang berhampiran untuk didaftarkan. Ini membolehkan nama-nama
didaftarkan dalam satu senarai yang sama. Tiada borang diperlukan untuk
mendaftar di kaunter. Urusan pendaftaran ternyata sangat mudah. Bagi Ahli KWSP, pendaftaran juga boleh mendaftar dengan syarat mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM1300
di Akaun 1, KWSP.
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN HAJI
1. Pendeposit TH dengan
baki minimum akaun TH sebanyak RM 1,300.00.
2. Tiada
rekod pendaftaran haji yang aktif.
3.
Pendaftaran haji tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan ibadat
haji dalam tempoh 5 tahun.
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
Pendaftaran Haji boleh dibuat di:
1. Semua
kaunter TH
2. Kaunter
Bank Islam dan Bank Rakyat
3. Mesin
ATM Maybank
4. Laman
web : www.mytaha.com.my
Bagi mereka yang belum mendaftar, jom daftar sekarang. Adalah
lebih baik sekiranya kita dijemput ke sana ketika masih muda dan sihat. Ini
memudahkan urusan ibadat kita boleh dibuat sebaik-baiknya. Apapun semuanya
dengan izin Allah jua. Kita hanya mampu berusaha. In shaa Allah.
------------------------------------------------------------
- belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 380 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini. Baca terusnya di sini
PM saya Rafisuhaila Rahim untuk pendaftaran.
No comments:
Post a Comment