='description'/>

Sunday, 12 January 2014

Anak itu nikmat..

Teks: Suhaila Rahim

Foto: Koleksi Peribadi

Bismillah.. sedar tak sedar sudah dua hari tidak bersiaran. Seperti biasa cuti minggu selalunya kalut dengan pelbagai urusan. Minggu ini diuji dengan talian internet yang sangat perlahan menyebabkan pelbagai urusan yang dikendali secara ‘online’ tergendala.  Mungkin ujian Allah untuk saya. Moga ada hikmah yang terselit dan secara tidak langsung menguji sikap sabar hamba-hambaNya. Astaghfirullah..

Esok genap setahun umur anakanda saya Amnah Syadiyah. Ini bermakna sudah hampir dua tahun juga saya berhenti bekerja. Sekejap masa berlalu. Dapat melihat Amnah membesar di depan mata, syukur Alhamdulillah. Melihat telatah nya hari-hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, rasa tidak puas lagi rasanya. Moga ia menjadi detik-detik berharga untuk dingati dan dikenang suatu masa nanti. Berbanding abangnya dulu, usia dua bulan sudah ke rumah pengasuh.  Sayu hati rasanya mengingati saat itu. Anak membesar bukan ditangan ibu yang melahirkan. Kebanyakan masa emasnya semasa bayi dengan orang lain. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.. sesungguhnya aku lalai dalam menghargai nikmat Mu.



Teringat kepada nasihat majikan saya suatu ketika dulu. Menurutnya ibu umpama bulan di malam hari. Ketiadaan ibu di rumah umpama malam yang kelam dan tidak bersinar. Sebab itu beliau selalu mengingatkan saya untuk pulang tepat pada waktunya jika tidak ada kerja-kerja yang ‘urgent’ untuk disiapkan. Bila mengingatkan kata-kata itu saya selalu berfikir, banyak betulnya juga. Apabila berkesempatan pulang ke kampung dan berkumpul bersama adik beradik, suasana  rasa tidak lengkap bila tiada mak berbual bersama.  Mungkin itu juga yang akan dirasakan oleh anak-anak kita nanti. Cuma mungkin rasa kekurangan itu tidak dizahirkan dengan kata-kata. Oleh itu jangan kita sia-siakan peluang sementara yang Allah beri ini. Terkesan dengan kata-kata seorang Ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz, 'Anak itu nikmat, anak soleh itu rahmat.." 

Wassalam

-------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja dari Rumah

Selamat datang 23 pelajar baru hari ke 12 Januari, 373 blog, 21 kelas, 13 guru dedikasi bertugas. Kami menawarkan kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Boleh PM saya 
Suhaila Rahim untuk pendaftaran mana-mana kelas.
Jom kita keluar dari zon 'selesa'.



SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment