Nama pelajar : Nor Shazwani Aziz
Guru Online : Zaila Mohamad
Sumber : http://shazwaniafiq.blogspot.com/2015/02/kelas-asas-blog-fanpage.html
Saya mulakan dengan Bismillah.
Sumber : http://shazwaniafiq.blogspot.com/2015/02/kelas-asas-blog-fanpage.html
Saya mulakan dengan Bismillah.
Assalamualaikum.
Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog saya
sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan
dulu sekadar untuk suka-suka dan hanya di buat sebagai diari kehidupan saya
ketika saya remaja dahulu untuk mengisi masa terluang. Saya tertarik dengan
blog yang banyak gadget dan blink-blink. Tapi itu dahulu, ketika saya remaja.
Selain itu, saya tidak la begitu baik dari segi penulisan. Nama yang saya
gunakan juga tidak melambangkan diri saya yang sebenar. Semuanya adalah
samaran.
Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk
berkongsi kisah hidup kepada orang lain kecuali bersama keluarga dan rakan yang
paling baik, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan
diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan
baca kisah hidup kita.
Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2014 kerana mempunyai
masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang permulaan saya yang
menjadi suri rumah sepenuh masa, saya selalu terfikir bagaimana saya hendak
membantu suami saya dari segi kewangan dan juga untuk duit poket sendiri.
Dengan modal yang saya keluarkan hasil dari pekerjaan saya yang tedahulu saya
berniaga secara kecil-kecilan. Tapi semua itu saya merasakan seperti bersifat
sementara, kerana saya perlu mempunyai modal dan produk yang banyak untuk di
jual kepada pelanggan.
Pada Januari 2015, ketika itu saya sedang membaca satu penulisan
di facebook, saya tertarik dengan kelas asas dan fanpage. Saya terus mencari
facebook puan zaila Mohamad, dan dari situlah bermulalah perjalanan hidup saya
sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada
hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam
penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible,
tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Puan Zaila juga merupakan cikgu
yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh
komitmen dan jelas.
Lebih-lebih lagi saya sangat berminat dengan perniagaan. Tapi
saya mempunyai sifat pendiam dan pemalu untuk memperkenalkan barangan dan
produk yang saya ada. Sebelum ini, hanya jual kepada rakan-rakan sekerja &
saudara mara. Tapi semua itu, belum mendapat kepuasan yang sebenar sebagai
seorang yang ingin memulakan perniagaan, kerana berniaga dengan saudara mara
dan rakan-rakan perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi kerana kita kena
letak harga yang masyarakat melayu selalu gunakan iaitu 'harga anak
beranak'.
Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya
tanyakan kepada Puan Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya
betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan
yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya
lakukan. E-mail, fanpage dan nama blog yang saya gunakan tidak menunjukkan diri
saya yang sebenar. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh Puan Zaila. Cara
penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan
gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar dari mula sehingga
lah akhir tugasan. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan
menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik
dan mudah difahami itu yang penting. Puan zaila sangat banyak membantu saya
dalam penulisan blog dan juga fanpage saya.
Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya
berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham
apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah membaca kisah-kisah ahli ABDR, baru
saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri
rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan
mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai
medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah
melalui penulisan blog.
Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli dan Puan zaila
sendiri sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua
wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana.
Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog
ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin
mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja sambil masih sempat untuk
menguruskan rumah tangga.
Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog
merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang
paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan
dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu
untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes pakaian saya pada
setiap pelanggan yang ada. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan
dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci. Yang
paling penting kita perlu lah sentiasa mempunyai masa untuk update penulisan
blog kita dan dari situ kita sentiasa dapat berhubung dengan masyarakat di luar
sana.
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog
secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai
kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas
blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk menghubungi Pn.
Zaila melalui FB beliau (FB: zaila.mohamad).
Semoga semuanya dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.
------------------------------------------
BLOG PERIBADI contoh: http://suhailarahim.blogspot.com/
Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=>Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote
BLOG OFFICIAL KEDAI contoh:
Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=>Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote
BLOG OFFICIAL KEDAI contoh:
http://kd-al-mujahid.blogspot.com/,
http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk
blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini
Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.
PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut
=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk
blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini
Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.
PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment