Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, pagi ni dapat keluar rumah awal. Ada urusan bank yang perlu diuruskan segera. Usai suami keluar rumah ke tempat kerja dan Aqil sudah ke sekolah, saya selesaikan dulu kerja rumah dan bersiap mana yang boleh. Bangunkan si kecik dan mandikan. Siap semua keperluan dokumen yang perlu dan terus keluar.
Sambil panaskan kereta, dalam hati berdoa mengharapkan urusan hari ini dimudahkan. Bagi saya yang tak berapa cekap memandu dan lemah sikit dalam mencari parking ini, berada di tengah bandar Kajang diwaktu pejabat ini memang saya elakkan. Kecuali ada suami yang meneman. Tetapi hari ini saya gagahi juga. Sambil mulut ni tak berhenti berdoa. Rabbi yassir wala tua'sir rabbi tamim bil khair. Moga Allah mudahkan. (Aqil kata ni doa untuk mudah dapat parking :))
Sampai di Kajang trafik masih belum sibuk walaupun sudah banyak kereta. Membelok sahaja jalan ke bank, Alhamdulillah, rezeki dari Allah nampak satu petak parking masih kosong. Syukur, dapat parking yang hampir dengan bank. Nanti tak letih sangat nak berjalan ke bank walaupun perlu mendukung Amnah.
Rezeki hari ini, keadaan di bank pun lengang. Mungkin kesibukan bank diawal bulan dah kurang agaknya. Jadi urusan bank pagi ini pun sangat mudah. Sekejap sahaja sudah selesai. Alhamdulillah. Keluar segera dari bank dan tinggalkan bandar Kajang yang semakin banyak kereta ni.
Oleh kerana masa berbaki satu jam setengah lagi, singgah dulu isi minyak kereta. Orang kata nak isi minyak kereta sebaik-baiknya waktu pagi. Betul ke? Wallaualam :)
Sebelum balik singgah sekejap ke kedai barang jahit. Ada barang jahitan yang kurang di rumah dan belum sempat dibeli.
Banyak sangat menyinggah pagi ini, jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Sekejap lagi Aqil nak balik dari sekolah agama. Kalau terus balik dah tak sempat nak masak. Ehem.. nampaknya kena beli sahaja makanan tengahari ini.
Nak makan apa ya? :)
_____________________________________________________
Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.
Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment