='description'/>

Wednesday, 11 March 2015

Cerita hari ini

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Alhamdulillah, selesai dua urusan hari ini. Seperti biasa hari ini perlu memandu sendiri dan hanya bertemankan Amnah kehulu hilir menyelesaikan pelbagai hal. Bila keadaan begini hati saya cepat gusar. Belum keluar rumah lagi sudah difikirkan keadaan jalan di pekan Kajang yang sibuk dengan pembinaan. Tambahan pula dengan kondisi sendiri yang tidak beberapa cekap memandu dan sementelah lagi tenaga yang makin kurang bila kandungan nak mencecah lapan bulan. Apapun urusan hari ini perlu diteruskan juga. Hanya doa dan harapan agar segala urusan dipermudahkan.

Usai menghantar Aqil ke sekolah petang, bergegas ke Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), cawangan Kajang. Hari ini hari terakhir buku-buku yang saya pinjam perlu dipulangkan. Kalau lewat esok sudah dikenakan denda. Sambil tu mahu melanjutkan masa pinjaman beberapa buku yang masih belum sempat dibaca.

Kedudukan PPAS yang terletak ditengah-tengah bandar Kajang memang mencemaskan saya, terutama bila menyentuh bab parkir. Tapi Alhamdulillah hari ini hanya sekali pusing Allah bagi rezeki parkir yang betul-betul dihadapan pintu PPAS. Syukur tak terhingga, jika tidak saya perlu jalan jauh dengan buku yang berat-berat dan memimpin Amnah yang ada kala tidak mahu jalan sendiri. Alhamdulillah.

Petang, perlu ke Klinik Kesihatan pula. Ada temujanji yang perlu dilunaskan hari ini. Alhamdulillah, ketika kami sampai kereta belum banyak dan pesakit yang mendaftar belum ramai. Dulu saya suka temujanji di waktu pagi, sekarang saya membuat pilihan waktu petang. Bila petang tidak perlu menunggu lama dan tidak pula terkejar-kejar masa untuk menguruskan anak ke sekolah.

Hari ini balik awal dari klinik. Amnah pun dah penat dan mudah sahaja dia tertidur dalam kereta. Jarang dia nak tidur petang-petang begini. Masa yang berharga dapatlah saya rehatkan badan sikit petang ini sambil mengemaskini blog yang hampir bersarang nampaknya. :)

---------------------------------

KELAS OFFLINE ASAS BLOG DAN BISNES MENGGUNAKAN ISTAGRAM 

Siapa yang boleh sertai kelas ini ?

- Surirumah yang tidak mempunyai asas untuk berniaga secara online dan tidak tahu di mana harus bermula.
-- Mereka yang mahu menggunakan platform blog, fanpage dan juga Instagram sebagai tempat untuk membuat promosi atau menjual produk.
- Mereka yang mahu belajar menggunakan platform percuma melalui blogspot untuk memulakan langkah pertama untuk dikenali di dunia blogging.

Apa yang akan diajar di kelas ini ?
-Bagaimana untuk bina email sebagai penjenamaan diri dan membina sebuah blog yang dikenali
-Bagaimana untuk membina sebuah fanpage yang akan disukai pembaca
-Bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage dan untuk saling mempromosikan keduanya tanpa mengeluarkan kos untuk iklan
-Bagaimana untuk membuat borang pesanan bagi memudahkan mengambil pesanan
-Bagaimana untuk bina akaun Instagram
-Bagaimana untuk membuat post gambar ke akaun Instagram & link ke platform sosial seperti facebook & twitter
-Bagaimana untuk membuat video pendek guna Instagram dan kongsi ke platform sosial yang lain
Tips maksimumkan jualan dengan hashtag (#)
Tips naikkan follower (pengikut)
Bagaimana untuk masukkan link akaun Instagram ke blog
Hanya 10 tempat sahaja! Tarikh tutup pendaftaran 21hb Mac 2015.
PM ke inbox saya atau wassap ke 013-6844409

No comments:

Post a Comment