='description'/>

Wednesday, 18 March 2015

GST oh GST..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Hasil carian imej untuk gst

Hari ini, selepas habis membeli barang sedikit barang dapur di kedai runcit, singgah sekejap dikedai kek yang kebetulan bersebelahan. Tujuan asal hanya nak belikan kuih bakar kegemaran anak-anak. Tetapi rezeki hari ini dapat bertemu pemilik kedai yang ramah lagi mesra iaitu Puan Rohaya. Saya mengenali beliau kerana kebetulan anak kami belajar di sekolah yang sama. Sebelum ini, jarang sekali dapat peluang berjumpanya dikedai. Biasanya. jika saya ada mahu menempah kek, kami berhubung melalui telefon sahaja. 

Saya sempat berbual santai dengan beliau sambil bertanyakan bisnesnya. Sambil bercerita sempat dia berkongsi tentang GST yang menjadi bualan masyarakat kita sekarang. Menurutnya, buat masa ini beliau masih mengekalkan harga hasil bakerinya walaupun pembekal telah menaikkan harga bekalan bakerinya hampir 30% sejak Januari 2015. Nampaknya, bahang GST sudah dirasakan oleh peniaga-peniaga walaupun perlaksanaannya hanya akan bermula pada 1 April. Oleh kerana perniagaan beliau belum lagi mencapai perolehan RM500,00, beliau tidak layak mendaftarkan syarikatnya untuk GST, seterusnya tidak boleh membuat tuntutan atas cukai yang dikenakan oleh pembekal. Untuk menampung kos-kos tersebut, beliau tengah berkira-kira untuk menaikkan harga barang jualan bakerinya mulai 1 April 2015 memandangkan kos lain seperti kos kedai dan upah pekerja juga akan meningkat. Walaupun begitu, dari riak wajahnya bercerita, beliau berasa serba salah untuk menaikkan harga. Tetapi beliau tidak mempunyai pilihan walaupun tahu akan keluhan yang diterima dari pelanggan-pelanggannya nanti. 

Sambil berkongsi kisah silamnya, beliau berasal dari keluarga yang susah dan adik beradik yang ramai. Lumrahnya memang jarang sekali dapat makan kek. Jika mahu menikmati kek, hanya tunggu pada hari kelahiran walaupun hanya sebiji kek yang kecil yang dijamu beramai-ramai sehingga perlu berebut dengan adik beradik yang lain. Adakala hanya dapat menjilat krim yang tinggal dibungkusan kek. Oleh itu apabila beliau berjaya membuka sendiri kedai kek, beliau sangat terharu dan teruja bila ada anak-anak kecil yang datang bersama ibubapa ke kedai keknya hanya untuk membeli hasil kek-kek buatannya. 

Saya yang mendengar hanya mendengar keluhannya. Secara tak langsung saya sangat kagum dengan usaha dan niat murninya. Saya antara pelanggannya sejak beliau menjalankan perniagaan dulunya hanya di rumah. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan kini beliau telah berjaya memiliki kedai sendiri. Beliau sangat berharap operasinya dapat diteruskan di premis kedai sekarang, dan beban kos yang bertambah ini tidak memaksanya untuk kembali beroperasi dari rumah semula. 

Moga Allah mudahkan urusannya. Ameen
--------------------------------

Baju Maxi Batik

  

Kain material cotton. Sejuk dan selesa.
Tangan Panjang
Berbutang dan poket. Sesuai untuk wanita yang menyusukan baby.
Free size.  
Harga hanya RM55 sehelai pos RM10.
Stok bergantung corak dan warna

sms/Tel/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment