Tuesday, 21 January 2014

Saniah Mat Sanat - Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Teks: Saniah Mat Sanat
Guru Online: Aishah Hussein
Sumber: http://saniahmatsanat.blogspot.com/2013/08/berani-untuk-berubah_24.html
Assalamualaikum.

" Berani Untuk Berubah " slogan yang secara spontan keluar dalam minda saya semasa berbual dengan guru online, Puan Aishah Hussein.   Malah saya lebih teruja apabila turut serta dalam kelas online ini berdasarkan konsep ayat sebelas surah Ar- Rad yang bermaksud " Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya " .

Semasa menerima tugasan untuk mengulas tentang kelas online ini dari Puan Aishah Hussein, saya masih tercari-cari apa yang ingin saya tuliskan.  Setelah membaca ulasan-ulasan dari alumni penulis dari rumah, saya tahu perlu menulis dari hati.  Itulah juga tips yang saya baca dari ebook belajar asas blog dan penulisan.  Saya masih tidak percaya sebenarnya saya boleh menulis walaupun saya amat meminati aktiviti membaca buku.  Dorongan dari Puan Aishah Husein dan Puan Masayu Ahmad (pengasas Akademi Belajar Dari Rumah ) amatlah saya hargai.


Kelas yang santai dan mesra sangat membantu saya, tambahan pula saya bukanlah berpendidikan tinggi.  Sebagai seorang surirumah sepenuh masa dan berkahwin semasa muda, saya sebenarnya juga berasa rendah diri.  Melalui kelas ini saya membina keyakinan, tiada yang mustahil apabila kita berusaha.  Terima kasih banyak-banyak buat Puan Aishah Hussein dan Puan Masayu Ahmad.  Allah sajalah yang dapat membalasnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda juga  boleh miliki pakej ini sebagai bonus dengan pendaftaran mana-mana kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Penerangan kelas:
1. Kelas online asas bina blog penulisan - belajar menulis cara santai tapi masih mengekalkan bahasa melayu formal. Salah satu cara menarik minat pembaca suka baca dan bertandang. Bina tapak awal memperkenalkan diri pada pembaca/bakal pelanggan. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. Bergabung dengan lebih ramai blogger di akademi kami, kini sudah mencecah 380 blog untuk membantu aliran trafik ke blog. Belajar mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. Bagi yang sudah ada blog, tapi masih tiada idea menulis juga dialu-alukan untuk sertai kelas ini.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online tapi tidak tahu cara. Mahu mula berbisnes tapi masih tiada produk. Belajar urusniaga mudah dengan mnggunakan medium percuma blog, fnpage, fb. Belajar menjana pendapatan awal bermula RM5, RM10, tingkatkan lagi RM20, RM50, RM100 dan seterusnya (tertakluk kepada kerajinan dan konsisten masing-masing). Kelas yang sangat sesuai untuk suri bekerjaya yang sangat sibuk, suri rumah sepenuh masa dan bagi mereka yang mahu buat secara sambilan atau sepenuh masa. Belajar membuat blog kedai online, belajar menulis konsisten, buat borang tempahan, jenis-jenis entri blog, buat fan page, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Apabila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel.

5. Rakan niaga / pengurus online akademi - Kami buka penyertaan ini kepada mereka yang mahu memulakan bisnes online tapi tiada produk untuk diniagakan. 3 produk utama akademi iaitu kelas online, produk digital ebook dan pakej iklan. Kesemuanya atas talian. Tiada stok yang perlu disimpan, juga tidak memerlukan modal tinggi. Hanya berbekalkan komputer dan talian internet.

6. Kelas urus niaga akaun bisnes kecil WAHM SOHO - bagi mereka yang mahu belajar mengurus akaun bisnes.

Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.

Jika berminat hubungi saya:

Facebook Rafisuhaila Rahim 

Monday, 20 January 2014

Manfaatkan kenderaan awam

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah.. Hampir setiap minggu saya akan melalui Lebuhraya Cheras-Kajang untuk ke mana-mana destinasi kerana berhampiran dengan rumah saya. Oleh itu setiap kali itu juga saya sempat memerhati kerja-kerja untuk pembinaan MRT semakin rancak dibina dibandar Kajang. Kajang antara bandar yang sibuk kerana akan dibina beberapa stesen perhentian untuk MRT.

Gembira juga rasa bila bertambah lagi satu sistem kemudahan awam di Lembah Kelang. Sebagai pengguna tegar kemudahan awam, saya secara jujurnya lebih suka menaikki kenderaan awam seperti LRT dan bas untuk kemana-mana kerana ia lebih menjimatkan kos dan masa bagi siapa yang pandai memanfaatkannya.

Semenjak mula berhijrah ke Kuala Lumpur 16 tahun dulu, iaitu bermula zaman mula belajar hinggalah bekerja, sayalah pengguna setia bas dan LRT. Tambahan pula ketika itu, saya menyewa rumah bersama beberapa orang kawan di Kerinchi, maka LRT Universiti sering menjadi 'check point' untuk mana-mana. Sebelum adanya LRT, Bas Mini Wilayah (BMW) menjadi tumpuan untuk keluar. Ketika itu dengan tambang serendah 60 sen sudah boleh sampai ke Bandaraya Kuala Lumpur. Pelbagai nostalgia bila menaikki bas berwarna 'pink' ini. Antara yang tidak boleh dilupa bila menyaksikan tayar bas yang bergolek keluar dari bas sedangkan bas masih boleh berjalan seperti biasa. Maklumlah bas ini terkenal dengan 'kelajuannya' walaupun bersaiz kecil tetapi masih dipenuhkan seramai penumpang yang boleh.

Semasa bekerja di Ampang pula, pengangkutan utama saya ketika itu masih lagi LRT dan bas. Tambahan pula ketika itu banyak promosi dilakukan seperti dengan hanya RM70 saya boleh kemana-mana dengan LRT tanpa terhad. Oleh itu jika masa terluang, saya manfaatkan dengan berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur yang kedudukannya hampir dengan stesen LRT.

Ketika berpindah pejabat di bandaraya Kuala Lumpur, komuter pula menjadi pilihan. Ketika itu perkhidmatan komuter sangatlah mengecewakan. Hampir setiap hari ada masalah sahaja masalah yang timbul, antaranya pernah terperangkap dalam komuter yang tiada penghawa dingin dan terpaksa berjalan hampir 500 meter menyusuri jalan rel keretapi untuk ke stesen yang berhampiran kerana tren yang dinaikki rosak.  

Setelah berkeluarga dan 'terpaksa berani' membawa kereta, saya lebih selesa untuk menaikki kenderaan sendiri kerana lebih mudah maklumlah semakin ramai. Namun jika diberi pilihan, saya masih memilih pengangkutan awam jika perlu keluar bersendirian kerana ia menjimatkan wang untuk minyak dan bayaran parkir. 

Namun tidak dinafikan sistem pengangkutan awam kita masih masih banyak kelemahan dan perlukan pembaikkan. Jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Jepun, jadual perjalanan kenderaan mereka sangat memuaskan dan itu menarik lebih ramai untuk menggunakan kenderaan awam. Anda pula bagaimana? Tepuk dada, pilihlah yang anda selesa :)

---------------------------------------------------
Berita baik buat semua yang ingin memulakan bisnes online atau servis di internet.


Saya percaya bermula tahun 2014 semakin ramai yang ingin memulakan bisnes di talian secara online bagi menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Alhamdulillah, dengan secara rasminya kini saya ingin menawarkan perkhidmatan bagi membina 2 platform untuk mula bisnes online.

Tawaran ini khas buat mereka yang ingin miliki BLOG dan FAN PAGEuntuk memulakan perniagaan atau perkhidmatan online tetapi tidak punya masa untuk mengikitui Kelas Online ataupun offline kami.

Kami akan menghasilkan blog dan fan page perniagaan atau perkhidmatan online kalian. Perniagaan dan perkhidmatan online kalian akan di iklankan di http://sohodirectory.blogspot.com/ selama 1 tahun.

Pakej berharga RM300 sahaja dan anda akan diberikan BONUS 2 ebook untuk bacaan.

1. Ebook bernilai RM50-boleh pilih antara 3 di bawah:
-ebook belajar asas blog
-ebook mula bisnes butik online /offline
-ebook 101 idea home based bisnes

2. DAN Ebook bernilai RM25
-ebook superwahm supermom

Untuk makluman kalian, SOHO DIRECTORY diiklankan oleh lebih 350 buah blog yang terhasil dari Akademi Bekerja di Rumah. Ini bermakna kalian boleh dapatkan traffik pengunjung dari 300 buah blog ini.

Ini adalah tawaran perkhidmatan bermusim, jadi dapatkan perkhidmatan ini dengan segera. Pendaftaran setiap hari.


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Sunday, 19 January 2014

Pencarian rakan niaga/pengurus online

Teks/Foto: Akademi Bekerja di Rumah



Bagi mereka yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah melalui blog sambil memasarkan produk dari akademi sila daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)


Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:
=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
=> dapat free kelas akaun
=> bonus 4 ebook
=> produk hanya atas talian
=> tak perlu simpan stok
=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.



Peluang keemasan ini sangat sesuai untuk
- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah
- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan
- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE TANPA KELUAR DARI RUMAH!

Terdapat dua pakej Rakan Niaga yang kami tawarkan. Pilih mengikut kesesuaian masa dan budget anda. 


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:


SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim







Friday, 17 January 2014

Anys Idayu Zakaria - Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan

Teks : Anys Idayu Zakaria
Protege: Puan Masayu Ahmad
Sumber: http://anysidayu.blogspot.com/2013/06/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html

Alhamdulillah dan sangat-sangat berterima kasih kepada sifu Pn Masayu Ahmad kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan untuk membantu kami yang tidak ada kemahiran menulis. Menurut beliau, dalam kelas blog ini, kita dapat menghasilkan blog yang kemas dan tersusun, serta cara untuk menghasilkan tulisan berpengaruh supaya pembaca tidak jemu dengan apa yang kita persembahkan. Dan apa yang paling membuatkan saya sangat gembira ialah di akhir kelas setiap pelajar akan dapat terbitkan ebook hasil tulisan bersama. Sudah lama sebenarnya saya hendak belajar membuat ebook sendiri. Mahu menulis sesuatu yang telah lama direncanakan. Mudah-mudahan dengan belajar blog dan ebook ini saya dapat juga menghasilkan ebook sendiri.


Kelas asas blog ini sememangnya sangat-sangat digalakkan kepada semua yang baru belajar atau sudah ada pengalaman tersendiri tapi tidak tahu cara untuk berkongsi dengan umum. Jadi blog adalah tempat yang sesuai untuk bercerita. Untuk permulaan ikut serta dalam kelas ini memang agak janggal kerana sudah lama tidak mengasah bakat menulis. Kali terakhir ketika SPM dahulu. Jadi agak mengambil masa juga untuk sesuaikan rentak sendiri. Lama-kelamaan jika hari-hari menulis, idea itu akan datang sendiri. Betul kata sifu. Sebab itu beliau meminta semua para pelajar menyediakan buku catatan untuk mencatat apa sahaja idea dan lintasan yang ada dalam fikiran kita supaya tidak mudah lupa. Selain itu, catatan harian selama 44 hari memang dapat membantu mengasah bakat tulisan. Jika kita sentiasa menulis setiap hari, bila tak menulis pasti rasa seperti tak keruan. Ada aktiviti yang tak lengkap dalam sehari. :)
Melalui kelas ini juga saya dapat belajar menghasilkan blog yang tersusun, kerana sebelum ini saya hanya pandai membuat blog ikut suka hati saja. Tidak berapa kemas. Setelah belajar, sangat jauh perbezaan blog lama dan blog yang baru. Apa yang penting daya usaha kita untuk belajar, jika sudah pandai pasti boleh menghasilkan seberapa banyak blog yang kita mahukan.
Bagi saya kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang benar-benar sibuk dan tidak dapat menghadirkan diri untuk bengkel, seminar atau kelas toturial yang diadakan di luar. Kebanyakkan antara kita rata-rata semuanya bekerjaya, jadi pasti agak kesuntukan masa untuk tugasan lain. Manakala bagi suri rumah pula, kesibukan menguruskan rumah tangga pasti penghalang untuk keluar menghadiri kelas. Jadi dengan adanya kelas online seperti ini, ia sangat-sangat membantu kami yang sememangnya perlukan bimbingan. Kita boleh belajar mengikut masa sendiri, tak perlu rasa terkejar-kejar untuk menghadiri kelas. Bagi yang agak lemah pula pasti mengambil sedikit masa untuk lebih faham, jadi kelas seperti ini memang sesuai kerana kita boleh buat ulangkaji sendiri dan boleh bertnya apa juga pertanyaan dan kemusykilan. Sekiranya menghadiri kelas di luar, pasti kesuntukan masa untuk kita belajar satu-persatu. Malah kelas online ini juga kita belajar dan terus aplikasi dan bina sendiri apa yang kita mahu berdasarkan modul yang diberikan. Maknanya tidak perlu ambil masa lain pula untuk menyiapkannya.
Dan kelas ini sangat sesuai untuk semua usahawan yang baru hendak bermula. Bina penjenamaan diri melalui tulisan di blog. Saya sangat seronok dapat menyertai pasukan ini. Banyak motivasi dan kerjasama kumpulan yang diterapkan. Bantu membantu sesame ahli kumpulan. Walau tidak pernah bersua, hanya dalam talian, hubungan ukhwah yang terjalin seperti sudah lama. Terima kasih tak terhingga kepada kak mas kerana telah Berjaya membuka kelas ini sehingga ramai antara kami yang bermula daripda zero, dan kini ada yang telah pun melepasi tahap pencapaian. Semoga kak mas akan terus Berjaya dan diberi kesihatan yang baik-baik untuk terus member bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Dan semoga kita dapat sesuatu yang amat bermakna dan bermanfaat dengan penyertaan dalam kelas asas blog ini. Insya Allah.  
 -----------------------------------------------------------------
Ingin memiliki blog perniagaan sendiri dengan cara mudah dan segera?

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


 

Thursday, 16 January 2014

Kisah antara Lobak, Telur dan Kopi

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
 

Ini cerita biasa yang biasa kita baca. Tetapi kisah tersirat disebaliknya menjadikan ia luar biasa. Baca kisah ini, supaya kita lebih tabah dalam menharungi hari-hari mendatang dengan cekal dan moga Allah mudahkan urusan kita ini. Jom jadi seperti kopi. Semoga bermanfaat!

Antara Lobak, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh kepada ayahnya mengenai perjalanan kehidupannya, dan menanyakan bahawa mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan sungguh menyakitkan baginya.

Anak tersebut mengeluh. Tidak tahu bagaimana menghadapinya. Seolah-olah dia seperti sudah menyerah kalah dengan segala masalah dan ujian yang datang berterus-terusan dalam hidupnya. Setiap kali selesai satu masalah, timbul pula masalah dan ujian yang baru. Lebih sukar, lebih berat.


Ayahnya, yang merupakan seorang tukang masak membawa anaknya ke dapur. Lalu dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menaruhnya di atas nyalaan api. Setelah ketiga-tiga periuk yang diisi air tersebut mendidih, si ayah terus meletakkan lobak merah ke dalam periuk yang pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi ke dalam periuk yang ketiga.

Si ayah membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak pula, dia tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil fikirannya berpusing-pusing memikirkan apalah yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, ayahnya mematikan api lantas menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk yang pertama. Telur diangkat dan diletakkan di mangkuk yang kedua pula, dan begitu juga pada serbuk kopi, dituangnya ke dalam mangkuk yang lainnya.

Si ayah bertanya kepada anaknya.

"Apa yang engkau lihat, nak?" tanyanya.

"Lobak, telur dan kopi, ayah," Jawab si anak, ringkas.

Ayahnya terus mengajak anaknya mendekati mangkuk-mangkuk yang telah diisi dengan ketiga-tiga barang tadi.

Perkara pertama yang dilakukannya adalah menyuruh si anak merasakan lobak. Lantas, dia menyatakan bahawa lobak tersebut sangat enak dan terasa lembut.

Kemudian, ayahnya menyuruh untuk mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang cangkerang telur tersebut, si anak melihat dan mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.

Akhirnya, si ayah meminta anaknya untuk merasa dan mencicip sedikit air kopi tersebut. Anaknya, yang hanya tersenyum seketika selepas merasakan rasa dan aroma istimewa kopi tersebut, terus bertanya kepada ayahnya.

"Apa erti semua ini, ayah?" Tanyanya.

Ayahnya menerangkan satu-persatu.

Ketiga-tiga barang tersebut telah menghadapi kesulitan yang sama, iaitu perebusan yang hakikatnya adalah panas. Namun, masing-masing menunjukkan reaksi berbeza.

Lobak, asalnya adalah keras dan sukar dipatahkan. Setelah direbus, lobak ternyata berubah menjadi lembut, lunak.

Telur, sebelumnya adalah cecair, mudah pecah. Akhirnya, isinya berubah menjadi pepejal, keras.

Serbuk kopi adalah yang paling unik. Setelah serbuk kopi dimasukkan ke air, kopi menjadi sedap.

Ketiga-tiganya melalui satu kesulitan yang sama, iaitu perebusan. Hasilnya, ketiga-tiga barang yang asalnya lain sifat, berubah kepada sifat yang lain setelah melalui proses perebusan tadi. Yang keras menjadi lembut, yang lembut menjadi keras dan sebagainya.

"Kamu termasuk yang mana?" Tanya ayahnya.

"Air panas yang mendidih itu, adalah umpama kesukaran dan ujian yang engkau lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan datang menghampirimu, bagaimana engkau menghadapiya?" Kata si ayah.

"Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi?" Sambungnya.

Si anak, bagaikan terketuk hatinya. Seakan diberi satu petunjuk.

Allah telah berfirman :

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman. Sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka dan benar-benar Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui pula orang-orang yang dusta," 
(Surah al-Ankabut ayat 2-3)


Antara kita, ada yang apabila menerima ujian, dia nafikan semua itu. Lalu dengan pantas dia menuduh bahawa Allah ini dengan sengaja turunkan pada dia masalah, supaya dia hidup dalam kesulitan.


Lalu dikatakan Allah itu tidak adil. Allah itu begini, begitu dan sebagainya. Ya, dia malah semakin tersesat jauh.

Walaupun satu ketika nanti, masalah dan kesulitan tersebut lari dan terbang dari hidupnya, sesungguhnya, dia masih belum berjaya manghadapi ujian tersebut.

Kita seharusnya sedar, bahawa ujian itu adalah dari Allah. Sepatutnya, semakin berbisa ujian, semakin dekat kita dengan-Nya. Kerana pada-Nya sahaja kita pohon kekuatan.

Nampak? Sungguh, Allah itu Maha Adil. Dia tahu yang terbaik buat kita. Justeru, kita kena belajar daripada kisah ini.

Apakah kita seperti lobak? Asalnya kita keras, kelihatan keras dan memang keras. Namun, apabila dihadirkan kesulitan dan ujian, kita dengan pantas menyerah. Kita terus menjadi lemah, lembut dan hilang kekuatan.

Atau, apakah kita telur? Yang awalnya memiliki hati yang lembut, jiwa yang lunak. Setelah hadirnya masalah dan kesusahan, kita gagal dalam persahabatan dan sebagainya, kita lalu menjadi keras dan kaku. Luaran kita seperti asal, iaitu mempunyai cengkerang, namun dalaman menjadi pahit dan keras.

Ataupun, kita ini seperti kopi? Apabila panas, rasanya adalah begitu nikmat.

Ketika sesuatu keadaan menjadi semakin buruk, dan diri kita ditimpa semakin banyak ujian dan kesulitan, maka kita akan menjadi semakin baik dan semakin hebat sehingga jiwa-jiwa yang bersama dengan kita juga berasa baik dan selesa dengan kita. Justeru, kita ketuk hati kita. Tanyalah ia dengan azam. Latihlah, dan disiplinkanlah diri ini. Agar menjadi seperti kopi.


----------------------------------------------------
Hari ke 16, selamat datang 25 pelajar baru Januari 2014, 21 kelas 13 guru online dedikasi bertugas. Insya-Allah. Kami menawarkan kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage-mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online-bonus bulan ini slot percuma kelas online urus akaun wahm/soho
6. Kelas akaun wahm soho

PM saya Rafisuhaila Rahim untuk pendaftaran.


Wednesday, 15 January 2014

Sharifah Sahiza - Ulasan Kelas Asas Blog Mula Bisnes

Teks: Ummu Sumayyah


Bismillah

Teks : Ummu Sumayyah

Syukur kepada Allah kerana dengan izin dan nikmatNya, alhamdulillah saya berjaya juga menyiapkan tugasan 44 entri yang diberikan kepada saya. Seperti biasa tugasan 44 entri ini juga dikhususkan kepada semua ahli Akedemi Bekerja Dari Rumah yang diasaskan oleh Pn Masayu Ahmad ini. Ia bertujuan untuk melatih setiap ahli supaya membiasakan diri dengan pengalaman menulis. Walaupun dengan kesuntukan masa dan tenaga yang amat terhad bagi saya untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan namun dengan semangat yang ada, saya berjaya juga walaupun ianya mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira tiga bulan lebih berbanding dengan rakan-rakan muda yang lain yang berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dalam jangka waktu yang singkat.

Sebelum saya meneruskan ulasan saya ini, terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor saya adik Anys Idayu kerana sudi mencurahkan ilmu-ilmu beliau kepada saya tentang bagaimana untuk menghasilkan sebuah blog. Walaupun blog yang saya hasilkan ini tidaklah seperti blog-blog protege yang lain di dalam akademi ini, namun saya bersyukur kerana terdapat juga pembaca-pembaca yang sudi membaca tulisan saya. Ini dapat dilihat pada 'pageview' di dalam blog saya yang semakin meningkat. Begitu juga terima kasih saya kepada pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah ini Pn Masayu Ahmad kerana dengan ideanyalah maka tertubuh satu komuniti alam maya bagi mereka-mereka yang memerlukan bimbingan. Semoga Allah memberkati segala usaha beliau. Aameen.

Setelah tiga bulan lebih saya bersama dengan rakan-rakan yang lain di dalam Akademi ini, apa yang dapat saya simpulkan di sini bahawa banyak faedah serta kebaikan yang saya dapati di dalam Akademi ini. Pendekata banyak informasi-informasi baru, pengalaman-pengalaman serta kemahiran orang lain yang boleh saya ambil dan jadikan iktibar. Dan apa yang paling unik di akademi ini adalah kami seolah-olah bekerja di dalam satu pasukan yang kuat walaupun pada hakikatnya semua ahli-ahlinya berselerak di seluruh pelusuk negara dan ada juga segelintir di luar negara.

Matlamat utama saya untuk berblog ini bukan lah untuk bisnes semata-semata, tetapi ianya lebih kepada perkongsian ilmu-ilmu yang bermenafaat serta pengalaman-pengalaman berguna yang saya alami supaya ianya boleh dijadikan pedoman kepada pembaca-pembaca sekelian. Semoga segala usaha saya ini, akan diberkati serta diredhai oleh Allah subhana wa ta'la. Sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak boleh menjadi bekalan untuk saya bawa setelah saya tiada lagi di dunia ini. Aameen.

Teringat saya tentang sebuah hadith nabi

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


بَÙ„ِّغُوا عَÙ†ِّÙ‰ ÙˆَÙ„َÙˆْ آيَØ©ً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Al Ma’afi An Nahrawani mengatakan, “Hal ini agar setiap orang yang mendengar suatu perkara yang sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersegera untuk menyampaikannya, meskipun hanya sedikit. Tujuannya agar nukilan dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dapat segera tersambung dan tersampaikan seluruhnya.” Hal ini sebagaimana sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam, “Hendaklah yang hadir menyampaikan pada yang tidak hadir”. Bentuk perintah dalam hadits ini menunjukkan hukum fardhu kifayah.

Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan untuk kita menyampaikan perkara agama dari beliau, karena Allah subhanahu wa ta’ala telah menjadikan agama ini sebagai satu-satunya agama bagi manusia dan jin dalilnya :

“Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu” (QS. Al Maidah : 3).

Oleh itu di sini saya ingin menyarankan kepada rakan-rakan serta ibu-ibu di luar sana, sesiapa yang bercadang untuk sama-sama menyertai kami di Akademi ini. Anda boleh lah menghubungi mentor saya Puan Anys Idayu. Jangan membuang masa lagi kerana banyak peluang serta faedah yang boleh anda dapati sekiranya anda berpeluang menyertai kami di dalam komuniti WFHM ini.

Sekian sahaja ulasan saya untuk kali ini. Sekiranya terdapat apa-apa kekurangan didalam tulisan saya sebelum ini dan yang akan datang maka saya memohon maaf. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kesalahan diri saya sendiri. Dan tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang memberi komen-komen positif kepada saya diatas perkongsian ilmu-ilmu yang saya paparkan di dalam blog ini, saya ucapkan jazakillahu khairan. Moga kita sama-sama mendapat menafaat di dunia dan di akhirat. Aameen.
_________________________________


Akademi Bekerja dari Rumah
Jika anda ingin belajar seperti Sharifah Sahiza, sertai mana-mana kelas kami di Akademi Bekerja di Rumah. Selamat datang 14 baru pelajar Januari 2014, 358 blog, 21 kelas, 13 guru online dedikasi. Sertai kami mana-mana kelas berikut

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fanpage mula bisnes
3. Kelas belajar iklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/ pengurus online
6. Kelas akaun urus bisnes wahm/soho

Bagi pendaftaran rakan niaga, dapat percuma slot kelas akaun, hanya untuk rakan niaga sahaja.


PM saya Suhaila Rahim untuk pendaftaran..



SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Sunday, 12 January 2014

Anak itu nikmat..

Teks: Suhaila Rahim

Foto: Koleksi Peribadi

Bismillah.. sedar tak sedar sudah dua hari tidak bersiaran. Seperti biasa cuti minggu selalunya kalut dengan pelbagai urusan. Minggu ini diuji dengan talian internet yang sangat perlahan menyebabkan pelbagai urusan yang dikendali secara ‘online’ tergendala.  Mungkin ujian Allah untuk saya. Moga ada hikmah yang terselit dan secara tidak langsung menguji sikap sabar hamba-hambaNya. Astaghfirullah..

Esok genap setahun umur anakanda saya Amnah Syadiyah. Ini bermakna sudah hampir dua tahun juga saya berhenti bekerja. Sekejap masa berlalu. Dapat melihat Amnah membesar di depan mata, syukur Alhamdulillah. Melihat telatah nya hari-hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, rasa tidak puas lagi rasanya. Moga ia menjadi detik-detik berharga untuk dingati dan dikenang suatu masa nanti. Berbanding abangnya dulu, usia dua bulan sudah ke rumah pengasuh.  Sayu hati rasanya mengingati saat itu. Anak membesar bukan ditangan ibu yang melahirkan. Kebanyakan masa emasnya semasa bayi dengan orang lain. Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.. sesungguhnya aku lalai dalam menghargai nikmat Mu.



Teringat kepada nasihat majikan saya suatu ketika dulu. Menurutnya ibu umpama bulan di malam hari. Ketiadaan ibu di rumah umpama malam yang kelam dan tidak bersinar. Sebab itu beliau selalu mengingatkan saya untuk pulang tepat pada waktunya jika tidak ada kerja-kerja yang ‘urgent’ untuk disiapkan. Bila mengingatkan kata-kata itu saya selalu berfikir, banyak betulnya juga. Apabila berkesempatan pulang ke kampung dan berkumpul bersama adik beradik, suasana  rasa tidak lengkap bila tiada mak berbual bersama.  Mungkin itu juga yang akan dirasakan oleh anak-anak kita nanti. Cuma mungkin rasa kekurangan itu tidak dizahirkan dengan kata-kata. Oleh itu jangan kita sia-siakan peluang sementara yang Allah beri ini. Terkesan dengan kata-kata seorang Ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz, 'Anak itu nikmat, anak soleh itu rahmat.." 

Wassalam

-------------------------------------------------------------
Akademi Bekerja dari Rumah

Selamat datang 23 pelajar baru hari ke 12 Januari, 373 blog, 21 kelas, 13 guru dedikasi bertugas. Kami menawarkan kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Boleh PM saya 
Suhaila Rahim untuk pendaftaran mana-mana kelas.
Jom kita keluar dari zon 'selesa'.



SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...