Wednesday, 12 February 2014

Asmah Hashim - Ulasan kelas asas blog dari penulis novel

Teks: Puan Asmah Hashim
Guru Online: Puan Monalita Mansor


           Orang ada FB, saya hendak ada FB.   Orang ada Blog, sayapun hendak. Tetapi tidak pandai membuatnya.  Mula mendaftar, terkial-kiallah saya melakukannya. Akhirnya Blog itu wujud tetapi entahlah sudah lama menghilang arah.  Blog Asmah Hashim terbiar bersawang tidak diusik, entahkan hidup, entahkan tidak.  Saya juga ada grup sendiri iaitu Ta’aruf, jemputlah hadir ke grup tersebut jika sudi.  Grup santai sahaja. Saya tidak pandai buat blog, betul!  Tidak tipu.  Benar! Bagaimana mungkin saya lupa bagaimana saya mula ada Blog Nukilanku Asmah Hashim.  Ia dibina oleh rakan dan kenalan yang berasal dari Ipoh Perak.  Pena Ungu.  Beliaulah yang telah membina blog saya, dia hanya membina, entri di dalamnya pandai-pandailah saya.  Tidak mungkin saya akan suruh dia pula menyusun entri atau apa sahaja untuk blog saya.  Buat malu sahaja.
                Blog saya itu biasa-biasa sahaja.  Pengikutpun tidak ramai.  Hendak bertanya, terasa malu.  Nanti diperkecilkan pula.   Akhirnya saya membisu dan bertanya kepada anak saya, bagaimana hendak buat orang kenal blog kita?  Dia jawab, kenalah buka blog orang dan jadi pengikut.  Sejak itu saya ikut nasihatnya, namun blog saya tetap tidak ramai pengikut.  Kecewa juga di hati.  Akhirnya saya biarkan blog itu bersawang.  Saya juga jarang kongsi ke wall Fb saya, jika ada entri baru, masa itu sibuklah nak promote.
                Saya ini aktif orangnya.  Malah sangat aktif di FB grup pembaca novel dan masakan.  Apabila bersama dengan Grup Mari Menulis, saya berkenalan dengan Cikgu Monalita Mansor, seorang ahli perniagaan Online dan penulis.  Melalui beliaulah saya belajar mencantik dan menghidupkan blog saya yang sebelum ini amat menyedihkan. Terasa diri ini terlalu kerdil dalam dunia cyber ini.  Banyak peluang yang kita dapat dengan  mempunyai blog sendiri.  Bukan hanya di FB sahaja kita boleh  mewarkan-warkan perniagaan kita, tetapi di dalam blog juga kita mampu lakukan asalkan tahu bagaimana.  Setiap perkara perlu ada ilmu.  Maka belajarlah.  Setiap perkara yang hendak kita lakukan, perlu melabur, maka melaburlah.  Bukan cakap kosong, jemput-jemputlah singgah melihat blog-blog kami.  Lihat sendiri,  kaji sendiri. Alami  sendiri.  Pasti anda akan suka, akan tertarik.
                Banyak perkara yang  belajar di dalam Kelas Asas Blog ini.  Dengan bimbingan yang tidak berhenti, tidak kira siang atau malam, cikgu-cikgu yang bertugas dan rakan-rakan saling membantu.  Maka lahirlah blog saya yang penuh entri,  ramai pengikut, pembaca dan blog rakan-rakan sekelas dan rakan akademik.   Malah kami diberi peluang untuk menjana  pendapatan hanya di hujung jari kita sahaja.  Kita juga boleh menjana pendapatan hanya dari rumah.  Tidak rugi berada di dalam kelas ini. Banyak manfaatnya.    Jika terasa ingin memajukan perniagaan sehingga ke seantero dunia sudi-sudikanlah mendaftar dalam kelas ini.  Wang yang dilaburkan  akan berganda jadinya jika kita berminat dalam bidang perniagaan. Malah saya semakin rajin memasukkan entri baru.
                Ayuh! Kawan-kawan apa lagi, aturlah langkah untuk membina blog sendiri. Tidak kira siapa anda, penulis, pembaca novel, ahli sejarah, tukang masak, katering, menjual barang online atau apa sahaja, manfaatkan peluang ini.  Peluang bukan untuk jadi kaya tetapi peluang untuk mendapatkan wang dengan hanya duduk di rumah. Rumah terurus, anak terjaga, suamipun sayang.




1. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 400 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.  Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.

2. Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

3. Apa yang diajar di kelas asas blog dan penulisan kreatif?
Pertama sekali, guru online akan analisis pelajar untuk melihat minat, kecenderungan, dan kemahiran. Analisis ini akan menentukan fokus blog dan genre penulisan kreatif. Pelajar perlu menyiapkan 44 entri sepanjang kelas berlangsung. Entri di blog ini merangkumi catatan harian, ulasan buku, tugasan yang diberi, cerpen, dan travelog pengalaman.Antara tugasan yang diberikan adalah menulis babak/cerita pendek berdasarkan gambar, potongan ayat, dan perkataan.Pelajar perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 2 cerpen dalam 44 entri.

2. Saya mahu tulis novel bukan cerpen. Kelas ini sesuaikah untuk saya?
Pelajar akan diberikan e-book 101 Tip Penulisan Novel secara percuma bersama 2 e-book lain iaitu Asas Blog dan Kompilasi Cerpen Rautan Kasih. Dalam e-book 101 Tip Penulisan Novel ini, terkandung tip memulakan penulisan novel sehinggalah tip berurusan dengan penerbit. Latihan yang diberikan memang cerpen, namun aplikasinya masih sama. Apa yang dipelajari boleh digunakan untuk menulis novel.

3. Pukul berapa dan hari apa kelas berlangsung?
Ia boleh berlangsung setiap hari, dua hari sekali, seminggu sekali. Terpulang pada pelajar. Tiada waktu yang spesifik. Pelajar dan guru online akan berkomunikasi melalui mesej dan group di FB. Setiap kali siap tugasan, maklumkan kepada guru online untuk disemak (untuk tugasan dan cerpen). Dari semasa ke semasa, guru online akan pantau blog pelajar.

4. Jika saya sertai kelas ini, adakah “confirm” karya saya akan diterbitkan?
Tidak ada jaminan daripada guru online. Semuanya bergantung pada usaha dan rezeki. Guru online hanya membantu, menunjukkan jalannya.

5. Saya sudah ada manuskrip yang sudah/sedang ditulis. Adakah saya boleh berikan kepada guru kelas online untuk dibaca dan diberi komen penambahbaikan?
Cerpen dan sinopsis novel yang terperinci (setiap bab)., boleh sahaja diletakkan di entri blog, guru online akan baca dan ulas. Kalau manuskrip novel yang tebal, ini tidak termasuk dalam yuran kelas. Pelajar dan guru online perlu berbincang sekiranya ada bayaran tambahan. Sekiranya kelas sudah tamat, pada masa akan datang, para pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan mengulas manuksrip daripada guru online.

Jika berminat hubungi saya:

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Sunday, 9 February 2014

Nazirah Bugal - Ulasan Kelas

Teks: Nazirah Bugal


Bismillahhirrahmannirrohim.
Asssalamualaikum.
   Bertemu kembali di laman nazirahbugal.blogspot.com. Hari ini saya hendak berkongsi pengalaman yang saya rasa amat-amat berharga.

    Sebenarnya setiap perkara baru yang berlaku kepada kita, itulah di panggil pengalaman. Lima hari lepas saya telah menjalani kelas asas akaun secara online selama 3jam. Ini kali pertama saya belajar online. Mula-mula tu memang ada sedikit rasa gementar. Mungkin tidak pada yang telah biasa melaluinya.  Malkumlah kelas itu dijalankan secara berkumpulan seramai 3 orang termasuk saya.  Hai, macam manalah  orangnya yang menjadi rakan sekelas saya nanti. Maklumlah di dalam urusan akaun, saya agak tidak berminat.


     Tetapi Alhamdulillah. 2 lagi rakan sekelas saya ini memang sporting dan bersemangat . Serta merta hilang rasa gementar, bertukar menjadi bersemangat seperti mereka. Di tambah dengan guru online kami Puan Khadijah Abdullah adalah orang yang sangat memahami situasi kami dalam menguruskan akaun. Setiap soalan kami di jawap dengan penuh penerangan, sehingga kami benar- benar faham. Dan yang paling menyeronokkan, kelas ini di jalankan secara online. Mengikut masa yang bersesuaian dengan diri kita. Fleksibel. Kan mudah.


     Kepada usahawan-usahawan online atau offline sebenarnya kita memang perlu ada akaun untuk perniagaan kita . Tidak kira sama ada bisnes kecil atau besar . Bila ada akaun, baru kita nampak ke mana perginya duit kita. Setiap sen perlu di catat. Dan satu lagi, yang penting jangan sesekali mencampur adukkan akaun bisnes dan akaun peribadi. Barulah perniagaan kita boleh berkembang.


      Jadi, kepada sesiapa yang berminat ingin menyertai kelas asas akaun online  ini, bolehlah  mendaftar.
------------------------------------------------------
Kelas akaun yang kami anjurkan dengan kerjasama dari trainer yang bertauliah kini semakin mendapat tempat di kalangan rakan-rakan WAHM.  Kelas ini sangat sesuai untuk yang tiada asas akaun.
Kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod

Modul 1 & 2 (Yuran kelas: RM150)
Bagaimana merekod buku simpan kira-kira.
Pengenalan Kepada Asas Perniagaan Dan Fungsinya
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen
-Invois, cash, bil, resit, purchase order

Peserta akan mendapat:
1. bonus ebook 101 Idea Homebased bisnes. 
2. slot iklan di blog soho directory percuma selama setahun.

Proses merekod setiap transaksi secara harian
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER
Ini semua akan diajar di dalam modul asas kelas akaun yang kami anjurkan.

-Kelas dijalankan secara online. Kelas berlangsung selama 3 jam dan peserta perlu online sewaktu kelas sedang berjalan.
-Peserta akan dimasukkan ke dalam grup kelas.
-Nota akan diberikan 2 hari sebelum kelas bermula.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

*****Kelas akaun juga diberikan sebagai bonus kepada peserta yang mendaftar sebagai Rakan Niaga dengan yuran RM300.


Saturday, 8 February 2014

Bulan keempat sebagai Blogger

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Alhamdulillah, bulan ini genap empat bulan saya di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR). Satu perjalanan yang singkat dan sedikit sebanyak merubah hidup saya. Saya kini sudah ada tiga blog sendiri dan berimpian memilikki lebih banyak blog suatu hari nanti. In shaa Allah. Bagi anda yang sudah biasa berbicara di blog, mungkin ini satu pencapaian biasa-biasa sahaja. Namun ia kejayaan luar biasa bagi saya kerana tidak pernah terlintas difikiran untuk memilikki blog dan dapat belajar pelbagai ilmu ‘berblogging’. Dengan berblogging juga, kini saya juga sudah ramai kenalan di kalangan blogger terutama dari Alumni di ABDR. Walaupun perkenalan  tanpa suara tetapi ikatan ukhwahnya tetap kuat sebagai satu jemaah, saling berkongsi walaupun berbeza latar belakang. Alhamdullillah!

Saya bermula dengan laptop yang ada di rumah, saya berjaya menamatkan kelas asas blog dalam masa hampir dua bulan. Perjalanan yang agak semput-semput dan Alhamdulillah tidak berhenti sekerat jalan. Secara jujur, saya jarang berpeluang untuk ‘online’. Tambahan pula, dengan tab Samsung Galaxy Young saya yang ‘comel’ tidak banyak yang ‘post’ atau entri yang saya boleh siapkan. Oleh itu, saya bergantung sepenuhnya pada laptop yang ada, dan kini perlu beralih kepada Desktop, kerana laptop yang ada sudah tidak bernyawa. :)


Peluang untuk ‘online’ juga selalu tersekat dengan talian intenet yang ‘kadang-kadang’ ada. Oleh itu saya perlu lebih kreatif mencari masa dan peluang yang sesuai untuk berblog. Kebanyakan masa ‘berblogging’, saya perlu menyusukan Baby Amnah di pangkuan sambil memanfaat sepenuhnya jari jemari tangan kanan untuk menaip. Apapun saya perlu usahakan juga untuk menyiapkan dan menjadualkan entri-entri supaya blog yang ada sentiasa dikemaskini sekerap mungkin. Itulah antara tips yang diajar di ABDR bagaimana untuk mengekalkan ‘rating’ blog untuk terus dikunjungi.

Bagi mereka yang memilikki blog, sedikit tip dan cara membina blog berpengaruh yang disukai pembaca. 

10 ciri blog berpengaruh
 1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat member pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jangan sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar.

  Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.


 2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.

 3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jensi resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah didapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

 4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kasha, ia dapat mengubah pandangan dan member pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

 5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.

 6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.

 7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

 8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.

 9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.

 10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari

(sumber : Ebook belajar asas blog). 



Banyak lagi tip yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog ini

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Thursday, 6 February 2014

Hasnita Sawal - Ulasan Kelas Online Asas Blog dan Penulisan

Teks: Hasnita Sawal
Guru Online: Netty Ah Hiyer

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani,
Inilah blog protege Netty Ah Hiyer, Hasnita Sawal. Sarat dengan informasi keibubapaan yang mengandungi kisah inspirasi.

Tik tok tik tok...cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar usia kita semakin bertambah setiap hari. Pernah tak terfikir apa nilai tambah yang kita dah buat setiap hari? Yang pasti kita tak pernah lupa update status di facebook atau berkongsi gambar aksi anak-anak, makanan yang kita makan setiap hari atau lokasi percutian kita. Betul tak?

Kata ustaz saya, kalau status yang kita tulis tu memberi manfaat dan mengajak orang berbuat kebaikan, maka In shaa Allah akan tercatatlah pahala untuk kita. Tapi kalau status yang ditulis itu memaki hamun, mengutuk, mencerca orang lain, hmmmm...bayangkan apa yang akan kita dapat selagi mana status itu dibaca dan dilihat oleh orang lain. 

Menyedari hal tersebut, saya mula terfikir untuk mula berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa ini dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca. Bukan niat hendak menunjuk tetapi untuk mencari redha Allah SWT selain untuk menambah saham akhirat agar semua yang membaca turut mendapat manfaatnya.

Menulis dan berkongsi apa sahaja yang kita suka tanpa perlu memikirkan formaliti atau terikat dengan gaya bahasa tertentu tentu sahaja dapat dilakukan secara percuma di sebuah blog. Tak perlu keluarkan duit, cukup sekadar mendaftar di blogspot, kita sudah boleh punya catatan online yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja.

Saya mula menulis blog sejak tahun 2010 (blog lama yang saya ubah namanya kini). Tetapi sekejap ada sekejap tiada. Tiada bahan atau hala tuju. Saya sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran. Minat menulis di blog kembali bercambah tatkala rakan sepejabat yang juga guru Kelas Asas Blog & Penulisan saya, netty-ahhiyer.blogspot.com 'meracuni' fikiran saya untuk kembali menulis.

Akhirnya dengan izin Allah saya kembali merajinkan diri menulis entri. Kemudian Allah buka pula hati saya untuk mendaftar diri dalam Kelas Asas Blog & Penulisan yang diasaskan oleh sahabat lama Masayu Ahmad. Saya tidak pernah menganggap diri sudah hebat dengan mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang penulisan.

Saya tetap menganggap saya perlu belajar setiap hari. Setiap bidang baru yang kita ceburi memerlukan seorang guru untuk membimbingnya. Tanpa guru  kita tidak tahu hala tuju kita. Ada orang kata, apa perlunya saya join grup kelas penulisan ini. Jawab saya mudah sahaja, saya memang suka belajar benda baru. Semuanya bergantung kepada kita sendiri. Apakah misi kita? Apakah fokus kita? Apakah impian kita di masa depan?

Saya idamkan kerjaya WAHM (Working At Home Mom) seperti mana yang telah dicapai oleh ramai wanita yang menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Oleh kerana saya sedar diri saya bukan seperti orang lain yang boleh bergerak sendiri atau mencapai impiannya secara sendirian, maka saya sertai grup ini untuk mempelajari bagaimana mencapai impian tersebut.

Awalnya saya hairan bagaimana kelas penulisan online ini berlangsung? Saya memberitahu Netty dan Ayu yang saya hanya bersedia untuk memulakan kelas selepas saya membereskan tugas-tugas rumah tangga saya. Saya tidak mahu kelas ini mengganggu tanggunjawab utama saya sebagai isteri dan ibu.

Netty tergelak dan memberitahu yang saya tak perlu risau hal tersebut. Ini kerana kelas ini berlangsung secara maya dalam masa yang fleksibel pada bila-bila masa tanpa perlu mengganggu sesiapa pun, asalkan sahaja ada kemudahan internet, murid boleh bertanya apa sahaja kepada guru bila-bila masa.

Tugasan pertama, menjawab soalan analisa nampak mudah tetapi rupanya ia asas utama paling penting dalam penyediaan diri menjayakan tugasan seterusnya. Alhamdulillah, menerusi analisa soalan tersebut, guru dapat memberi panduan di mana kekuatan diri kita. Secara tidak langsung ia memudahkan kita membuat entri seterusnya mengikut garis panduan yang disediakan. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Bukan semua orang sama kemampuan dan kemahirannya. Begitu juga kala menulis, biarpun saya dan rakan-rakan penulis yang lain berkerjaya penulis tetapi kekuatan gaya penulisan kami adalah berbeza. 

Mungkin sebelum ini saya menulis perkara yang merapu dan kosong sahaja di blog. Tetapi selepas berguru, saya lebih rasa bertanggungjawab untuk menjadikan cerita biasa saya adalah luar biasa. Semangat tersebut makin bercambah selepas ada rakan yang mengucapkan terima kasih di atas cerita yang saya kongsi. Katanya saya memberi inspirasi kepada dirinya. Saya rasa cerita saya biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya  ia sesuatu yang menarik bagi orang lain. 

Saya percaya setiap daripada kita punya cerita luar biasa yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Daripada kita menulis di facebook sahaja, apa kata kita kongsikan di blog kerana lagi ramai yang boleh membacanya dan In shaa Allah boleh memberi nilai tambah kepada diri kita sendiri.

Tugasan kedua adalah menulis 44 entri. Mengapa 44 entri? Saya pun pelik pada awalnya. Tetapi lama-kelamaan saya akui ia penting sebagai latihan awal supaya kita tidak culas menulis entri. Latihan sebegini amat penting untuk membolehkan kita konsisten menulis berdasarkan label dalam blog. Secara tidak langsung, bila ada entri baru pasti ada pembaca baru. Akhirnya jumlah trafik di blog kita juga bertambah dan saya alami sendiri perkara tersebut.

Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat juga menyiapkan 44 entri dalam masa tiga bulan setelah mengharung pelbagai cabaran dan halangan. Saya sangat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat menulis secara bebas, melahirkan apa jua pendapat dan pandangan atau berkongsi kemahiran dan kebolehan yang dimiliki (bukankah ilmu yang bermanfaat itu seharusnya disebar dan dikongsikan) turut menyertai komuniti Akademi Bekerja Di Rumah ini.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjana RM melalui penulisan di blog. Kata orang kalau nak belajar lebih baik melalui guru, barulah ilmu itu ada hala tujunya. Tak salah belajar walaupun anda sudah tahu kerana ilmu yang dimiliki lebih baik disebar-sebarkan dan dikongsikan. Sesiapa sahaja boleh menyertai komuniti bisnes yang menarik ini. Jangan risau, ia sesuai untuk sesiapa sahaja asalkan ada kemahuan dan keinginan.

-------------------------------------------------------

Berita baik buat semua yang ingin memulakan bisnes online atau servis di internet.






Saya percaya bermula tahun 2014 semakin ramai yang ingin memulakan bisnes di talian secara online bagi menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Alhamdulillah, dengan secara rasminya kini saya ingin menawarkan perkhidmatan bagi membina 2 platform untuk mula bisnes online.

Tawaran ini khas buat mereka yang ingin miliki BLOG dan FAN PAGE untuk memulakan perniagaan atau perkhidmatan online tetapi tidak punya masa untuk mengikitui Kelas Online ataupun offline kami.

Kami akan menghasilkan blog dan fan page perniagaan atau perkhidmatan online kalian. Perniagaan dan perkhidmatan online kalian akan di iklankan di http://sohodirectory.blogspot.com/ selama 1 tahun.

Pakej berharga RM300 sahaja dan anda akan diberikan BONUS 2 ebook untuk bacaan.

1. Ebook bernilai RM50-boleh pilih antara 3 di bawah:

-ebook belajar asas blog

-ebook mula bisnes butik online /offline
-ebook 101 idea home based bisnes

2. DAN Ebook bernilai RM25
-ebook superwahm supermom

Untuk makluman kalian, SOHO DIRECTORY diiklankan oleh lebih 350 buah blog yang terhasil dari Akademi Bekerja di Rumah. Ini bermakna kalian boleh dapatkan traffik pengunjung dari 300 buah blog ini.

Ini adalah tawaran perkhidmatan bermusim, jadi dapatkan perkhidmatan ini dengan segera. Pendaftaran setiap hari.


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Tuesday, 4 February 2014

Azura Abdullah - Ulasan Kelas Blog dan Fanpage

Teks: Azura Abdullah

Guru Online: Puan Masayu AhmadSumber: http://azuraabdullah.blogspot.com/2013/10/amazing-race-ulasan-kelas-blog-dan.html


 



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana. 


Photo: Alhamdulillah.  Artikel sifu saya dan pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, Pn. Masayu Ahmad sudah ada di pasaran.  Dapatkan majalah wanita terlaris di Malaysia, Mingguan Wanita Bil 1563 01 - 07 November 2013 sekarang!  

15 kelas bersiaran, 10 guru online sedang bertugas di seluruh Malaysia. Dari kami pasukan Akademi Bekerja di Rumah istimewa untuk semua suri berkerjaya dan suri rumah sekalian.
Artikel pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, Pn. Masayu Ahmad kini sudah mula berada di pasaran.
4 kali sebulan. Majalah wanita terlaris di Malaysia, Mingguan Wanita Bil. 


Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju. 

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.

Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah ini. Apa kata anda cuba sendiri? Hubungi saya melalui email: pn.azuraabdullah@gmail.com jika anda masih mencari-cari apa yang anda cari.

Bersambung lagi!

Wassalam.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pencarian rakan niaga/pengurus online


Bagi mereka yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah melalui blog sambil memasarkan produk dari akademi sila daftar dan jadi salah seorang RAKAN NIAGA/PENGURUS ONLINE di Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)


Apa yang kalian dapat jika menjadi Rakan Niaga:

=> belajar gunakan blog untuk jana pendapatan

=> dapat free kelas akaun

=> bonus 4 ebook

=> produk hanya atas talian

=> tak perlu simpan stok

=> tak perlu urus stok
=> tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
=> produk umum dan permintaan sepanjang tahun
=> hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Peluang keemasan ini sangat sesuai untuk

- suri rumah yang ada komitmen menjaga anak kecil di rumah

- suri rumah yang bekerja tetapi ingin mencari pendapatan tambahan

- kalian yang malas nak keluar untuk menghantar produk ke pejabat pos

JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE TANPA KELUAR DARI RUMAH!

Terdapat dua pakej Rakan Niaga yang kami tawarkan. Pilih mengikut kesesuaian masa dan budget anda. 



Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:





SMS/whatsapp: 013 684 4409


Facebook: Suhaila Rahim

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...