='description'/>

Friday 11 December 2015

Memperbaharui lesen perniagaan di SSM

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi



Alhamdulillah, kebetulan hari ini hari cuti am di Selangor. Saya mengambil kesempatan untuk ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Putrajaya untuk memperbaharui lesen peniagaan.

Walaupun tarikh lesen berakhir pada 25 Disember, saya mengambil tindakan reaktif untuk mendaftar awal bagi mengelakkan saya terlepas tarikh lagi seperti tahun lepas. Saya hanya memperbaharui sebulan selepas tarikh akhir, akibatnya saya didenda hampir berpuluh ringgit juga.

Urusan pendaftaran di kaunter SSM ternyata sangatlah mudah. Kebetulan ketika saya datang, pengunjungnya tidak ramai dan prosesnya juga sangat cepat dan sangat membantu saya yang perlu membawa anak kecil. Walaupun saya terlupa untuk membawa salinan lesen yang asal, staf dikaunter sangat prihatin untuk membantu saya mendapatkan nombor SSM dengan hanya menunjukkan kad pengenalan sebagai rujukan. Alhamdulillah.

Tahun lepas saya tidak sempat ke kaunter SSM, hanya berurusan dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) yang menjadi ejen untuk pembayaran untuk urusan SSM. Tambahan pembayaran sebanyak RM5 dikenakan sekiranya kita berurusan di BSN.

Selain dari mengunjungi terus kaunter SSM dan BSN, pembaharuan lesen juga boleh dibuat secara talian di laman web SSM.

--------------------------------------------

10 ciri blog berpengaruh :
1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
2. Sentiasa ada entri baru dan segar
3. Entri penyelesai masalah
4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
6. Blog yang menjadi rujukan khusus
7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga
9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
.
Kami menawarkan dua kelas online di bawah, kelas popular sepanjang 2015 :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes
.
Bagi yang mahu daftar boleh terus hubungi saya   

Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

No comments:

Post a Comment