Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi
Alhamdulillah, sudah memasukki minggu pertama cuti sekolah. Perancangan minggu ini mencari-cari maklumat berguna untuk persediaan berpantang untuk Aqil.
Pada 15 November lalu, genap sudah umur Aqil lapan tahun. Memang sejak awal lagi, kami sudah merancang untuk mengkhatannya sebelum dia memasukki darjah tiga tahun hadapan. Atas nasihat ibu saudara saya yang juga seorang jururawat, dia mencadangkan Aqil dikhatankan lebih awal sekarang memandangkan saiz badannya yang agak besar berbanding kawan-kawan seusianya.
Sebagai persediaan awal, suami sudah belikan kain pelikat untuk kanak-kanak untuk kegunaan berpantang nanti. Sambil tu kami biasakan dia dengan kain pelikat dalam dua tiga hari ini agar tidak kekok nanti.
Memandangkan ruang rumah yang kecil dan tiada bilik ditingkat bawah, saya merancang untuk menyediakan satu tilam bujang diletakkan disudut rumah. Dua tilam tebal perlu disusun seperti katil supaya adik-adik tidak mudah mengganggu kawasan untuk abang 'berpantang' nanti.
Untuk menu berpantang, mak kata boleh buat menu berpantang bersalin. Alhamdulillah Aqil tak cerewet bab makan, yang penting menu mesti berkuah. Jadi boleh sediakan makanan bermenu ikan-ikan yang tidak gatal sebab dalam dua bulan ni kami serumah sudah kurangkan menu berasaskan ayam.
Untuk penjagaan, saya serahkan pada suami untuk tentukan. Sambil tu saya 'google' juga hal-hal penjagaan yang perlu memandangkan ini pengalaman pertama kami.
Apapun tunggu hari bersunat nanti. Moga semua berjalan dengan baik dan Allah mudahkan. Aameen.
------------------------------------------
Promosi ebook November masih berlangsung. PM saya untuk tempahan
No comments:
Post a Comment