='description'/>

Thursday 24 December 2015

Nikmat memberi

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah,berkah hari kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, dapat juga menunaikan amanah sahabat-sahabat dari Amal till Jannah untuk menyampaikan kerusi roda untuk seorang penerima di Kuala Pilah.

Terasa kegembiraan bila dapat menggembirakan insan-insan yang terpilih ini. Syukur Alhamdulillah.

Pengalaman hampir tujuh tahun bekerja di NGO dan dua tahun di syarikat lama yang juga menjalankan kerja amal ini membuat saya sentiasa rindu untuk turun padang bertemu mereka yang memerlukan.


Ketika bekerja di NGO dulu, walaupun tugas tertumpu sepenuhnya di pejabat tetapi jika tiada aktiviti hujung minggu, saya sentiasa mengambil peluang untuk turun padang bersama teman-teman sepejabat untuk turun membantu apa yang perlu. Selalunya hampir setiap minggu ada dijalankan 'mobile clinic' di perkampungan orang asli atau mana-mana penempatan pelarian yang memerlukan bantuan perubatan. Adakalanya juga saya membantu untuk aktiviti mengutip dana. Dan sekiranya ada misi banjir atau apa-apa bantuan, kami akan turut serta untuk membuat persiapan bekalan ubat atau apa-apa keperluan yang berkaitan.


Syarikat terakhir saya bekerja juga menjalankan bantuan untuk kanak-kanak di Palestine. Setiap tahun diadakan diadakan bazaar untuk mengumpul dana untuk dihantar ke sebuah tempat perlindungan kanak-kanak di Palestin.

Sesungguhnya, aktiviti seperti sangat menggembirakan saya. Walaupun kini saya tidak terlibat secara aktif lagi, saya sentiasa mengimpikan peluang itu dengan menyertai usrah bersama Amal till Jannah. Walaupun secara secara 'online', moga niat saya untuk kembali ke dunia sukarelawan akan dimudahkan Allah. Aameen.
--------------------------------

Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.

1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
7. Kelas Online Bina Blog Borong Telekung Solat
8. Pendaftaran pengurus online

Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 3 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory

PM saya untuk sertai ABDR apabila sudah sedia.

PM saya #Rafisuhaila 
Rahim untuk mendaftar.

No comments:

Post a Comment