='description'/>

Monday, 27 July 2015

Nooraida Mohd Shukri - Peluang "Upgrade" diri Di Kelas Asas Blog dan Fanpage

Pelajar : Pn Nooraida Mohd Shukri
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber: 
http://nooraidashukri.blogspot.com/2015/05/peluang-upgrade-diri-di-kelas-asas-blog.html

Salam kepada pembaca blog yang dikasihi semua.

Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.

Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:

1. Masa Adalah Fleksibel.

Pelajar tidak dipaksa untuk belajar di waktu yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kelapangan masa pelajar itu sendiri. Pelajar bebas untuk membuat tugasan dan berkomunikasi dengan guru pada bila-bila masa sahaja. Akademi ini memahami kesibukan surirumah yang masanya tidak menentu. Oleh itu waktu fleksibel yang diberi dalam kelas ini akan membantu pelajar untuk menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama boleh mengikuti kelas dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

2. Kaedah Pembelajaran Secara Online.

Amat mudah kaedah belajar sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, kelas boleh dijalankan secara online. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan dan bimbingan yang diberikan adalah menerusi kaedah online di Facebook dan aplikasi whatsup. Pertanyaan juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Tidak perlu bimbang kerana pelajar akan ditunjuk ajar secara detail seolah-olah guru berada di hadapan kita. Cara ini lebih memudahkan proses pembelajaran seorang suri rumah ataupun mereka yang sibuk dan berkerjaya. Pada masa yang terluang, tugasan boleh disiapkan dan tidak perlu menghadiri kelas secara offline jika kesuntukan masa.

 
3. Belajar membina  perhubungan dengan dunia luar melalui blog dan fanpage

Bagi saya sendiri membina blog adalah perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran waktu dahulu. Saya lebih gemar membaca blog orang lain. Dengan pengetahuan yang 'zero' mengenai blog, saya telah diajar perkara-perkara asas dalam pembinaan sebuah blog. Bagi budak baru belajar seperti saya ini, banyaklah perkara yang saya tidak tahu. Pertanyaan yang terperinci khususnya berkenaan teknikal membuat blog sering diajukan kepada guru saya, Puan Zaila Mohamad. Terima kasih kepada Puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya. Pandangan saya sebelum ini, blog adalah susah kerana saya tidak pandai untuk bercerita, membina ayat, menyusun kata. Tetapi melalui pembelajaran di kelas ini kita akan diajar, dipantau dan akan diberi cadangan serta panduan mengenai penulisan oleh guru kita. Melalui blog yang bagus pembaca akan tertarik dengan penulisan kita dan akan menjadi pengikut setia blog kita. Di sinilah perhubungan kita dengan dunia luar tercipta.

Begitu juga dengan fanpage yang kita bina untuk mempromosi produk kita. Tiada batasan had bilangan untuk dilihat oleh pencari maklumat. Dengan pembinaan fanpage lebih mudah pembaca serta pengguna untuk mencari maklumat khusus yang dikehendaki oleh mereka. Di kelas ini, guru  akan memberi tips bagaimana untuk membina fanpage yang berpengaruh. Saya juga diajar bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage.

4. Penjenamaan diri melalui blog dan fanpage.

Menerusi blog dan fanpage sebenarnya kita mula memperkenalkan diri kita kepada orang luar. Ia boleh dilihat melalui entri yang dimasukkan ke dalam blog kita. Oleh itu penting bagi kita untuk mempamerkan imej yang baik melalui penulisan kita agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang kreatif akan membuat pembaca lebih tertarik dan akan sering mengunjungi blog kita. Guru saya juga berpesan agar menggunakan imej diri yang sebenar. Pemilihan nama blog amat penting bagi tujuan penjenamaan iaitu dengan menggunakan nama kita sendiri. Dengan menggunakan nama sendiri pembaca tidak akan keliru dan blog kita akan lebih mudah diakses oleh mereka.

5. Peluang Networking dengan WAHM yang Berjaya.

Suatu perkara yang menarik dalam menjebakkan diri dalam kelas ini adalah saya dikelilingi oleh surirumah yang terdiri daripada ahli WAHM (Work At Home Mama) dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang telah terbukti berjaya. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mereka boleh dijadikan mentor untuk saya lebih mudah dan cepat untuk mencapai matlamat saya.  Apabila membuat sesuatu dengan sendiri, peluang untuk berjaya mungkin akan datang, tetapi mengambil masa. Dengan adanya networking bersama mentor yang berjaya peluangnya lebih cepat. Kita cuma perlu dapatkan ilmu dan belajar cara mereka bekerja dan bertindak. Mentor yang baik akan membawa kita bersama -sama mengecapi kejayaan dan tidak akan membiarkan kita hanyut seorang diri. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mereka adalah sesuatu yang berharga.

6. Blog lebih tersusun

Kelas ini juga mengajar cara lebih berkesan dalam ilmu penulisan. Walaupun sesetengah orang telah memiliki blog sendiri, tetapi  gaya penulisan adalah bebas sehingga kadang kadang lari dari matlamat asal blog. Dengan bimbingan guru di sini, kita diajar supaya lebih fokus  terhadap sesuatu bidang. Ia akan berkait rapat dengan aktiviti harian, hobi, atau pendidikan kita. Sebagai penulis blog juga kita akan lebih mudah untuk membuat entri sekiranya kita menumpukan perhatian terhadap satu perkara.

7. Belajar Bina Kedai Online.

Di dalam kelas ini juga, saya dibimbing oleh guru saya untuk mula belajar berniaga. Walaupun saya sendiri tidak mempunyai produk untuk dijual, ia tidak menjadi masalah kerana pelajar disediakan produk untuk dijual. Pelajar diminta untuk membuat fanpage supaya mudah mempromosi barangan jualan. Kedai online membantu kita memperkenalkan, menjual barangan tanpa berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan. Malah kedai online ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai modal untuk mula berniaga.

Oleh itu bagi suri rumah yang masih tercari-cari peluang untuk mencari ilmu atau membina perniagaan, kelas asas blog dan fanpage di Akademi Bekerja Dari Rumah ini amat sesuai untuk langkah pertama. Usah berlengah lagi. Kelas ini mudah untuk diikuti. Ia adalah kerana kelas ini fleksibel, mudah dan begitu santai.

Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'upgrade' ilmu dan nilai dalam diri. Seperti pesanan guru saya, Puan Zaila Mohamad, untuk belajar di kelas ini kita perlu banyak bersabar dan banyakkan 


------------------------------------------------------------------------

MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan

2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



No comments:

Post a Comment