Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Alhamdulillah, hari sudah melangkah ke minggu terakhir Ramadhan. Selalunya waktu-waktu begini kebanyakan orang sibuk menyediakan keperluan dan kelengkapan raya yang bakal menjelang.
Bagi yang berniaga keperluan raya, seperti pembuat dan penjual kek dan kuih raya, tukang jahit pakaian dan langsir, inilah saat-saat yang paling sibuk dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Permintaan tempahan tentunya lebih banyak ketika menjelang hari perayaan dan ketika inilah peluang bagi mereka untuk mendapat pendapatan lebih dari hari-hari biasa.
Sebagai anak tukang jahit, saya juga pernah mengalami saat-saat kesibukan ini. Seawal tujuh tahun, kami tiga beradik, iaitu kakak, saya dan adik sudah membantu mak menjahit. Seingat saya, waktu itu kami akan tolong mak jahit yang mudah-mudah seperti jahit jelujur atau jahit sembat bawah baju. Mak memang rajin bawa kami ke kedai terutamanya ketika musim cuti sekolah.
Daripada menjahit yang mudah, lama kelamaan Mak ajar kami menjahit baju dan kain sehingga siap. Alhamdulillah, seronok dapat bantu mak jahit. Walaupun saya sudah tinggal di asrama semenjak di darjah empat, tetapi saya selalu menghabiskan masa cuti untuk membantu mak dikedai. Begitu juga ketika saya masih belajar di universiti. Kerja menjahit mula berkurang apabila saya sudah mula bekerja.
Kepuasan dapat tolong mak dikedai sangat-sangat dirasai apabila tiba musim raya. Walaupun, realitinya memang penat meyiapkan tempahan. Selain tempahan, mak juga menjual barang-barang jahitan dan menerima tempahan jahit tepi. Bila mak sibuk, kami lah yang akan ditugaskan untuk jahit tepi, jahit kain sarung serta melayan pelanggan-pelanggan yang ingin membeli barang jahitan seperti benang, butang, zip dan sebagainya. Tempahan jahit tepi dan upah jahit kain antara kerja yang paling mudah dibuat dan terus mendapat upah dari pelanggan. Ketika itu kamilah yang bertugas sebagai 'cashier', untuk mengira belian pelanggan dan ditugaskan untuk mengira duit.
Bulan Ramadhan adalah bulan paling sibuk ketika itu. Mak lah yang selalu tidur lewat untuk menyiapkan tempahan. Ketika mula-mula mak menjahit dulu, baju raya kami adik beradik selalu menjadi pakaian terakhir disiapkan kerana memberi laluan kepada tempahan orang. Tetapi setelah lama menjahit, mak dah tukar polisi dengan menjahit baju kami seawal yang boleh sebelum menjahit tempahan yang bagi mengelak kami tak berpakaian baru di pagi raya. Alhamdulillah..
Itulah serba sedikit pengalaman sebagai anak tukang jahit ketika Ramadhan. Bukan mudah tapi manis untuk dikenang bila setiap kali menjelang Ramadhan.
-----------------------------------------
BLOG PERIBADI contoh: http://suhailarahim.blogspot.com/
Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=>Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote
BLOG OFFICIAL KEDAI contoh:

http://kd-al-mujahid.blogspot.com/,
http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk
blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini
Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.
PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim
No comments:
Post a Comment