='description'/>

Wednesday 7 June 2023

Belajar Arab dengan Think Quran

Teks: Suhaila Rahim


Ahad lepas, tunaikan permintaan anak bujang sebelum balik asrama.  Dia mintak takoyaki dengan cendol. 

Lepas singgah kedai gunting rambut, nampak satu gerai kecik jual takoyaki. Kebetulan gerai sebelah jual cendol.

Ketika itu, gerai tiada pelanggan yang lain. Lepas buat order, Ciksue borak sikit-sikit dan share dengan dia tentang Think Quran. Excited dia nak dengar.

"Tak pernah dengar kak!"

"Yelah, ni apps baru. Baru nak launch minggu depan. Nanti akak bagi link ya. Adik boleh cuba. Nanti boleh sebarkan pada kawan-kawan ya!"

"Boleh kak!"

Dalam kesibukan dia melayan borak, tangan dia laju menyiapkan keperluan niaga. Tak nak rasa  menganggu dia, terus jer CikSue minta nombor contact.

"Akak ambil je nombor kat banner tu kak!"

Selesai simpan nombor dia dan bayar duit, terus Ciksue masuk dalam kereta terus dan mesej perkenalkan diri dan bagi link.

Alhamdulillah, selepas sehari dapat reply, dia dah mencuba apps Think Quran dan belajar 31 perkataan dalam Alquran secara PERCUMA.🥰🥰

Allahhu, seronoknya tak terkira dapat sebarkan kebaikan! Moga Allah redha.. 🌹

Buat marketing offline dengan stranger lagi best rupanya..🤭

Nak belajar? 


#40haricabaranmenulis
#ciksuesharedarihati




No comments:

Post a Comment