Saturday, 12 December 2020

Rindu Kampung! 💓

Teks/Foto: Suhaila Rahim


Setelah berapa bulan dua bulan lebih Tak balik kampung. Adik hantar gambar hasil tani mak. Menjadi betul hasil tanaman mak kali ini. Mak kata bilalah adik beradik yang jauh ni nak rasa hasil tani mak. Hasil yang ada dah jadi hidangan harian dan sudah diagih pada jiran tetangga. Sampaikan besan mak di Johor pun dah merasa. 

Nampaknya buat masa ni anak-anak mak yang jauh mampu tengok je. Tunggu tamat PKP lah nampaknya. 😍

Bilalah dapat balik kampung? Hu..hu..

#PKPBSelangor

Selamat pagi!

Assalamualaikum, Selamat pagi!

Alhamdulillah untuk hari ini. Syukur dengan peluang dan masa yang diberi. Moga Hari ini lebih baik dari semalam. In shaa Allah 

Lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan diatas dunia ini kerana kita tidak tahu kebaikan manakah yang akan membawa kita masuk ke dalam syurga Allah. 

Jom! 🤗

#thetazkirahiman
#kitajagakita

Friday, 11 December 2020

Afiq, the third

 Teks: Suhaila Rahim


"Mak, buatkan roti telur" Afiq membuat permintaan.


"Kejap" jawapan ringkas sambil berjalan ke dapur. 


Permintaan budak bujang ni bukan boleh berlengah. tindakan kena pantas. Sebelum dia mengulang-ulang arahan.

Selang dua minit.


"Mak, dah siap ke belum"


"Kejaplah, tengah buat ni.."


"Mak.. mak kuatkan? Kenalah buat laju-laju".


Selang 30 saat.


"ok dah siap" 


"Ok, terima kasih"


Anak nombor tiga. Muhammad Afiq lima tahun. Anak yang banyak menguji kesabaran kami satu keluarga. Anak yang selalu minta perhatian, lasak dan selalu mengusik.


Tetapi dalam kenakalannya, dialah yang selalu mengucapkan "terima kasih" dan "minta maaf" bila mood dia baik.


Fitrah anak-anak. Sangat unik kan? :)


Eh lupa nak share. Saya ada Maruku. Ada 2 jenis. Omapodi dan Ribbon. Rasa tradisi! Teringat maruku masa kecil dulu. Sebiji rasa dia.


Sebalang RM20
Omapodi - bentuknya seperti spageti.
Ribbon - bentuknya seperti reben.


Nak? Boleh klik whatsapp ni ya wasap.my/60136844409/muruku atau whatsapp 0136844409 







Wednesday, 25 November 2020

Hari itu datang lagi. Alhamdulillah.

 Teks/Foto: Suhaila Rahim / google




Alhamdulillah. 25 November datang lagi.

Syukur ya Allah, bagi nafas lagi hingga hari ini, Hadirnya hari ini bermakna bermakna setahun lagi umur berkurang. :(

Doa ku hari ini.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Engkau
menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya,
Sebaik-baik amal pada penutupannya,
Sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu denganMu.
Aku memohon kepadaMu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia,
Sebaik-baik tempat tinggal kami,
Luaskanlah liang lahad kami,
Dan rahmatilah saat kami menjadi rendah
pada waktu menghadapMu saat hisab,
Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath,
Selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat,
Putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam..
Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, Mata yang sejuk yang tidak terputus-putus,
Aku memohon kepadaMu untuk dapat melihat wajahMu,
Dan kerinduan bertemu denganMu,
Aku memohon agar Engkau mensucikan kerosakan hati kami dengan taubat,
Dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepadaMu,
Dan memberi kami pemberian yang besar
yang dapat memasukkan kami ke dalam Syurga,
Tempat yang aman..
.
Ya Allah, kepadaMu aku beribadah dan untukMu kami solat dan sujud,
KepadaMu kami menuju dan bersegera,
Kami mohon rahmatMu dan takut akan azabMu,
Sesungguhnya azabMu menimpa orang-orang kafir..
Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu,
Kami meminta ampun dariMu,
MemujiMu dengan kebaikan,
Tidak kufur kepadaMu,
Tunduk kepadaMu dan mencabut
siapa yang kufur kepadaMu..
.
Ya ALLAH, panjangkanlah hambaMu ini,
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga diakhirat kelak ku mengutip hasilnya..
.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku ini,
Jadikanlah cahayamu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
.
Sebagai tanda cintaku padaMu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Ku mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi..

Aamiin Allahumma Aamiin.💓


25 November 2020/19 Rabiulawal 1442H

Thursday, 23 April 2020

Ramadhan Kareem



Assalamualaikum.

Ramadan Kareem buat semua.

Selamat menyambut bulan yang mulia, mohon maaf atas apa apa kekurangan sepanjang berurusan. 

Mudah mudahan kita bersedia dengan amalan yang terbaik Ramadan kali ini, dan beroleh kebaikan dan diterima segala amalan. Aameen. 🌹

Wednesday, 11 March 2020

Fungsi Hexapeptide-12 dalam Matte Creamy Lips dari Haus Cosmetics


Matte Creamy Lips (MCL) menggunakan teknologi anti crack yang hebat di rantau ini. Kandungan bahan Hexapeptide-12 yang ada dalam MCL menjadikan bibir si pemakai tidak merekah, tidak mengelupas, tidak pecah dan tidak hitam.

Diimport khas dari Korea dan mempunyai kajian yang membuktikan semua yang tidak tadi tu malah ia memperbaiki kulit bibir yang pecah, mengelupas, merekah, hitam dan kusam sehingga menjadi bibir yang sihat dan bebas dari masalah masalah yang dihadapi.

Warna warna yang digunakan pun coted with treatment tau pon datang dari Korea. Ini bermaksud MCL tidak mengandungi bahan bahan merbahaya kepada bibir kita. Yang lagi best bila kita pakai je terus nampak bibir menjadi mungil.


Kenapa MCL berbeza dari lipmatte biasa?

Sebab si pemakai MCL akan nampak jelita sepanjang hari dan warna warna yang ada menjadikan si pemakai muda 10 tahun dari usia asal.

Tak caya? Jom main calit calit


Berminat? Klik link wasap.my/60136844409/MCL

Tuesday, 10 March 2020

Kebaikan minyak kelapa dara untuk kesihatan dan kecantikan


Seperti mana banyaknya kegunaan pokok kelapa kepada manusia. Begitu juga dengan banyaknya khasiat yang diperolehi dari Minyak Kelapa Dara. Bukan sahaja boleh diamalkan dalam masakan tetapi boleh diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan. Oleh itu minyak kelapa dara juga digelar superfood. 

Bagimana minyak kelapa dara membantu dalam aspek kesihatan dan kecantikan? 
1. Jika korang berhasrat untuk kelihatan langsing dan sihat, amalkan minyak kelapa dara. mainyak kelapa dara membantu berfungsi mengurangkan rasa lapar, dan membantu mengawal pengambilan makanan harian. 
2. Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan.  Asid Laurik memberikannya ciri-ciri anti-virus, anti-bakteria, dan anti-fungus dan ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
3. Selain itu lemak sihat di dalam minyak kelapa dara baik untuk jantung dan sangat sesuai sebagai satu dari menu anda.
4. Minyak kelapa dara juga dapat memberi anda tenaga dengan segera jika anda mengalami keletihan.
5. Fungsi kelenjar tiroid berfungsi lebih baik dan sihat dengan minyak kelapa dara. Ia memberikan anda tenaga, kulit yang sihat, dan mengimbangkan emosi anda.



6. Membantu mereka yang mengalami masalah kulit kering. Minyak kelapa dara boleh terus diaapu pada kulit dan rambut. Oleh itu kulit yang kering menjadi lembap dan memperbaiki kandungan lemak dalam kulit.
7. Minyak kelapa dara juga boleh dibuat berkumur untuk membunuh bakteria yang berbahaya dalam mulut. Oleh itu, gigi akan bertambah sihat dan mengatasi masalah nafas berbau
8. Minyak kelapa dara juga bertindak sebagai ejen semulajadi yang mengurangkan kulat, bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit.
9. Perembesan insulin juga diperbaiki dengan minyak kelapa dara. Ini membantu penggunaan glukosa dengan lebih baik bagi mengimbangkan pengeluaran insulin yang akan melegakan simptom dan mengurangkan risiko kesihatan khususnya berkaitan diabetes.
10. Minyak kelapa dara juga memperbaiki fungsi otak. Ini sangat sesuai untuk memulihkan pesakit alzhemeir.

------------------------------------------------------------------------------

Berminat dengan MINYAK KELAPA PUTERI DARA?




Sebotol RM25 (80ml) tidak termasuk postage. Free COD sekitar Kajang sahaja.

Whatsapp 013-6844409 atau klik link wasap.my/60136844409/Minyakkelapadara

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...