='description'/>

Thursday 22 April 2021

Tiga jam yang sangat berharga

 Teks: Suhaila Rahim

10 Ramadhan 1440H

Alhamdulillah. Tepat jam dua petang usai hantar kanak-kanak riang ke sekolah. 

Inilah waktu yang saya tunggu sebgai ME Time saya. hi..hii

Kita mulakan kan hari ini dengan video bisnes yang belum saya habiskan. Sambil melihat mesej whatsapp dan telegram yang tak sempat dibaca.

Selang setengah jam, dah mula kedengaran guruh dilangit. Ada tanda-tanda hujan akan lebat.

Cepat-cepat saya capai suis plug utama, yang penting talian intenet kena ditutup dulu. Pengalaman dua tahun lepas bila router terbakar dipanah petir buat saya berhati-hati, 

Nampaknya tak banyak kerja bisnes saya dapat buat kali ini.

Kemas kan buku-buku catatan, Saya tak boleh diam tak buat apa-apa. Terasa sangat merugikan dengan masa yang berharga yang ada.

Next, capai penyapu dan kita mulakan tugas pembersihan pula. Usai menyapu, sambung dengan mengemop. Pergh.. Alhamdulillah berpeluh sekejap. Sambil-sambil tu pergi ke dapur keluarkan ayam dan sayur dari peti sejuk.

Habis kerja menyapu hujan pun ada tanda berhenti. Pasang semula komputer dan sambung kerja bisnes. 

Selepas beberapa ketika, mata macam nak rehat. Pause video skejap. Saya ambil masa untuk nap sekejap. Ambil masa beberapa minit. Sambung semula selepas 5-10 minit. 

Sedar dari tidur sambung semula kerja sehingga waktu Asar. untuk solat. Selepas solat bersiap untuk ambil anak-anak sekolah.

Alhamdulillah. saya sangat gembira dengan perjalanan yang Allah tentukan sekarang. Saya boleh rancang dan buat apa  yang saya suka tanpa arahan sesiapa. 

Pengalaman masa bekerja 13 tahun dahulu, terasa sangat masa berlalu. Terasa sangat rugi bila menghabiskan berjam-jam  masa dalam kereta dan KTM untuk pergi dan balik pejabat. 

Dulu bila di pejabat, ada waktu senggang di pejabat, saya selalu teras ralat dengan masa yang berlalu. Alangkah baiknya kalau saya ada di rumah waktu itu dan dapat buat kerja-kerja rumah. Dan paling saya ingat ialah anak yang tinggal dengan pengasuh. Rindu sangat walaupun berpisah hanya bebrapa jam.

Alhamdulillah, Allah izinkan semua berlaku. Biiznillah.

-------------------------------------------------------------



MAGIC BLUE MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI KINI DI PASARAN!!

Ramuan MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI terdiri daripada :

    Minyak kayu putih
    Minyak daun bidara 
    Minyak bawang putih
    Minyak bunga cengkih
    Mentol / mint
    Minyak habbatussauda
    Lemon

Antara kebaikan MINYAK ANGIN BIDARA AROMATERAPI

- Melegakan lenguh-lenguh sendi

- Membantu melegakan sakit urat dan otot

- Meredakan sakit kepala (Pening)

- Membantu meredakan kembung perut

Rugi beb kalau korang tak grab awal awal sebab ianya berbaloi kerana :point_down:

:small_blue_diamond:Packaging kecil, senang nak bawa ke mana-mana

:small_blue_diamond:Mudah meresap dan tidak melekit pada kulit

:small_blue_diamond:Tekstur minyak yang halus (nano)

:small_blue_diamond:Produk keluaran Muslim, Halal

Harga : RM25.00 Semenanjung
RM30.00 Sabah / Sarawak

CLICK UNTUK FREE POSTAGE

klik link wasap.my/60136844409/minyakaromatrapi :wink:



No comments:

Post a Comment