
Friday, 31 December 2021
Salam 31 Disember 2021

Monday, 13 December 2021
Inspirasi dari cerita halia
Friday, 12 November 2021
Tips mudah konsisten sedekah setiap hari
Teks: Suhaila Rahim

- Mudah di bawa ke mana-mana
- Isi dalam PELANGI,BERWARNA WARNI
- Terdapat penanda quran comel yang mengandungi Doa Sujud Tilawah, Doa Permulaan Baca Al-Quran.
- Malah juga terdapat penanda quran comel yang mengandungi Panduan Tajwid Kod Berwarna, Tanda Waqaf dan Panduan Berwaqaf.
- Sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun insan tersayang dan senang nak dibawa ke mana-mana
Thursday, 11 November 2021
Tarikh 11 November
Teks: Suhaila Rahim
Wednesday, 10 November 2021
Kisah nama!
Teks: Suhaila Rahim
Nama saya Rafisuhaila. Di kampung orang panggil Chila.
Bila hijrah keluar dari kampung dapat nama Rafi, Afi, Sue, Ila dan Ella. Tukar nama ikut lokasi. 😂
Sampai rmak selalu cakap. Dia hampir boleh tahu siapa kawan anak dia ni ikut nama panggilan nama untuk anak dia.
Nama asal seperti dalam surat beranak hanya satu perkataan. Bila buat kad pengenalan jadi dua nama.
Sebab tu sampai sekarang, untuk urusan formal saya guna dua perkataan Rafi Suhaila.
Paling best nama di akaun bank ada dua perkataan dan ada satu perkataan. 😍
Bila nama jadi dua perkataan, nama saya jadi pelik. Sebab nama Rafi yang kita tahu nama orang lelaki.
Nama Rafi asalnya dari nama kakak. Nama kakak Rafizah. jadi tak janggallah sebab nama tu nama perempuan.
Nama Suhaila, mak pernah cerita dia ambil dari nama isteri Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn iaitu Toh Puan Suhaila. Kalau nak tahu Suhaila tu maksudnya mudah. 💓
Pernah suatu ketika orang kata saya letak nama boy friend kat nama sendiri. Ishh... memang tak masuk akal. Rasanya tak pernah ada nama tu yang jadi boyfriend. Apa hal nak letak nama orang pulak kat nama sendiri😂😜
Ok dah. itu je nak cerita. Bye!
-------------------------------------
AL-QURAN A6 SOFT COVER : RM20 SAHAJA!
Empat pilihan warna PIKAT MATA
MERAH
PURPLE
PINK
HITAM
.
Dilengkapi dengan :
⇒ Asbabun Nuzul
⇒ Asmaul Husna
⇒ Hadith Sahih
⇒ Kod Tajwid Bewarna
⇒ Terjemahan Bahasa Malaysia
⇒ Resan Uthmani Bahasa Melayu
- Lagi apa yang BEST
- Mudah di bawa ke mana-mana
- Isi dalam PELANGI,BERWARNA WARNI
- Terdapat penanda quran comel yang mengandungi Doa Sujud Tilawah, Doa Permulaan Baca Al-Quran.
- Malah juga terdapat penanda quran comel yang mengandungi Panduan Tajwid Kod Berwarna, Tanda Waqaf dan Panduan Berwaqaf.
COVER AL QURAN adalah soft cover dengan warna yang MENARIK.
.
BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?
. Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/Al QuranA6softcover
.
Tuesday, 12 October 2021
Cerita Amni
Sunday, 3 October 2021
Resepi masak gulai cili padi Ikan Baung versi sendiri
Bila ikan dah serasi dengan cili dan air dah kering, masukkan santan. Dan biarkan sehingga mendidih dan rasakan garam.
Monday, 27 September 2021
Catatan petang 27 September
Teks: Suhaila Rahim
Lama tak tengok blog. Rindu :)
Setelah sekian lama, macam ada banyak nak cerita tapi tak tau dimana nak bermula.
Terasa sangat kosong nak mengadap rutin hari biasa. Pause sekejap dari FIKIR.
Buntu.
Teringat pesan Ustazah Norhafizah, kalau sedih baca Surah Al Insan. Alhamdulillah, usahakan juga baca 31 ayat lepas Asar tadi.
Baca ayat dan tafsir cerita pasal syurga. Masyaa Allah. Nikmatnya kalau Allah izinkan syurga.
Tapi.. layak ke aku sampai sana.
Tak mampu nak pikir tentang dosa. Amal sikit. Tu pun tak tahu Allah terima ke tak. 😭
Air mata petang ni macam tak nak berhenti. Mungkin Allah suruh tambah ZIKIR.
Ada suara hati memujuk hati, menangislah sepuas hati. Agar terlepas apa yang terbuku dihati. 😭
Ya Allah..
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللهِ
“Dan aku menyerahkan urusan ku hanya kepada Allah SWT”
إِنَّ اللهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
“Sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat keadaan hamba”
Wednesday, 18 August 2021
Cita-cita Afiq
Wednesday, 11 August 2021
Salam Maal Hijrah!
Teks: Suhaila Rahim
Bos tempat kerja lama, pernah meninggalkan pesan dalam bahasa Inggeris. Maaf tak ingat ayat-ayatnya.
Katanya, seorang ibu itu umpama bulan dimalam hari. Kalau bulan tiada maka malam gelap tanpa bercahaya.
Macam tulah jika rumah tanpa seorang ibu maka rumah, maka hilanglah seri.
Sambungnya lagi, orang lelaki macam dia, takda pun tak apa. :(
Sejak hari pertama kerja di ofis bos tu, setiap petang, jika dia ada di ofis dia akan 'paksa' saya balik. Kalau dia tiada dia akan call pastikan saya dah balik.
Sebnarnya kalau dia tahu, dari ofis-ofis yang sebelum ni pun, saya akan jenis balik ikut waktu. Jam 5.01 minita biasanya saya dah depan lif. 😂
Itulah sekadar perkongsian pandangan seorang datuk kepada beberapa orang cucu.
Kesimpulannya, hargai apa yang kita ada sekarang,. Sebab esok kita tak tahu siapa yang pergi dulu. Hidup ini hanya pinjaman.
Salam Maal Hijrah !
--------------------------------------------
- Kotak Premium
- Mask
- Ziplock
- Penunjuk Quran Kayu Jati
- Indeks Mika / Matin
- Khatam Tracker
Thursday, 29 July 2021
Cerita solat
Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi
"Jom solat! Siapa nak ambil wudhuk dulu?" Soal CikSue kat anak-anak
"Amni!" Jerit Afiq bagi cadangan.
"Eh, Amni cutilah.." Spontan Amni bagi jawapan tak puas hati.
Ish.. ish... dia pun dah pandai cuti solatlah 🤣
________________________
Friday, 2 July 2021
Masak apa hari ini?
Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi
Thursday, 20 May 2021
Cerita hari raya
Teks: Suhaila Rahim
Selamat hari raya! maaf zahir batin.
Tahun kedua Raya dalam PKP. Kami duduk rumah je. Awal pagi buat video call je dengan adik beradik dan mak di kampung.
Tahun ni jugak kami suami isteri tak beli baju raya. Hanya belikan untuk Afiq. Rezeki ada adik ipar beilak baju raya untuk kakak dan Amni.
Masak? saya tak masak pada hari raya. Rezeki Allah bagi melalui jiran sebelah hulurkan juadah raya. Bukan takde mood nak raya, malas nak berebut kat pasar sehari sebelum raya.
Pagi raya barulah masak masak lontong dengan apa bahan yang ada kat rumah. Sambung pula dengan laksa petang nya. kalau mood tengah rajin memang banyaklah menu. :)
Memandangkan raya ni tak kemana-mana, hari raya kedua dan ketiga kami suami isteri buat yang kami suka, iaitu kemas rumah!
Bagi kami, Kemas rumah salah satu dari aktiviti yang menenangkan jiwa sebab seronok tengok rumah bersih dan lapang. Terapi jiwa!💗
--------------------------------------------------------
Dropship Al Quran Tagging
Adakah anda nak jadi jutawan akhirat dengan menyebarkan kebaikan Al Quran kepada orang lain?
Pahala sentiasa mengalir walaupun kita telah tiada di dunia ini.
Jika anda nak jadi sebaik-baik manusia yang bermanfaat kepada orang lain, boleh join team saya. Kita bersama-sama bina generasi yang celik Al Quran.
Monday, 10 May 2021
28 Ramadhan
Monday, 3 May 2021
Kira-kira Afiq
Teks: Suhaila Rahim
"Amni, lapan tambah lapan berapa?" soal Afiq secara tiba-tiba
" Amni tak tau!" jawab Amni dengan nada sedikit stres
" Itu pun tak tau!' Aqil merungut tak puas hati
"Mak, lapan campur lapan berapa?" Afiq beralih soalan.
"Enam belas" saya memberi jawapan
"Enak belas campur enam belas?" soal Afiq lagi
"Tiga puluh dua"
"Tiga puluh dua camput tiga puluh dua?"
"Enam puluh empat"
"Enam puluh empat campur enam puluh empat?"
Soalan berselang seli dengan jawapan. Jenuhlah kita ni mencongak-congak. Rasa berdosa pulak kalau bagi jawapan yang tak betul. Biasanya selagi jawapan tak sampai angka ribu-ribu dia tak berhenti bersoal jawab.
"Wah, banyakkan duit kita ada ribu-ribu!" ucapnya dengan nada riang gembira. 😂
--------------------------------------------------------------------
AL QURAAN TAGGING