='description'/>

Tuesday 12 January 2016

Mengurus rumah sewa

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, minggu ini baru selesai menguruskan penyewa baru ke rumah sewa. Rumah sewa kami yang tidak berpenghuni hampir setengah bulan, kini sudah mula diduduki oleh penyewa baru.

Pengalaman hampir enam tahun menguruskan sebuah rumah milik suami dan dua milik keluarga mertua ternyata ia bukan satu tugas yang mudah. Sepanjang tempoh itu, sedikit demi sedikit kami telah belajar berbagai ragam penyewa yang ada kala mendukacitakan dan tidak kurang juga ada yang baik hatinya. Apapun ragamnya kami anggap ia sebagai satu rezeki dan ujian dari Allah supaya lebih redha dan sabar. Dari kesabaran itu juga mengajar supaya kita lebih berhati-hati dalam memilih penyewa yang lebih bertanggungjawab dan jujur dalam menjaga rumah yang diamanahkan. 

Setiap kali kami rumah kosong untuk kemasukan penyewa baru, kami akan pastikan keadaan rumah bersih seadanya dan tiada sebarang kerosakan alatan rumah. Jika perlu kami akan cat semula dinding rumah yang kotor supaya keadaan rumah lebih selesa. Beberapa bil utiliti rumah akan kami jelaskan semuanya walaupun berlaku tunggakan yang dilakukan oleh penyewa sebelumnya.

Untuk pengambilan penyewa baru, kami lebih selesa untuk mengiklan sendiri berbanding dengan menggunakan khidmat ejen. Ternyata cara ini lebih menjimatkan kos dan kami sendiri dapat menapis kemasukan penyewa yang kami perlukan. Selalunya penyewa yang menjadi keutamaan dan pilihan, mestilah muslim, wanita bujang atau berkeluarga.

Buat masa ini, tiada dokumen formal seperti Perjanjian Sewa (Tenancy Agreement) yang kami gunapakai sebagai perjanjian sewa. Hanyalah satu perjanjian dan persetujuan biasa yang tidak bertulis. Hanya salinan resit sebagai pengesahan pembayaran sewa. Mungkin atas faktor ini adakalanya penyewa mudah mengambil kesempatan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Apapun perancangan untuk menyediakannya memang dalam perancangan. In shaa Allah.

Sekadar itu perkongsian saya mengenai pengalaman mengurus rumah sewa. Moga ada yang boleh diambil iktibar dan pengajaran. 
----------------------------------------

Tepung kek Coklat Moist


Harga setiap pek RM10 sahaja (tidak termasuk RM7 untuk kospos) 
COD percuma untuk 5 pek ke atas di sekitar Kajang/Bangi/Balakong

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




No comments:

Post a Comment