='description'/>

Sunday, 25 June 2023

Masak dari hati

Teks: Suhaila Rahim


Alhamdulillah. Menu simple tengahari ini.

Dulu-dulu bila borak pasal masak, Ciksue selalunya, tiba-tiba akan jadi pendiam. Rasa rendah diri nak bagi idea 😂

Sebab nak cakapnya, memang tak pandai masak. Ahaks..

Apa taknya, bila diusia sepuluh tahun, dah masuk asrama, semua terhidang depan mata.

Balik rumah sekali sekala, memang jarang sekali nak ambil tahu urusan dapur.

Rela diberi tugas lain, sanggup lagi menyapu keliling rumah atau uruskan kain pagi ke petang. 

Tapi, bila dah meningkat dewasa,  kata-kata santai seorang sahabat ni sangat memberi inspirasi.

"Tak pandai masak takpe, jangan malas!"

Dush.. deep sampai sekarang! 😁

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati
----------------------------------------

𝗝𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔😍

Raya haji bakal tiba tak lama lagi...dah ada handsock sedondon dengan baju ke belum tu?

Kalau belum ada, jom laju-laju hubungi agent Sahabat At Taqwa yang sah dengan segera!

Beli COMBO sempena promosi ni, korang boleh jimat berganda-ganda tau! Dapatkan sekarang sebelum TERLAMBAT! STOK LIMITED!

wasap.my/60136844409/kombohandsock

#SahabatAtTaqwa #Handsock #Promosi




Friday, 23 June 2023

Cerita Amni

Teks: Suhaila Rahim



Bila suruh Amni kejutkan Abah.

"Abah.. wake up! wake up!"
.
.
Kalau Mak yang minta dia kejutkan,
"Mak.. workout! workout!"

Kan lain sangat bunyinya tu.. 😂


-----------------------------------------------

 

Semoga setiap penat lelah dan usaha kita untuk membantu rakan atau orang lain mendapat balasan yang baik dari Allah S.W.T. walaupun bukan di dunia. InsyaAllah di akhirat kelak.

Tuesday, 6 June 2023

Jahit langsir

Teks: Suhaila Rahim


Semalam balik kampung, dapat job baru; jahit langsir untuk adik.

Lama sangat tak menjahit langsir sebenarnya.

Dan ada juga permintaan untuk jahitkan langsir sebelum ini, CikSue tolak dan minta cari tukang jahit lain.

Bukan tak nak, tapi belum mampu nak penuhi permintaan untuk siapkan dalam masa tertentu. 

Menjahit langsir ni berbeza dengan jahit baju. Kerjanya perlukan ruang dan kerja lebih sikit. Sebab tu CikSue tak berani nak beri komitmen.

Tapi bila adik yang mintak tolong, tak boleh elak. Kesian pulak rumah baru dia tak berlangsir.. 😂

Tapi bagitau awal-awal kat dia, langsir french pleat jer ya.. Kalau paten lain, sila jangkakan kelewatan untuk siap..🤭

Rancangnya esok nak mula potong kain. InshaaAllah. Kat rumah ni boleh fokus menjahit pagi je, dikala semua assistant pegi sekolah. 

Petang ni kita refresh nota-nota jahit lama..😍 

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati
-------------------------

Cara upgrade ke Versi Think Quran Pluss

Cara Upgrade PLUS 😁

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran 
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?

#SahabatAtTaqwa #thinkquran #barakah #Quran #islamic


Thursday, 1 June 2023

Think Quran: Alamak! turun tahap..

Teks: Suhaila Rahim


Alamak, lemahhhh.. siap kena turun tahap lagi tu 😅

Nasib baik robot soleh ni takde suara nak gelakkan.

Dulu teringin nak sekolah agama, sebab nak belajar arab. Tapi Allah tak izin.

Dah besar-besar kena belajar sendirilah nampaknya.

Tapi sejak belajar dengan adanya Think Quran cepat pulak ingatnya. Alhamdulillah.

Dah umur-umur macam ni kena belajar cara ringkas supaya mudah hadam.
Kalau bagi buku suruh hafal dari kulit ke kulit tak mampu kut nak hafal.

Buktinya anak yang ajar arab nombor satu sampai sepuloh pun sampai sekarang tak hafal. 🤭
Ish... apa nak jadi dengan Rafisuhaila Rahim ni.
Lemah betulll... 🫣