Thursday, 31 December 2020
Selamat tinggal 2020
Monday, 14 December 2020
Rumah untuk dijual: Pangsapuri Sri Murni Taman Pinggiran sungai long, Bandar Sungai long. Selangor
Tenure: Freehold
Blok : B
Keluasan: 671 sqft
3 Bilik tidur + 1 tandas
Tingkat 4. Tiada Lif
Kemudahan:
- Taman permainan,
- Ruang letak kereta
- Kemudahan surau
Lokasi:
berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti 7-Eleven, restoran, bank, kedai runcit, kafe dan klinik. Kampus UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari apartmen. The Golf and Country Club Sungai Long juga terletak tidak jauh lagi dari apartmen. sekolah-sekolah berdekatan termasuk SMK BB Sungai Long, Sekolah Agama Rakyat Sungai Long dan SK Taman Rakan.
Kedai membeli-belah dalam masa beberapa minit memandu dari pangsapuri termasuk AEON Mahkota Cheras, Pusat Beli-belah AEON Cheras Selatan, Tesco Kajang dan Econsave Balakong. Berhampiran dengan Hospital Columbia Asia dan Hospital Kajang.
Harga: RM 105,000
AGEN tidak diperlukan.
Berminat (whatsapp sahaja)
Encik Amin β 013 391 4409 (owner)
Sunday, 13 December 2020
Kelas Online Fotografi Smartphone
Saturday, 12 December 2020
Rindu Kampung! π
Selamat pagi!
Friday, 11 December 2020
Afiq, the third
Teks: Suhaila Rahim
"Mak, buatkan roti telur" Afiq membuat permintaan.
"Kejap" jawapan ringkas sambil berjalan ke dapur.
Permintaan budak bujang ni bukan boleh berlengah. tindakan kena pantas. Sebelum dia mengulang-ulang arahan.
Selang dua minit.
"Mak, dah siap ke belum"
"Kejaplah, tengah buat ni.."
"Mak.. mak kuatkan? Kenalah buat laju-laju".
Selang 30 saat.
"ok dah siap"
"Ok, terima kasih"
Anak nombor tiga. Muhammad Afiq lima tahun. Anak yang banyak menguji kesabaran kami satu keluarga. Anak yang selalu minta perhatian, lasak dan selalu mengusik.
Tetapi dalam kenakalannya, dialah yang selalu mengucapkan "terima kasih" dan "minta maaf" bila mood dia baik.
Fitrah anak-anak. Sangat unik kan? :)
Eh lupa nak share. Saya ada Maruku. Ada 2 jenis. Omapodi dan Ribbon. Rasa tradisi! Teringat maruku masa kecil dulu. Sebiji rasa dia.
Sebalang RM20
Omapodi - bentuknya seperti spageti.
Ribbon - bentuknya seperti reben.