Thursday, 31 December 2020
Selamat tinggal 2020
Monday, 14 December 2020
Rumah untuk dijual: Pangsapuri Sri Murni Taman Pinggiran sungai long, Bandar Sungai long. Selangor
Tenure: Freehold
Blok : B
Keluasan: 671 sqft
3 Bilik tidur + 1 tandas
Tingkat 4. Tiada Lif
Kemudahan:
- Taman permainan,
- Ruang letak kereta
- Kemudahan surau
Lokasi:
berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti 7-Eleven, restoran, bank, kedai runcit, kafe dan klinik. Kampus UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari apartmen. The Golf and Country Club Sungai Long juga terletak tidak jauh lagi dari apartmen. sekolah-sekolah berdekatan termasuk SMK BB Sungai Long, Sekolah Agama Rakyat Sungai Long dan SK Taman Rakan.
Kedai membeli-belah dalam masa beberapa minit memandu dari pangsapuri termasuk AEON Mahkota Cheras, Pusat Beli-belah AEON Cheras Selatan, Tesco Kajang dan Econsave Balakong. Berhampiran dengan Hospital Columbia Asia dan Hospital Kajang.
Harga: RM 105,000
AGEN tidak diperlukan.
Berminat (whatsapp sahaja)
Encik Amin β 013 391 4409 (owner)
Sunday, 13 December 2020
Kelas Online Fotografi Smartphone
Saturday, 12 December 2020
Rindu Kampung! π
Selamat pagi!
Friday, 11 December 2020
Afiq, the third
Teks: Suhaila Rahim
"Mak, buatkan roti telur" Afiq membuat permintaan.
"Kejap" jawapan ringkas sambil berjalan ke dapur.
Permintaan budak bujang ni bukan boleh berlengah. tindakan kena pantas. Sebelum dia mengulang-ulang arahan.
Selang dua minit.
"Mak, dah siap ke belum"
"Kejaplah, tengah buat ni.."
"Mak.. mak kuatkan? Kenalah buat laju-laju".
Selang 30 saat.
"ok dah siap"
"Ok, terima kasih"
Anak nombor tiga. Muhammad Afiq lima tahun. Anak yang banyak menguji kesabaran kami satu keluarga. Anak yang selalu minta perhatian, lasak dan selalu mengusik.
Tetapi dalam kenakalannya, dialah yang selalu mengucapkan "terima kasih" dan "minta maaf" bila mood dia baik.
Fitrah anak-anak. Sangat unik kan? :)
Eh lupa nak share. Saya ada Maruku. Ada 2 jenis. Omapodi dan Ribbon. Rasa tradisi! Teringat maruku masa kecil dulu. Sebiji rasa dia.
Sebalang RM20
Omapodi - bentuknya seperti spageti.
Ribbon - bentuknya seperti reben.
Wednesday, 25 November 2020
Hari itu datang lagi. Alhamdulillah.
Teks/Foto: Suhaila Rahim / google
Alhamdulillah. 25 November datang lagi.
Syukur ya Allah, bagi nafas lagi hingga hari ini, Hadirnya hari ini bermakna bermakna setahun lagi umur berkurang. :(
Doa ku hari ini.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Engkau
menjadikan sebaik-baik umur kami pada akhirnya,
Sebaik-baik amal pada penutupannya,
Sebaik-baik hari-hari kami adalah saat bertemu denganMu.
Aku memohon kepadaMu agar Engkau menjadikan kuburan setelah berpisah dengan dunia,
Sebaik-baik tempat tinggal kami,
Luaskanlah liang lahad kami,
Dan rahmatilah saat kami menjadi rendah
pada waktu menghadapMu saat hisab,
Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas shirath,
Selamatkanlah kami dari kesusahan hari kiamat,
Putihkan wajah kami pada hari dimana wajah manusia ada yang putih dan ada yang hitam..
Aku memohon kepada-Mu kenikmatan yang tak terputus-putus, Mata yang sejuk yang tidak terputus-putus,
Aku memohon kepadaMu untuk dapat melihat wajahMu,
Dan kerinduan bertemu denganMu,
Aku memohon agar Engkau mensucikan kerosakan hati kami dengan taubat,
Dan menyatukan hati kami dalam keadaan takut kepadaMu,
Dan memberi kami pemberian yang besar
yang dapat memasukkan kami ke dalam Syurga,
Tempat yang aman..
.
Ya Allah, kepadaMu aku beribadah dan untukMu kami solat dan sujud,
KepadaMu kami menuju dan bersegera,
Kami mohon rahmatMu dan takut akan azabMu,
Sesungguhnya azabMu menimpa orang-orang kafir..
Ya Allah aku memohon perlindungan kepadaMu,
Kami meminta ampun dariMu,
MemujiMu dengan kebaikan,
Tidak kufur kepadaMu,
Tunduk kepadaMu dan mencabut
siapa yang kufur kepadaMu..
.
Ya ALLAH, panjangkanlah hambaMu ini,
Agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
Moga diakhirat kelak ku mengutip hasilnya..
.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalanku disaat bertambah usiaku ini,
Jadikanlah cahayamu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
.
Sebagai tanda cintaku padaMu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Ku mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmat abadi..
Aamiin Allahumma Aamiin.π
25 November 2020/19 Rabiulawal 1442H
Thursday, 23 April 2020
Ramadhan Kareem
Wednesday, 11 March 2020
Fungsi Hexapeptide-12 dalam Matte Creamy Lips dari Haus Cosmetics
Tuesday, 10 March 2020
Kebaikan minyak kelapa dara untuk kesihatan dan kecantikan
Bagimana minyak kelapa dara membantu dalam aspek kesihatan dan kecantikan?
------------------------------------------------------------------------------
Berminat dengan MINYAK KELAPA PUTERI DARA?
Sebotol RM25 (80ml) tidak termasuk postage. Free COD sekitar Kajang sahaja.
Whatsapp 013-6844409 atau klik link wasap.my/60136844409/Minyakkelapadara
Thursday, 27 February 2020
Senaman muka untuk awet muda
1. Praktis menyebut huruf AEIOU setiap pagi dan malam sebanyak 40 kali. Buat secara konsisten.
2. Menyebut huruf X dan O dengan membuatgerakan membuka dan menutup mulut
3. Mengamalkan sebutan MA, ME, MI, MO dan MU sebanyak 10 kali untuk kuatkan otot dan bibir
4. Senyum lebar sambil bibir tertutup selama 15 saat dan selepas itu senyum hinggga nampakkan semua gigi selama 15 saat. Ulang langkah berulang kali.
5. Tepuk dagu dengan belakang telapak tangan sebanyak 40 kali setiap pagi dan malam.
6. Tutup mulut dan kembungkan pipi kananselama 5 saat dan tukar ke pipi kiri dengan aktiviti yang sama. Ulang langkah beberapa Kali
7. Bentukkan bibir berbentuk huruf O seketika dan lepaskan.
Wednesday, 26 February 2020
Merawat hati dengan Istighfar dan selawat.
Foto: Koleksi Peribadi
Dua hari lepas, dapat panggilan dari Aqil.
"Assalamualaikum Mak,"
"Waalaikumussalam."
"Mak, kalau kita tengah down nak buat apa?"
"Err... cuba istighfar"
"Berapa kali?"
"Errr.. baca 30 kali, pastu selawat"
"Berapa kali?"
"30 kali jugak"
"Ok Mak, bye. Assalamualaikum"
Waalaikumussalam. Belum habis salam berjawab dah ditutupnya talian.
Termenung kejap. Lancar je mulut ni bagi idea.Terdetik suara dalam hati. Kalau terkena diri sendiri yang down mampu ke aku nasihatkan diri sendiri cepat-cepat istighfar dan selawat? Allahhu.
----------------------------------------
Suka nau nau dengan compact powder by HAUS ni tau. Senang nak pilih ikut tone muka masing masing. Ada orang tu, tone jenis cool, ada plak tone jenis warm. Founder HAUS ni kan, memahami sangat keperluan kita kita orang Asia ni kan?
Monday, 17 February 2020
Buku: Sahabat Dunia Akhirat - Ustazah Asma' Harun
Monday, 13 January 2020
Hilangkan kesan parut jeragat dengan mudah?
Tuesday, 7 January 2020
Mencari Sabun Organik untuk Masalah Kulit?
Apa kata korang cuba Super Sensitive Beauty Soap (SSBS),
Bahan-bahan yang ada dalam Sabun SSB ni semua natural tau. Ada kombinasi 3 bahan mentah utama iaitu Shea Butter, Spent Grain Wax dan Argan Oil .
Bukan orang dewasa je boleh guna tau, baby 6bulan ke atas pun boleh :smile:
Gunakan tanpa was-was.
Jom ikhtiar hilangkan Gatal-gatal dan kulit sensitif dengan SSBS.
Wasap je kat sini
wasap.my/60136844409/ssb