='description'/>

Saturday 16 November 2013

Selamat Hari Lahir Aqil..

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi




Hari ini, 15 November 2013 hari lahir anak sulung saya, Muhammad Aqil. Alhamdulillah abang dah besar. Tahun depan bermula persekolahan darjah satunya. Sekejap rasa masa berlalu, sedar tak sedar anak dah bertambah umur, dan yang selalu hampir terlupa umur ibu juga bertambah. Kami berdua lahir di bulan yang sama. Jadi selalunya kami sambut secara sederhana di rumah dengan satu kek kecil sahaja.

Kebetulan pula hari lahirnya tahun ini jatuh di hari akhir persekolahan nya di tadika. Saya membawa sedikit cenderahati buat kawan-kawan dan guru, beserta sebiji kek yang dihias dengan karektor upin dan ipin kegemarannya. Alhamdulillah rezeki tahun ini dapat menyambut dengan semua kawan-kawan di tadika. Dari riak wajahnya dia sangat gembira, menghitung hari-hari sejak minggu lepas lagi. Moga detik-detik indah menjadi momen berharga dalam hidupnya.

Selamat Hari Lahir Aqil. Semoga menjadi hamba Allah yang soleh, anak yang baik, abang yang penyayang  dan  menjadi insan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Ameen..

-------------------------------------------------------------------


Sehingga kini Akademi Bekerja Di Rumah telah mempunyai 330 blog dengan 13 guru online dedikasi bertugas, masih menerima pendaftaran masuk dibuka setiap hari. Jika anda ingin menjadi salah seorang ahli Akademi Bekerja Di Rumah, sertai kami dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelasa asas blog dan fan pge
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho


Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim





No comments:

Post a Comment