Dalil
  Kerjasama 
Dan tolong-menolonglah kamu dalam
  (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam
  berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2) 
  
    Allah akan sentiasa membantu
  hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan
  oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud) 
  
Dalil
  Tanggungjawab 
      Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama
  mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa
  kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan
  oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim) 
  
Dalil Saling
  Melindungi 
     Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada
  siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang
  berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) 
  
Berasaskan kepada dalil di atas,
  para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk
  melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan
  ini. 
  
Memahami
  Kontrak Takaful 
       Meskipun konsep insurans
  dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional
  yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan
  gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’
  (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba
  (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi
  penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. 
 | 
 
No comments:
Post a Comment