Thursday, 13 January 2022

Hakikat kematian

 Teks: Suhaila Rahim


Innalillawainnalillahirojiun.

Mendapat perkabaran seorang kejiranan kami meninggal dunia asbab covid. Seorang ibu dijemput ketika masih muda  dan meninggalkan tiga anak yang masih kecil. Subhanallah. 😭


Tak mampu nak membayangkan kalau berlaku pada diri sendiri. Sesungguhnya semua rahsia Allah. Yang pastinya Allah sudah merencanakan yang terbaik buat keluarga yang ditinggal. Ammen.


Teringat kata-kata ustazah kat sekolah dulu. Ustazah kata, setiap orang tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, semuanya menghampiri satu tarikh kematian yang tak pasti bila. Semua akan mati.


Pada hari kematian pula, pastinya ramai yang akan bersedih dan akan merasa kehilangan orang yang tersayang. dan percayalah hari-hari akan terus berlalu. Hidup perlu diteruskan. Mereka yang ditinggalkan pasti untuk bangkit meneruskan hidup tanpa orang-orang yang tersayang.


Sampai satu masa, ahli keluarga yang ditinggalkan selesa akan dapat hidup yang baru tanpa kita yang dah pergi. Kita akan semakin hari makin dilupakan. Hanya mengharapkan doa dari anak-anak soleh  yang kita tinggalkan, amal jariah dan ilmu  yang sempat kita manfaat kan ketika masih didunia. Allahuu.


Sesungguhnya masa di dunia itu sangat singkat. Akhirat juga yang kekal abadi. Moga kita semua ditemukan kembali didalam syuga Firdaus. Aamiin

-----------------------------------------------------

Promosi Ukiran Ukir


PROMO DATANG LAGI!!

Beli Al Quran Tagging Ukir Nama dapat 1 Al Quran Comel 

Nak ke nak sangat2

Promo ini tak lama dan sangat limited.
Ada ka yang nak hadiahkan pengantin baru,insan2 tersayang ataupun sesiapa sahaja dengan Al Quran Cantik ini.

Dunia dapat akhirat pun dapat.

Semoga dengan hadiah teristimewa ini akan mengalir saham2 buat kita di sana

BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK  laju-laju


#SahabatAtTaqwa 
#AlQuranTagging 
#AlQuranTerjemahan 
#AlQuranHantaran
 #AlQuranBahasaMelayu
 #AlQuran #AlQuranTajwid 
#OpenForDropship 
#DropshipAlQuranTagging 
#OpenDropshipAlQuran




Monday, 10 January 2022

Hari pertama sekolah 2022


Bangun pagi ni, Afiq tanya.

"Amna mana?"

"Kakak dah pergi sekolah"

"Amni?"

"Adik pegi sekolah"

Berlari dia keluar pintu, capai basikal.

"Afiq nak pegi mana??"

"Nak pegi main dengan kawan"

"Mana ada kawan, semua orang pegi sekolah hari ini"

"Oh.. ya ke? Takpe Afiq pusing-pusing jap"

Coretan mak yang rindu nak tengok anak pegi sekolah. 😜

#ceritaafiq

Friday, 31 December 2021

Salam 31 Disember 2021



Hari ini, hari jumaat dan hari terakhir 2021. 

Esok bermulalah tahun baru 2022. Alhamdulillah untuk setiap takdir dan perjalanan hidup yang Allah dah tetapkan. Syukur dengan ujian dan nikmat. Moga esok lagi baik dan lebih baik lagi di saat kita dijemput kembali. Aameen.

Terbaca satu posting seorang sahabat di FB. Kita ini berhidup dengan rezeki yang Allah dah tetapkan. Bila sudah tiada rezeki, setakat itu jualah usia yang Allah bagi. Subhanallah.
---------------------------------------
AL QURAN SPECIAL EDITION



WARNA HITAM YANG SANGAT EKSKLUSIF
Wahhh... hitam itu kan menawan Dah la tak mudah kotor, senang pulak tu nak urus.
Nak ukir nama dan kata-kata pun lawa ini masih nampak tau. Cantik sangat2 confirm puas hati terpahat nama kita atau nama pasangan kita pada Al Quran. Teramat sesuai nak buat hantaran atau hadiah.

Dan nampak _EKSKLUSIF_ yang menepati cita rasa lelaki dan wanita 🥰
Jom grab sekarang😍






BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?
.
Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/specialedition laju-laju
.





Monday, 13 December 2021

Inspirasi dari cerita halia

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi



Rezeki minggu lepas dapat dapat pergi rewang kenduri perkahwinan anak saudara. 

Perasaan best tu tak boleh cerita. Pertamanya setelah sekain lama tak pergi majlis kenduri dan kedua dah lama tak pergi rewang kat mana-mana kenduri. Selalunya makan kenduri katering, yang siap sedia untuk makan.

Petang sebelum kenduri dapat luangkan masa sekejap buat kerja-kerja mengupas halia. Duduk bersama saudara terdekat sambil berbual santai dan berkongsi cerita.

Duduk di sebelah saya seorang makcik yang berumur lingkungan 70an sedang tekun menghiris halia sambil berbual dengan saya. Disebelahnya ada lagi seorang makcik yang lebih muda juga tekun membuat kerja yang sama.

Saya hanya memerhati hasil halia yang dia buat. Hirisannya sangat halus dengan saiz yang hampir sama. Berbanding hirisan halia yang saya buat. Hirisan halia yang saya buat  agak kasar dan tidak seragam. Hi..Hi.. Dalam memerhati saya berani kan diri untuk bertanya.

"Makcik, beza ke rasa masakan kalau halia dihiris halus-halus atau kasar-kasar?" 

Dengan bersahaja, makcik tu terus memberi pandangan yang memberi makna mendalam buat saya,

"Rasanya sama je, tapi pandangan kita yang melihat masakan tu macam 'tak sedap dipandang  mata'. tu jerr" 

Oh... saya mengangguk faham.

Jawapan pendek makcik tu macam ada yang menyentap hati saya. Ayatnya pendek dan penuh seni tapi memberi maksud yang mendalam. Itulah budaya orang lama yang bukan sahaja dalam menjaga kata-kata yang baik didengar, tetapi sangat memberi pengajaran.

Tiba-tiba ada seorang kakak kat sebelah berbisik.

"Kita orang muda, tak sabar. Semua nak cepat. tak macam orang dulu-dulu"

Ha.haha..... Kami ketawa sesama sendiri. Betullah tu kan? Sekarang semua nak cepat. 😂
------------------------------------------------------------



ALQURAN HANTARAN CANTIK


 




Peminat warna ungu dan turqoise hadir sini kejap  

Psstt.. awak suka tak Al-Quran eksklusif macam dalam gambar ni? Suka? Haa saya nak bagi sesuatu yang istimewa kat awak tau, percuma je kalau awak berjaya miliki Al-Quran ni. 

Meh hubungi saya dulu,kalau tak nak saya pun takpa hurm.. Tapi pastikan hubungi agent sah Sahabat At Taqwa tau. 

PERCUMA JE UNTUK AWAK.. 




Friday, 12 November 2021

Tips mudah konsisten sedekah setiap hari

 Teks: Suhaila Rahim


1. Tanamkan niat sedekah kerana Allah .

2. Tentukan jumlah sedekah yang nak dan mampu kita sedekah. Mulakan dengan nilai lebih kecil. Contoh RM1 atau RM5


Contoh nombor akaun yang telah disimpan sebagai 'favourite'

3. Untuk permulaan dapatkan sekurang-kurangnya satu nombor akaun bank pihak yang memerlukan sumbangan. Contoh, rumah anak yatim, rumah orang tua, rumah perlindungan, NGO yang menjalankan kerja-kerja kemanusian , pusat tahfiz atau orang perseorangan yang memerlukan. Tambah nombor akaun yang ada dari masa ke semasa. Sebaiknya dapatkan sekurang-kurangnya 30 nmbor akaun atau lebih

4. Simpan nombor akaun dalam bahagian 'favourite' dalam sistem 'online banking' yang kita ada.

5. Setiap hari buat pindahan wang pada satu nombor akaun meikut jumlah yang kita tetapkan. Sebaiknya buat selepas subuh.

6. Untuk hari kedua dan seterusnya buat pindahan ke akaun lain.

7. Ulang setiap hari jumlah yang sama ikut berapa nombor akaun yang kita ada. 

8. Paksa diri sedekah setiap hari. In shaa Allah lama kelamaan anda akan rasa biasa dan akan terasa janggal kalau tidak melakukannya.

9. Jika anda ada rezeki lebih, tambah jumlah sedekah dan istiqamah. In shaa Allah.

                           
Sebagai perkongsian apa yang saya buat, kalau saya tak dapat buat transfer pada hari tertentu kerana terlupa atau tiada wang, biasanya saya akan ganti pada hari berikutnya dengan jumlah dua kali ganda. 

Jom cuba! Percayalah amalan sedekah ini sangat ajaib! 

SEDIKIT tanda kita ingat, BANYAK tanda kita ada!😍
-------------------------------------------


GIFTSET ALQURAN PALING JIMAT ABAD INI  WOW SANGAT
.
 Set Premium A6 Soft Cover
.
Dilengkapi dengan :
⇒ Asbabun Nuzul
⇒ Asmaul Husna
⇒ Hadith Sahih
⇒ Kod Tajwid Bewarna
⇒ Terjemahan Bahasa Malaysia
⇒ Resan Uthmani Bahasa Melayu

Lagi apa yang BEST
  •  Mudah di bawa ke mana-mana
  •  Isi dalam PELANGI,BERWARNA WARNI
  •  Terdapat penanda quran comel yang mengandungi Doa Sujud Tilawah, Doa Permulaan Baca Al-Quran.
  •  Malah juga terdapat penanda quran comel yang mengandungi Panduan Tajwid Kod Berwarna, Tanda Waqaf dan Panduan Berwaqaf.
  • Sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun insan tersayang dan senang nak dibawa ke mana-mana
Dapat apa dalam set ni?
.
 BOX PREMIUM. Terdapat 3 pilihan warna iaitu GOLD,HITAM & PINK. Kotak yang sangat tebal & sangat berkualiti tuu
Set Perfume Card
5 keping kad zikir
Kalendar meja 202
ada ribennn cantikk
.
BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/giftsetjimatBlog



Thursday, 11 November 2021

Tarikh 11 November

 Teks: Suhaila Rahim


Hari ini teringat hari lahir seseorang yang saya pernah kenal. Seorang yang saya rapat masa hadir satu kursus motivasi sekolah. Kami berlainan sekolah tapi disatukan dalam kumpulan yang sama kalau tak silap. 

Saya panggil dia Zack. Nama asal tak berapa ingat, Zurina kalau tak silap. Pernah berutus surat beberapa kali selepas habis sekolah. Tapi terputus selepas itu tak jumpa dah. Cuba juga cari dekat facebook tapi tak jumpa. Saya jadi rapat sebab dia seorang yang sangat peramah dan kelakar. Walaupun tiga hari  kursus rasa macam dah kenal bertahun-tahun.

Mungkin satu kelebihan Allah bagi, saya selalu mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup orang yang rapat. In shaa Allah saya tak lupa. 

Sehingga kini ada je kawan-kawan yang bergurau, saya akan hantar ucapan dua kali setahun iaitu hari Raya dan Hari Lahir saja 😂

In shaa Allah saya tak lupa. Kepada sahabat dan kenalan yang sudah lama tidak berhubung, ingatlah setiap kali datang tarikh lahir kalian, saya sentiasa titipkan doa agar semua orang yang mengenali saya diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dalam lindungan Allah selalu. Aameen. 💗

Ehh.. kalau nak shopping shopee 11.11 kat sini ya https://shp.ee/8y4ea9t 😂
-------------------------------------------


Habbatussauda MagBlue

Habatussauda sangat bagus bagi meningkatkan imunisasi badan dan membantu melawan penyakit.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa habatussauda mampu membantu meningkatkan daya tahan sakit (sistem imun).

Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh badan manusia.
InshaAllah..

Sentiasa jaga SOP dan perlu ingat pendemik masih belum berakhir!


Berminat? klik link wasap.my/60136844409/HSBlog atau melalui shopee kat sini 


#HabbatussaudaGredA
#MakananSunnah
#DariMesir


Wednesday, 10 November 2021

Kisah nama!

 Teks: Suhaila Rahim


Nama saya Rafisuhaila. Di kampung orang panggil Chila. 

Bila hijrah keluar dari kampung dapat nama Rafi, Afi, Sue, Ila dan Ella. Tukar nama ikut lokasi. 😂

Sampai rmak selalu cakap. Dia hampir boleh tahu siapa kawan anak dia ni ikut nama panggilan nama untuk anak dia.

Nama asal seperti dalam surat beranak hanya satu perkataan. Bila buat kad pengenalan jadi dua nama.

Sebab tu sampai sekarang, untuk urusan formal saya guna dua perkataan Rafi Suhaila.

Paling best nama di akaun bank ada dua perkataan dan ada satu perkataan. 😍 

Bila nama jadi dua perkataan, nama saya jadi pelik. Sebab nama Rafi yang kita tahu nama orang lelaki.

Nama Rafi asalnya dari nama kakak. Nama kakak Rafizah. jadi tak janggallah sebab nama tu nama perempuan.

Nama Suhaila, mak pernah cerita dia ambil dari nama isteri Bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn iaitu Toh Puan Suhaila. Kalau nak tahu Suhaila tu maksudnya mudah. 💓

Pernah suatu ketika orang kata saya letak nama boy friend kat nama sendiri. Ishh... memang tak masuk akal. Rasanya tak pernah ada nama tu yang jadi boyfriend. Apa hal nak letak nama orang pulak kat nama sendiri😂😜

Ok dah. itu je nak cerita. Bye!

-------------------------------------






AL-QURAN A6 SOFT COVER : RM20 SAHAJA! 

Empat pilihan warna PIKAT MATA

MERAH

PURPLE

PINK

HITAM

.

Dilengkapi dengan :

⇒ Asbabun Nuzul

⇒ Asmaul Husna

⇒ Hadith Sahih

⇒ Kod Tajwid Bewarna

⇒ Terjemahan Bahasa Malaysia

⇒ Resan Uthmani Bahasa Melayu

  •  Lagi apa yang BEST
  •  Mudah di bawa ke mana-mana
  •  Isi dalam PELANGI,BERWARNA WARNI
  •  Terdapat penanda quran comel yang mengandungi Doa Sujud Tilawah, Doa Permulaan Baca Al-Quran.
  •  Malah juga terdapat penanda quran comel yang mengandungi Panduan Tajwid Kod Berwarna, Tanda Waqaf dan Panduan Berwaqaf.

COVER AL QURAN adalah soft cover dengan warna yang MENARIK.

.


BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

. Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/Al QuranA6softcover

.



Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...