Thursday, 10 August 2023

Alhamdulillah

Rutin pagi.

Alhamdulillah.

Salah satu kesyukuran bila Allah pilih Ciksue sebagai surirumah, bila dapat buat macam-macam perkara yang kita suka dalam satu masa yang sama.

Lepas join Kelas reseller Think Quran pagi ni, layan youtube dua ceramah Ustaz Amin sambil catat nota dan buat pola baju.

Sambil tu sidai baju dan masak.

Agak-agak rajin sapu dan mop rumah.

Kalau mengantuk, lelap kejap. 🤭

Takyah paksa-paksa diri buat kerja rumah ni. Layan jerr dengan rasa bahagia. 🥰

'DO what you LOVE, LOVE what you DO'

#ciksuesharedarihati
#thinkquran

Tuesday, 4 July 2023

Cerita mangga

 Teks: Suhaila Rahim


Sejak ada mangga berbuah ni, semangat lain macam nak sidai kain awal pagi.

.

Alhamdulillah. Kali ni, buah merimbun tak macam biasa. Waktu kali pertama berbuah, hanya tiga biji yang membesar elok. Cantik buahnya, sebab mangga ini berwarna merah jingga dan rasanya lemak manis.
.
Terfikir pulak kali ini, kena balut awal. Nanti taklah rosak buahnya nanti.

Pagi ni tanya Encik Suami.

"Ada ke orang balut buah kecik macam ni?"

"Ada!"

"Siapa?"

"Rafisuhaila.."

Kah kah... tersengih je dia bagi jawapan.

Sebenarnya, dah boleh agak jawapan tu. Tapi tulah nak jugak tanya.. 🤭



“Baru 300 lebih perkataan dah cover 63.15% al-Quran”

Ayuh dengarkan testimoni Think Quran daripada seorang usahawan, Muhd Fazli.

Imbas QR kod di poster atau klik untuk menonton (youtube.com/watch?v=w06RvhdUbQU)

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?
http://www.wasap.my/+60136844409/NakRegisterResellerTQTele

#SahabatAtTaqwa #thinkquran #barakah #Quran #islamic


Sunday, 25 June 2023

Masak dari hati

Teks: Suhaila Rahim


Alhamdulillah. Menu simple tengahari ini.

Dulu-dulu bila borak pasal masak, Ciksue selalunya, tiba-tiba akan jadi pendiam. Rasa rendah diri nak bagi idea 😂

Sebab nak cakapnya, memang tak pandai masak. Ahaks..

Apa taknya, bila diusia sepuluh tahun, dah masuk asrama, semua terhidang depan mata.

Balik rumah sekali sekala, memang jarang sekali nak ambil tahu urusan dapur.

Rela diberi tugas lain, sanggup lagi menyapu keliling rumah atau uruskan kain pagi ke petang. 

Tapi, bila dah meningkat dewasa,  kata-kata santai seorang sahabat ni sangat memberi inspirasi.

"Tak pandai masak takpe, jangan malas!"

Dush.. deep sampai sekarang! 😁

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati
----------------------------------------

𝗝𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔😍

Raya haji bakal tiba tak lama lagi...dah ada handsock sedondon dengan baju ke belum tu?

Kalau belum ada, jom laju-laju hubungi agent Sahabat At Taqwa yang sah dengan segera!

Beli COMBO sempena promosi ni, korang boleh jimat berganda-ganda tau! Dapatkan sekarang sebelum TERLAMBAT! STOK LIMITED!

wasap.my/60136844409/kombohandsock

#SahabatAtTaqwa #Handsock #Promosi




Friday, 23 June 2023

Cerita Amni

Teks: Suhaila Rahim



Bila suruh Amni kejutkan Abah.

"Abah.. wake up! wake up!"
.
.
Kalau Mak yang minta dia kejutkan,
"Mak.. workout! workout!"

Kan lain sangat bunyinya tu.. 😂


-----------------------------------------------

 

Semoga setiap penat lelah dan usaha kita untuk membantu rakan atau orang lain mendapat balasan yang baik dari Allah S.W.T. walaupun bukan di dunia. InsyaAllah di akhirat kelak.

Tuesday, 6 June 2023

Jahit langsir

Teks: Suhaila Rahim


Semalam balik kampung, dapat job baru; jahit langsir untuk adik.

Lama sangat tak menjahit langsir sebenarnya.

Dan ada juga permintaan untuk jahitkan langsir sebelum ini, CikSue tolak dan minta cari tukang jahit lain.

Bukan tak nak, tapi belum mampu nak penuhi permintaan untuk siapkan dalam masa tertentu. 

Menjahit langsir ni berbeza dengan jahit baju. Kerjanya perlukan ruang dan kerja lebih sikit. Sebab tu CikSue tak berani nak beri komitmen.

Tapi bila adik yang mintak tolong, tak boleh elak. Kesian pulak rumah baru dia tak berlangsir.. 😂

Tapi bagitau awal-awal kat dia, langsir french pleat jer ya.. Kalau paten lain, sila jangkakan kelewatan untuk siap..🤭

Rancangnya esok nak mula potong kain. InshaaAllah. Kat rumah ni boleh fokus menjahit pagi je, dikala semua assistant pegi sekolah. 

Petang ni kita refresh nota-nota jahit lama..😍 

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati
-------------------------

Cara upgrade ke Versi Think Quran Pluss

Cara Upgrade PLUS 😁

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 😄

💎 Join Channel Think Quran 
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?

#SahabatAtTaqwa #thinkquran #barakah #Quran #islamic


Thursday, 1 June 2023

Think Quran: Alamak! turun tahap..

Teks: Suhaila Rahim


Alamak, lemahhhh.. siap kena turun tahap lagi tu 😅

Nasib baik robot soleh ni takde suara nak gelakkan.

Dulu teringin nak sekolah agama, sebab nak belajar arab. Tapi Allah tak izin.

Dah besar-besar kena belajar sendirilah nampaknya.

Tapi sejak belajar dengan adanya Think Quran cepat pulak ingatnya. Alhamdulillah.

Dah umur-umur macam ni kena belajar cara ringkas supaya mudah hadam.
Kalau bagi buku suruh hafal dari kulit ke kulit tak mampu kut nak hafal.

Buktinya anak yang ajar arab nombor satu sampai sepuloh pun sampai sekarang tak hafal. 🤭
Ish... apa nak jadi dengan Rafisuhaila Rahim ni.
Lemah betulll... 🫣



Tuesday, 23 May 2023

Urus harta sebelum mati

Teks: Suhaila Rahim

"Hati-hati kalau semakin bertambah umur kita, almari baju kita bertambah"

Alamak! Sentap betul dengan pesanan Ustazah Muzayyanah tiga hari lepas.

Terus bukak almari, termenung.

Baju zaman kurus-kurus rasanya semua dah sedekah, tinggal baju-baju saiz terkini je yang ada. 🤭

Sejak sepuluh tahun membina ofis di rumah ni, rasanya dah kurang beli baju. Kalau ada cuma sepasang dua untuk raya. Tapi hakikatnya almari makin sempit. Acaner tu?  🤔

Dalam satu buku yang CikSue baca. Satu tips nak kurangkan baju dalam almari. Kalau kita nak 'tambah' satu baju, pastikan kita keluarkan satu baju yang sudah lama tak dipakai. 

Tapi kadang-kadang rasa sayangkan? Ada ketika kita rasa kita akan pakai baju itu semula suatu hari nanti. Atau kita rasa anak akan warisi baju-baju kita nanti. Tapi hakikatnya... (kita jawablah sendiri) 🤣

Satu motivasi yang CikSue pegang untuk elak rasa sayang tu, dengan satu tazkirah. Kita akan dihisab dengan semua harta yang kita ada. Selagi kita hidup, uruslah yang kita milikki supaya tak menjadi beban kita di sana nanti. Subhanallah..

Semalam selesai melepaskan tiga plastik baju dan kasut yang masih elok untuk diguna. Alhamdulillah. Moga istiqomah! 😍

#40haricabaranmenulis
#CikSueShareDariHati

----------------------------------

"Bila baca maksud lebih terkesan. Bila dah faham makna doa lebih penghayatan bila kita meminta pada Allah"

📲 Klik https://app.thinkquran.com?r=aqnahbiz&act=ob untuk mula belajar! 

💎 Join Channel Think Quran 
https://t.me/ThinkQuranSahabatAtTaqwa

💎 Nak kami guide satu2 untuk register?

#SahabatAtTaqwa #ThinkQuran #ResellerThinkQuran #JomDaftar

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...