Sunday, 15 December 2013

Kenyataan hidup di sebalik permainan ini

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Cerita ini antara kisah motivasi yang saya simpan dalam 'folder motivasi' saya untuk dijadikan panduan dan peringatan. Semoga kita boleh mengambil pengajaran dan manfaat dari mesej    yang tersirat di sebalik kisah ini. 


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan...Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkatpemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.


Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. ..Musuh-musuh Islam tidak akan  memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. .."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena  Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" Tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Friday, 13 December 2013

Ulasan Kelas Belajar Asas Blog

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Puan Masayu Ahmad


Alhamdulillah selesai sudah perjalanan untuk menamatkan 44 entri yang ditetapkan dalam kelas Online. Syukur kerana perjalanan yang berdingkit-dingkit ini sampai juga ke matlamat yang ditetapkan walaupun mengambil masa dua bulan. Terima kasih pada Cikgu Online saya, kak Aishah Hussein yang banyak memberi sokongan dan semangat untuk terus mencapai matlamat walaupun agak merangkak di awal perjalanan kelas. Namun saya rasa gembira mengikuti kelas ini kerana masa kelas yang fleksibel dan pengajaran guru yang mudah difahami dan kesediaan guru yang mahu berkongsi pelabagai ilmu dalam blog.

Sebelum ini saya tidak mempunyai pengalaman langsung dalam penulisan di blog. Tetapi saya suka melayari pelbagai blog untuk mencari pelbagai maklumat yang saya inginkan. Kecanggihan IT sekarang, semua perkara boleh dicapai di internet. Pakcik 'Google' sedia menanti pelbagai persoalan yang terlintas difikiran. Cuma terpulang pada diri sendiri untuk mencari yang baik atau sebaliknya. Dalam pada itu, terdetik juga dalam hati alangkah baiknya jika saya memiliki satu blog sendiri sebagai ruang untuk berkongsi sedikit ilmu yang dimiliki. 

Namun pada mulanya, pertemuan saya dengan blog Puan Masayu bukan lebih kepada untuk membuat blog. Saya tertarik dengan peluang yang ditawarkan dengan konsep mengajak untuk suri rumah untuk 'bekerja dari rumah'. Saya merasakan tawaran itu sesuatu yang lain daripada yang lain yang pernah saya tahu, walaupun kita sedia maklum dengan bermacam-macam tawaran di internet. Syukur, Allah mempertemukan saya dengan peluang ini. Keinginan untuk mencari peluang unttuk bekerja dari rumah, di beri sekali peluang untuk belajar dan memiliki blog. Selepas membaca entri dalam blog tersebut saya terus dapatkan Puan Masayu dan Kak Aishah di facebook. Alhamdulilah mendapat balasan mesej daripada Kak Aishah tentang pakej bagaimana untuk bermula dengan kelas Online. 

Secara jujur saya bukan insan yang pandai menulis dan hanya 'silent reader' di facebook. Tetapi semangat yang kak Aishah bagi untuk terus berkongsi menaikkan keinginan saya supaya rajin menulis. Setiap hari saya paksa diri sendiri untuk berfikir entri-entri yang bermanfaat untuk saya kongsikan di blog. Setiap hari saya positifkan diri walaupun dengan kekangan intenet yang perlahan dan perlu menaip sambil menyusu baby dipangkuan, saya kena teruskan juga. Saya seperti merasakan balik 'mood' semasa bekerja sepenuh masa dahulu. Kalau dulu kena fikir yang berkaitan dengan kerja dan lebih kepada 'manfaat untuk boss', tapi kali ini saya berfikir untuk manfaat untuk diri sendiri dan orang lain juga. Dan yang paling saya seronok sebab kerja saya tiada had masa dan boleh bekerja bila-bila masa. Oleh itu saya usahakan entri-entri yang boleh memberi ilmu, walaupun bukan untuk di manfaat sekarang tapi mungkin diperlukan oleh orang lain pada masa hadapan. Semoga saya terus diberi kekuatan untuk terus menulis dan berkongsi. In shaa Allah..

Kepada mereka yang tercari-cari platfom untuk bekerja dari rumah ini, sertailah kami sebagai peluang menambah pendapatan di samping niat untuk menimba dan berkongsi ilmu. Selain itu dengan menyertai kelas ini kita boleh mengenali rakan-rakan baru yang berlainan bidang dan dalam masa yang kita juga berjemaah dalam membantu antara satu sama lain.

Wassalam

Wednesday, 11 December 2013

Petua elak gulai cepat basi

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Semalam terbaca entri Sis Monalita pasal gulai masak cili api ayam, teringin rasa nak makan gulai ayam. Sesekali teringat gulai ayam yang mak masak di kampung. Walaupun boleh sahaja kalau nak dibuat sendiri tapi kalau dapat rasa air tangan mak mesti lagi sedap kan? :) Untuk menu hari ini saya lupakan sekejap gulai ayam. Menu ini perlu ditangguhkan ke hari minggu. In shaa Allah..

Hari ini saya ingin berkongsi petua bagaimana untuk mengelakkan gulai ayam/daging bercampur kentang daripada cepat basi. Petua ini dikongsikan oleh bapa saudara sebelah suami yang merupakan tukang masak jika ada kenduri kendara di kampung. Petua ini sangat berguna jika gulai yang dimasak dalam kuantiti yang banyak.

Bagi mengelakkan dari cepat basi, pastikan kentang yang dibuang kulit tidak direndam terlalu lama sebelum dimasukkan dalam gulai. Kentang yang direndam lama akan menyerap air semasa proses rendaman, dan air tersebut hanya akan keluar selepas gulai selesai di masak. Jika dibiarkan lama air serapan tersebut akan merosakkan kuah dan menyebabkan gulai tersebut cepat basi.

Langkah terbaik ialah selepas membuang kulit kentang tersebut, basuh dan terus dimasukkan ke dalam gulai tanpa rendaman. Walaupun cara ini rumit jika dimasak dalam kuantiti yang banyak tetapi hasilnya gulai dapat disimpan dengan lebih lama. Contohnya jika masak untuk kenduri, walaupun di masak awal pagi tapi gulai masih boleh dimakan sehingga ke petang. In shaa Allah.. Semoga bermanfaat!
_____________________________________________




Peluang terbuka kepada semua usahawan online mahupun offline yang ingin mempromosikan produk mereka kepada pelanggan melalui pemasaran internet.Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hampir 330 blog yang sudah mendaftarkan diri dan akan berfungsi sebagai platform untuk menyiarkan iklan.
Iklan anda akan dipamerkan di dalam ruangan iklan iaitu http://sohodirectory.blogspot.com/
Ada 4 Pakej Iklan ditawarkan. Lihat pakej iklan pilihan ditawarkan di sini.

Tempah ruang iklan anda sekarang. Hubungi saya di:

Facebook Suhaila Rahim 
Sms/What apps: 0132 684 4409




Tuesday, 10 December 2013

Ujian banjir: sumbangkan yang masih baik...

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Terharu bila membaca berita di akhbar dan perkongsian rakan-rakan di fb tentang mereka terlibat dengan banjir. Semoga mereka semua tabah menghadapi ujian ini dan Allah mudahkan urusan mereka semua. Ketika musibah yang melanda banyak yang mengambil inisiatif untuk membantu dalam bentuk sumbangan tunai, barangan keperluan harian, dan tidak lupa juga yang menyumbang kudrat untuk turut bersama membantu. Alhamdulillah, moga sumbangan tersebut mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya dari Allah. In shaa Allah..

Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi dengan sedikit pengalaman membantu mangsa banjir ketika beberapa tahun bekerja dengan sebuah NGO. Ketika berlakunya bencana seperti banjir sumbangan dalam bentuk kewangan amatlah diharapkan. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit lebih mudah diuruskan kerana pihak NGO boleh membeli barangan mengikut keperluan mangsa-mangsa ditempat banjir. Namun begitu bagi yang tidak mampu, kita masih boleh menyumbang dalam bentuk barangan, tetapi pastikan barangan tersebut yang sesuai dan masih boleh digunakan. Ambil sedikit inisiatif untuk memilih dahulu barang sumbangan.  Jika menyumbang dalam bentuk makanan kering atau ubat-ubatan pastikan tidak terlepas tarikh luput.  Ini boleh mengelakkan dari menyumbang barang yang rosak atau tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana tanpa kita sedar jika kita menyumbang barang-barang tersebut kita telah menambah beban kepada pihak terbabit perlu menanggung kos untuk melupuskan barang-barang tersebut.

Tip menyumbang pakaian:
1. Bagi pakaian terpakai pastikan pakaian tersebut tidak koyak, bersih masih boleh dipakai dan sesuai untul didermakan. Adalah lebih baik jika pakaian tersebut dicuci dahulu jika ia telah disimpan dalam tempoh yang lama.

2. Asingkan pakaian mengikut kategori yang sesuai. Contoh pakaian bayi (baru), baju lelaki dewasa (terpakai), baju kanak-kanak perempuan (baru), baju tebal dan lain-lain lagi. Ini memudahkan pakaian tersebut diagihkan oleh pihak yang bertanggungjawab kepada mangsa yang terjejas mengikut keperluan masing-masing. Setiap kategori tersebut perlu dilabelkan pada setiap plastik atau kotak.

3. Pastikan pakaian tersebut dilipat dan disusun sebaik mungkin bagi memudahkan urusan pembungkusan di tempat pengumpulan derma nanti. Ini akan menjimatkan masa dan kos untuk ‘packing'.

4. Gunakan karung plastik atau kotak yang sesuai dan tahan lasak supaya tidak mudah koyak apabila sampai tempat pengagihan bantuan.

Semoga bermanfaat!

Sunday, 8 December 2013

Happy weekend!

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah.. cuti minggu yang bermanfaat. Hari Sabtu, seawal pagi lagi sudah bersiap dengan sedikit juadah untuk di bawa ke rumah adik untuk makan tengahari. Habis memasak dan mengemas, ke sekolah anak menguruskan pembelian buku dan keperluan sekolah.  Selesai urusan di sekolah, berkejar ke rumah adik untuk makan tengahari. Rezeki hari ini sambil berkumpul seisi keluarga yang jarang dapat bersua muka, dapat juga merasa pelbagai juadah yang kami bawa secara 'potluck'. Makanan yang sedikit menjadi pelbagai jenis. Perjumpaan keluarga berakhir sampai ke petang, memerlukan  kami balik ke rumah semula untuk bersiap untuk agenda seterusnya. 

Hari ini kami berkesempatan untuk solat Maghrib di Masjid Hasanah, Bangi. Alhamdulillah, walaupun tidak berpeluang untuk berjamaah, kerana perlu bergilir menjaga baby, berpeluang dapat bersolat di masjid sudah memadai. Seusai solat, bergerak ke butik muslimah berdekatan memenuhi jemputan seorang sahabat yang baru membuka galeri butik muslimahnya di Seksyen 9. Walaupun kedatangan kami agak lewat, tapi syukur juga dapat meraikan butik barunya. Semoga sahabat ini berjaya dalam perniagaannya nanti. Tahniah UA! 'You inspired me!' Moga Addhuha terus maju dan berkembang seiring dengan butik-butik muslimah lain. In shaa Allah. http://www.addhuha.com/

Friday, 6 December 2013

Resepi kuah rojak buah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google



Assalamualaikum, hari ini saya ingin berkongsi resepi kuah rojak buah. Resepi ini saya perolehi daripada rakan sepejabat semasa bekerja dahulu. Mungkin banyak resepi kuah rojak ini yang boleh kita dapatkan dari internet, tetapi saya suka menggunakan resepi ini kerana bahannya mudah dan hasilnya sangat memuaskan hati. Saya namakan resepi  kuah rojak versi Makcik Puteri sebab rakan saya mendapat resepi ini dari makciknya. Jom kita cuba!

Bahan A: (1 kati dalam 600gm)
1 kati gula pasir 
1 kati gula merah
1 botol kecil cili sos
1 botol kecil kicap manis
Sedikit air asam jawa

Bahan B:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang putih
Sedikit belacan

Bahan untuk ditabur:
kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
bijan (digoreng tanpa minyak)

Cara-cara:
1. Kisar bahan B sehingga hancur, 
2. Masakkan bahan A dan B dalam kuali dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
3. Setelah masak taburkan kacang dan bijan.

Kuah ini boleh dimakan bersama buah-buahan dan simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Semoga bermanfaat!

------------------------------------------------------------------------------------------------


Pengurus Online Akademi
·  Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet 
Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja. 

Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR

* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi

* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).

* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory

* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga

* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.

Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.

Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Wednesday, 4 December 2013

Dialog Maghrib

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Islamic SoftBook - Jom Kita Solat
Saya: Aqil jom solat!
Aqil : Hari ni Aqil tak boleh solat mak, nanti nak sujud kepala Aqil pening, kaki Aqil sakit...
(Saya terdiam sambil fikir apa nak cakap, nak terus marah pun tak boleh..)
Saya: Ok lah macam tu, esok Aqil tak payah keluar main tau!
Aqil : kenapa?
Saya: Yelah.. nanti kepala Aqil pening.. kaki sakit
Aqil : Pegi main takpe mak, tak sakit sebab bila main Aqil 'gembira'..
Saya: hish..hish... (hilang sekejap idea nak menjawab)

Antara cabaran mendidik anak saya yang berumur enam tahun ini ialah menangani sikapnya yang suka berdalih. Ada sahaja alasan spontan bila di suruh buat sesuatu yang dia liat nak lakukan. Setiap hari saya perlu menjadi kreatif mencari idea-idea baru bagaimana nak menangani persoalan-persoalan anak yang kadang kala susah nak diberi pencerahan. 

Jadi tugas untuk malam ni: cari idea macammana nak buat, kita boleh 'gembira' semasa solat!... jom  fikir-fikirkan.. :)


Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...