='description'/>

Wednesday 11 December 2013

Petua elak gulai cepat basi

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google




Semalam terbaca entri Sis Monalita pasal gulai masak cili api ayam, teringin rasa nak makan gulai ayam. Sesekali teringat gulai ayam yang mak masak di kampung. Walaupun boleh sahaja kalau nak dibuat sendiri tapi kalau dapat rasa air tangan mak mesti lagi sedap kan? :) Untuk menu hari ini saya lupakan sekejap gulai ayam. Menu ini perlu ditangguhkan ke hari minggu. In shaa Allah..

Hari ini saya ingin berkongsi petua bagaimana untuk mengelakkan gulai ayam/daging bercampur kentang daripada cepat basi. Petua ini dikongsikan oleh bapa saudara sebelah suami yang merupakan tukang masak jika ada kenduri kendara di kampung. Petua ini sangat berguna jika gulai yang dimasak dalam kuantiti yang banyak.

Bagi mengelakkan dari cepat basi, pastikan kentang yang dibuang kulit tidak direndam terlalu lama sebelum dimasukkan dalam gulai. Kentang yang direndam lama akan menyerap air semasa proses rendaman, dan air tersebut hanya akan keluar selepas gulai selesai di masak. Jika dibiarkan lama air serapan tersebut akan merosakkan kuah dan menyebabkan gulai tersebut cepat basi.

Langkah terbaik ialah selepas membuang kulit kentang tersebut, basuh dan terus dimasukkan ke dalam gulai tanpa rendaman. Walaupun cara ini rumit jika dimasak dalam kuantiti yang banyak tetapi hasilnya gulai dapat disimpan dengan lebih lama. Contohnya jika masak untuk kenduri, walaupun di masak awal pagi tapi gulai masih boleh dimakan sehingga ke petang. In shaa Allah.. Semoga bermanfaat!
_____________________________________________




Peluang terbuka kepada semua usahawan online mahupun offline yang ingin mempromosikan produk mereka kepada pelanggan melalui pemasaran internet.Melalui Akademi Bekerja Di Rumah sudah ada hampir 330 blog yang sudah mendaftarkan diri dan akan berfungsi sebagai platform untuk menyiarkan iklan.
Iklan anda akan dipamerkan di dalam ruangan iklan iaitu http://sohodirectory.blogspot.com/
Ada 4 Pakej Iklan ditawarkan. Lihat pakej iklan pilihan ditawarkan di sini.

Tempah ruang iklan anda sekarang. Hubungi saya di:

Facebook Suhaila Rahim 
Sms/What apps: 0132 684 4409




No comments:

Post a Comment