Wednesday, 2 September 2015

Nasriah Abdullah - Ulasan Kelas Blog Bisnes dan Penulisan

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Masayu Ahmad
Ebook: Belajar Asas Blog, Masayu Ahmad
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria

Sumber: http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/2015/08/berbaloi-dengan-yuran-kelas-abdr.html

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah...selesai sudah 44 cabaran entri pertama semenjak sah bergelar warga ABDR. Sebenarnya entri ulasan ni boleh di masukkan sekali dalam cabaran 44 entri pertama. Namun saya memilih untuk jadikan ianya entri khas untuk ulasan ABDR selepas berjaya melaksanakan tugasan pertama.
Teringat kisah sewaktu mula membina blog. Tragis sungguh diri ini. Nampak sangat kurangnya ilmu teknologi baru. Walau pun pada ketika itu dunia blog sudah jauh glamour di kalangan anak-anak muda masa kini apatah lagi remaja sekolah. Dunia blog umpama dunia baru yang ingin di terokai. Sana sini maklumat membina blog diterokai melalui carian google. Pelbagai jenis maklumat di perolehi.  Yang sukar mahupun yang senang dan mudah di fahami.
Mula belajar dan berusaha membina blog hanya dengan bantuan 'uncle google'. Satu per satu step membina blog diikuti. Namun terhenti di bahagian 'java script'. Maklmumlah bila terserempak dengan gadget'HTML/JavaScript' mulalah mata berpinar, otak jadi blur sebab tak reti dan tak faham apa sebenarnya yang di inginkan. Hendak bertanya tapi tak tahu pada siapa. Sudahnya mencari kenalan facebook yang mahir berblog. Niat hati ingin berguru dan menimba sedikit ilmu membina blog. Namun, tiada siapa yang ingin berkongsi ilmu dan menjadi pembimbing di kala memerlukan.

Semangat meneruskan perjuangan membina blog sendiri semakin pudar hanya kerana gagal bertemu seorang guru yang mempunyai sifat ingin membimbing dan berkongsi pengetahuan. Blog yang di bina atas namahttp://ummyadhwa.blogspot.com terkubur seketika dengan gadget yang tidak tersusun atur dengan kemas.

Semangat yang semakin pudar untuk mempunyai blog sendiri sering di sirami dan dihujani dengan kata-kata motivasi yang tak pernah putus dari upline Shaklee saya, PM Nur Laila Mukthar. Semangat itu kembali subur dan perasaan cemburu pada kawan-kawan seperjuangan yang mempunyai blog sendiri. Apatah lagi blog yang penuh dengan informasi yang diperlukan serta gadget yang cantik bergaya.

Perasaan cemburu pada mereka yang mempunyai blog yang mewah dengan informasi menjadikan diri ini bangkit  dan mempunyai azam baru untuk terus berusaha mempunyai satu blog yang di sukai ramai dan menjadi pilihan utama dalam carian google.

Bertemu dengan Pn. Anys Idayu Zakaria melalui carian google dan seterusnya menjadi kenalan facebook membuatkan diri ini terjebak secara langsung dalam keluarga besar ABDR. Syukur yang tak terkata nilainya atas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang diberikan. Walau hanya belajar 100% melalui online tanpa pernah berjumpa secara bersemuka dengan guru online saya, Pn. Anys Idayu Zakaria, beliau umpama berada di depan mata. Kelas yang di adakan juga mengikut kesusuaian masa saya sebagai suri rumah sepenuh masa dan peniaga online tanpa rasa tertekan. Apatah lagi dalam menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Digital E-book Kelas Asas Blog merupakan ebook pertama yang wajib di khatam sebelum memulakan kelas. Panduan dan analisa yang diberikan banyak membantu saya mendalami sedikit sebanyak dunia blog. Gadget-gadget penting yang perlu ada dalam blog bagi peniaga online seperti saya.

Jutaan terima kasih buat Puan Pengetua ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana memperkenalkan ebook ini yang sangat membantu dalam merialisasikan azam saya agar mempunyai blog atas nama sendiri. Seterusnya menjadikan saya sebagai salah seorang Pengurus Online Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih mesra di kenali sebagai ABDR.

Alhamdulillah melalui penjenamaan diri yang saya praktikkan dalam kelas ini, hasilnya membuatkan saya sangat teruja apabila nama saya muncul dalam carian Google. Sebelum ini, memang langsung tak 'bertapak' atau 'terjejak' saya dalam carian ini. Wah! Gembiranya hati sehingga ingin dilaungkan satu dunia 'Aku dah pemes!', 'Uncle google dah kenal siapa aku!'.

Sungguh tak terkata gembiranya saya, pelaburan dalam membayar yuran penyertaan sebagai keluarga besar ABDR sangat berbaloi. Buktinya, belum pun sempat saya menghabiskan tugasan wajib 44 entri pertama, saya telah berjaya menerima prospek yang mengupah saya untuk mebuat 'FB Page' dan akan datang prospek yang sama mengupah saya untuk membuat blog. Sedangkan tidak pula pernah terlintas di hati untuk mengambil upah buat 'FB Page dan Blog'.
Zaman dunia IT semakin moden dan semakin canggih! Sesiapa pun boleh menggunakan aplikasi Google untuk belajar tentang apa-apa sahaja secara percuma. Namun, harus diingat bahawa setiap ilmu baru yang ingin dipelajari harus disertai dengan mentor/guru untuk membimbing kita. Jika tidak, kita mungkin tersasar dari matlamat sebenar.

Benarlah kata orang, tanpa ilmu pengetahuan, perkara yang senang akan jadi susah dan sukar untuk dilaksanakan. Kesukaran itu akan jadi batu penghalang untuk kita mengorak langkah ke hadapan. Penawar kesukaran itu hanya mampu di atasi jika kita mempunyai ilmu dan mentor. Carilah mentor yang ikhlas berkongsi ilmu pengetahuan dan mampu membimbing kita untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang atau lebih baik dari mentor kita sendiri.
Senang sangat untuk menjana pendapatan secara online ni. Duduk rumah diam-diam tak payah sibuk keluar, kita ada produk fizikal dan juga digital, juga perkhidmatan kelas online dan offline. Semua ada SOP.

Bagi yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online di ABDR. Sangat sesuai mula dari sekarang, bila musim perayaan pos tutup kita masih boleh terus berjualan, kerana semuanya atas talian.

------------------------------------------

BLOG PERIBADI contoh: http://suhailarahim.blogspot.com/
Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=>Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote

BLOG OFFICIAL KEDAI contoh: 
http://kd-al-mujahid.blogspot.com/, 
http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk
blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini

Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.

PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Sunday, 30 August 2015

Kembali ke ruang jahit

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Salam merdeka untuk esok. Hari ini juga genap usia anakanda Afiq yang ke 100 hari. Alhamdulillah.

Dikala sibuk membiasakan diri sebagai ibu beranak tiga, terkenang mesin jahit yang sekian lama tak tak digunakan. Hari ini berhajat untuk mengemas sikit bilik jahit mana yang perlu. Bulan depan ada hajat yang perlu ditunaikan yang tertangguh lama. Nak siapkan tempahan langsir rumah teman sekerja dahulu.


Ukuran langsir sudah diambil setahun dulu, tetapi kain hanya diterima selepas enam bulan kemudian ketika saya sudah sarat tujuh bulan. Nampaknya lepas setahun langsir baru boleh pakai langsir baru. Perjanjian lucu kami berdua, harap-harap Deepavali nanti dah boleh berlangsir baru :)


Apapun, terima kasih pada teman yang memahami.  In shaa Allah akan diusahakan bulan ini juga.


Petang ini saya mulakan jahitan dengan memotong kaki seluar baru suami. Sambil 'wam up' kan mesin boleh juga 'wam up' kan skill


Jom mulakan!


-------------------------------------------------------------------------
KELAS AKAUN ABDR

Di antara kesalahan yang biasa dilakukan oleh pemula WAHM
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod
Kelas Akaun ABDR kembali lagi untuk bulan September.
.
1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 13 September 2015,
20 September 2015, Ahad
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 19 September 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

3. Grup Coaching (kumpulan kecil 4-6 peserta)
10 September 2015, Khamis dan 16 September 2015, Rabu (Public Holiday)
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Lokasi: Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)
PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday, 19 August 2015

Cerita saya dan kek coklat

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Sebagai seorang peminat kek, saya selalu menyimpan resepi-resepi yang terhidang di wall Fb saya. Apa sahaja jenis kek saya akan pastikan saya akan simpan 'print screen' dalam telefon.

Sehingga kini tiada satu pun resepi yang saya buat kecuali Kek Coklat Kukus. Pilihan saya akan memilih yang kukus sebab tiada oven di rumah.

Sudah beberapa kali mencuba, ada yang jadi atau sebaliknya. Apapun kesudahan kek yang dibuat, selalunya ia akan habis juga walaupun dua hingga hari disimpan dalam peti sejuk. Alhamdulillah, saya dan anak-anak akan menghabiskan.
Percubaan pertama saya. Abaikan dekorasi ya! :)
Baru-baru ini saya mencuba membuat kek dengan Tepung Kek Coklat Segera. Alhamdulillah manjadi. Walaupun tak cantik rupa tetapi memang sedap. Bahannya mudah. Untuk yang kukus, cuma tambah telur, minyak masak, susu cair dan air panas, serta coklat masakan kalau nak buat topping. Tetapi selalunya tak sempat buat topping sebab anak-anak dah tak sabar makan panas-panas. Resepi lengkap disertakan dalam setiap pek. 



Jika ada berkenan nak order tepung ni boleh whatsapp saya untuk tempahan. Memang murah sangat dan hasilnya, In shaa Allah sedap dan sangat berbaloi. Ada dua pilihan sama ada yang kukus atau bakar.


Harga setiap pek RM10 sahaja (tidak termasuk RM7 untuk kospos) 
COD percuma untuk 5 pek ke atas di sekitar Kajang/Bangi/Balakong

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




Sunday, 2 August 2015

Rezeki selepas Asar

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Baru-baru ini saya keluarga  ke Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya. Kebetulan juga dah lama tak bawa anak-anak berjalan ke Putrajaya.

Kami memasukki kawasan Putrajaya, ketika azan Asar telah mula berkumandang. Kami singgah dulu di surau berdekatan untuk bersolat. Suami mengambil giliran bersolat dulu, sementara saya menjaga anak-anak. 

Usai giliran saya bersolat dan turun dari surau saya lihat suami dikelilingi dua orang lelaki Arab, yang lagaknya seperti pelancong asing. Saya mendekati suami dan mendengar perbualan mereka, rupanya mereka bertanyakan arah untuk ke masjid.

Selepas suami memberi penerangan tetapi gayanya seperti mereka tidak faham. Suami menawakan diri untuk menunjukkan jalan dan secara kebetulan kami juga mahu ke Precint 3, Putrajaya. Mereka mengekori kami dengan menaikki dua buah kereta yang padat dengan beberapa orang lelaki, wanita dan kanak-kanak. Saya pun tak pasti berapa orang.

Sampai di hadapan masjid, suami pun turun dan menuju ke kereta pemuda tersebut dan mahu memastikan masjid yang kami betul seperti yang mereka hajati. Mereka nampak gembira dan menunjukkan signal 'good' pada suami. Sedang mereka bersorak-sorak, tiba-tiba salah seorang pemandu kereta menghulurkan sekeping duit kertas pada suami. Pada mulanya suami menolak pemberian tersebut. Tetapi beberapa orang dari mereka yang merayu suami untuk terima. Akhirnya suami terpaksa akur dan mengucapkan terima kasih.

Selepas itu, suami meminta izin untuk beredar dari kawasan masjid. Dalam kereta suami serahkan duit itu pada saya. Terkejut bila buka duit kertas yang berlipat. Rezeki petang itu dapat tambahan RM50 untuk berbelanja di KUD. 

Dan kebetulan pula, hari itu adalah hari terakhir karnival jadi banyak peniaga buat jualan borong. Kami borong apa yang sempat, dan bahagi-bahagikan sedikit pada jiran-jiran.

Alhamdulillah.. :)

------------------------------------------

BLOG PERIBADI contoh: http://suhailarahim.blogspot.com/
Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=>Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote

BLOG OFFICIAL KEDAI contoh: 
http://kd-al-mujahid.blogspot.com/, 
http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk
blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini

Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.

PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday, 27 July 2015

Nooraida Mohd Shukri - Peluang "Upgrade" diri Di Kelas Asas Blog dan Fanpage

Pelajar : Pn Nooraida Mohd Shukri
Guru online : Pn. Zaila Mohamad
Sumber: 
http://nooraidashukri.blogspot.com/2015/05/peluang-upgrade-diri-di-kelas-asas-blog.html

Salam kepada pembaca blog yang dikasihi semua.

Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.

Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:

1. Masa Adalah Fleksibel.

Pelajar tidak dipaksa untuk belajar di waktu yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kelapangan masa pelajar itu sendiri. Pelajar bebas untuk membuat tugasan dan berkomunikasi dengan guru pada bila-bila masa sahaja. Akademi ini memahami kesibukan surirumah yang masanya tidak menentu. Oleh itu waktu fleksibel yang diberi dalam kelas ini akan membantu pelajar untuk menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama boleh mengikuti kelas dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

2. Kaedah Pembelajaran Secara Online.

Amat mudah kaedah belajar sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, kelas boleh dijalankan secara online. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan dan bimbingan yang diberikan adalah menerusi kaedah online di Facebook dan aplikasi whatsup. Pertanyaan juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Tidak perlu bimbang kerana pelajar akan ditunjuk ajar secara detail seolah-olah guru berada di hadapan kita. Cara ini lebih memudahkan proses pembelajaran seorang suri rumah ataupun mereka yang sibuk dan berkerjaya. Pada masa yang terluang, tugasan boleh disiapkan dan tidak perlu menghadiri kelas secara offline jika kesuntukan masa.

 
3. Belajar membina  perhubungan dengan dunia luar melalui blog dan fanpage

Bagi saya sendiri membina blog adalah perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran waktu dahulu. Saya lebih gemar membaca blog orang lain. Dengan pengetahuan yang 'zero' mengenai blog, saya telah diajar perkara-perkara asas dalam pembinaan sebuah blog. Bagi budak baru belajar seperti saya ini, banyaklah perkara yang saya tidak tahu. Pertanyaan yang terperinci khususnya berkenaan teknikal membuat blog sering diajukan kepada guru saya, Puan Zaila Mohamad. Terima kasih kepada Puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya. Pandangan saya sebelum ini, blog adalah susah kerana saya tidak pandai untuk bercerita, membina ayat, menyusun kata. Tetapi melalui pembelajaran di kelas ini kita akan diajar, dipantau dan akan diberi cadangan serta panduan mengenai penulisan oleh guru kita. Melalui blog yang bagus pembaca akan tertarik dengan penulisan kita dan akan menjadi pengikut setia blog kita. Di sinilah perhubungan kita dengan dunia luar tercipta.

Begitu juga dengan fanpage yang kita bina untuk mempromosi produk kita. Tiada batasan had bilangan untuk dilihat oleh pencari maklumat. Dengan pembinaan fanpage lebih mudah pembaca serta pengguna untuk mencari maklumat khusus yang dikehendaki oleh mereka. Di kelas ini, guru  akan memberi tips bagaimana untuk membina fanpage yang berpengaruh. Saya juga diajar bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage.

4. Penjenamaan diri melalui blog dan fanpage.

Menerusi blog dan fanpage sebenarnya kita mula memperkenalkan diri kita kepada orang luar. Ia boleh dilihat melalui entri yang dimasukkan ke dalam blog kita. Oleh itu penting bagi kita untuk mempamerkan imej yang baik melalui penulisan kita agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang kreatif akan membuat pembaca lebih tertarik dan akan sering mengunjungi blog kita. Guru saya juga berpesan agar menggunakan imej diri yang sebenar. Pemilihan nama blog amat penting bagi tujuan penjenamaan iaitu dengan menggunakan nama kita sendiri. Dengan menggunakan nama sendiri pembaca tidak akan keliru dan blog kita akan lebih mudah diakses oleh mereka.

5. Peluang Networking dengan WAHM yang Berjaya.

Suatu perkara yang menarik dalam menjebakkan diri dalam kelas ini adalah saya dikelilingi oleh surirumah yang terdiri daripada ahli WAHM (Work At Home Mama) dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang telah terbukti berjaya. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mereka boleh dijadikan mentor untuk saya lebih mudah dan cepat untuk mencapai matlamat saya.  Apabila membuat sesuatu dengan sendiri, peluang untuk berjaya mungkin akan datang, tetapi mengambil masa. Dengan adanya networking bersama mentor yang berjaya peluangnya lebih cepat. Kita cuma perlu dapatkan ilmu dan belajar cara mereka bekerja dan bertindak. Mentor yang baik akan membawa kita bersama -sama mengecapi kejayaan dan tidak akan membiarkan kita hanyut seorang diri. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mereka adalah sesuatu yang berharga.

6. Blog lebih tersusun

Kelas ini juga mengajar cara lebih berkesan dalam ilmu penulisan. Walaupun sesetengah orang telah memiliki blog sendiri, tetapi  gaya penulisan adalah bebas sehingga kadang kadang lari dari matlamat asal blog. Dengan bimbingan guru di sini, kita diajar supaya lebih fokus  terhadap sesuatu bidang. Ia akan berkait rapat dengan aktiviti harian, hobi, atau pendidikan kita. Sebagai penulis blog juga kita akan lebih mudah untuk membuat entri sekiranya kita menumpukan perhatian terhadap satu perkara.

7. Belajar Bina Kedai Online.

Di dalam kelas ini juga, saya dibimbing oleh guru saya untuk mula belajar berniaga. Walaupun saya sendiri tidak mempunyai produk untuk dijual, ia tidak menjadi masalah kerana pelajar disediakan produk untuk dijual. Pelajar diminta untuk membuat fanpage supaya mudah mempromosi barangan jualan. Kedai online membantu kita memperkenalkan, menjual barangan tanpa berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan. Malah kedai online ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai modal untuk mula berniaga.

Oleh itu bagi suri rumah yang masih tercari-cari peluang untuk mencari ilmu atau membina perniagaan, kelas asas blog dan fanpage di Akademi Bekerja Dari Rumah ini amat sesuai untuk langkah pertama. Usah berlengah lagi. Kelas ini mudah untuk diikuti. Ia adalah kerana kelas ini fleksibel, mudah dan begitu santai.

Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'upgrade' ilmu dan nilai dalam diri. Seperti pesanan guru saya, Puan Zaila Mohamad, untuk belajar di kelas ini kita perlu banyak bersabar dan banyakkan 


------------------------------------------------------------------------

MANFAATKAN IDEA, KEPAKARAN, MINAT DAN HOBI MELALUI BLOG
1. Untuk penulisan di bidang dan kepakaran masing-masing
setiap hari membaca dan membaca dan membaca. Kalau baca saja boleh jadi tepu, lepas baca 10 bahan bacaan, tuliskan kesimpulannya dalam bentuk penulisan

2. Untuk catatan harian
Menulis dengan niat untuk berkongsi. Elakkan luahan perasaan negatif. Sentiasa tulis sesuatu yang positif. Sentiasa terapkan aura positif pada yang membaca. Cuba bayangkan jika kalian tulis yang negatif? Apa yang akan terjadi kepada yang membaca?

3. Untuk penulisan pengalaman
Tulis dengan penuh bermakna. Menulis seolah membantu (guide) orang lain untuk dapatkan pengalaman yang sama. Jika ia pengalaman yang tidak baik, kongsikan kesan di sebalik pengalaman dan cara mengelakkannya agar orang lain dapat mengelakkannya
Yang penting, setiap penulisan, jangan disia-siakan, jadikan ia boleh memberikan manfaat pada orang lain. Jika zaman dahulu setiap orang menulis berpuluh dan beratus buku sepanjang hayatnya, zaman sekarang hanya perlu menaip di stataus FB mahupun Blog saja.

Tidak perlu tunggu kita jadi orang sempurna baru mula untuk menulis. Tulislah sepotong ayat sekalipun, tuliskan di tempat yang boleh di baca. Bukan sekadar simpan di minda atau di hati, kelak ia akan lenyap ikut kita pergi sekali. Jadikan menulis itu sebagai ibadah.

Setiap orang memiliki keunikan, kemahiran dan kepakaran yang berbeza-beza. Jangan fikir apa yang kita tulis dan apa yang kita tahu itu semua orang sudah mengetahuinya. Apa yang kita kongsikan melalui tulisan mungkin dapat membantu orang lain untuk menambah nilai dalam kehidupan mereka, dapat membantu menyelesai masalah mereka.

Berminat untuk mula menulis di blog? Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
Jika berminat hubungi saya:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



Monday, 13 July 2015

Memori Ramadhan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Alhamdulillah, hari sudah melangkah ke minggu terakhir Ramadhan. Selalunya waktu-waktu begini kebanyakan orang sibuk menyediakan keperluan dan kelengkapan raya yang bakal menjelang.

Bagi yang berniaga keperluan raya, seperti pembuat dan penjual kek dan kuih raya, tukang jahit pakaian dan langsir, inilah saat-saat yang paling sibuk dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Permintaan tempahan tentunya lebih banyak ketika menjelang hari perayaan dan ketika inilah peluang bagi mereka untuk mendapat pendapatan lebih dari hari-hari biasa.

Hasil carian imej untuk woman tailor cartoon

Sebagai anak tukang jahit, saya juga pernah mengalami saat-saat kesibukan ini. Seawal tujuh tahun, kami tiga beradik, iaitu kakak, saya dan adik sudah membantu mak menjahit. Seingat saya, waktu itu kami akan tolong mak jahit yang mudah-mudah seperti jahit jelujur atau jahit sembat bawah baju. Mak memang rajin bawa kami ke kedai terutamanya ketika musim cuti sekolah.

Daripada menjahit yang mudah, lama kelamaan Mak ajar kami menjahit baju dan kain sehingga siap. Alhamdulillah, seronok dapat bantu mak jahit. Walaupun saya sudah tinggal di asrama semenjak di darjah empat, tetapi saya selalu menghabiskan masa cuti untuk membantu mak dikedai. Begitu juga ketika saya masih belajar di universiti. Kerja menjahit mula berkurang apabila saya sudah mula bekerja.

Kepuasan dapat tolong mak dikedai sangat-sangat dirasai apabila tiba musim raya. Walaupun, realitinya memang penat meyiapkan tempahan. Selain tempahan, mak juga menjual barang-barang jahitan dan menerima tempahan jahit tepi. Bila mak sibuk, kami lah yang akan ditugaskan untuk jahit tepi, jahit kain sarung serta melayan pelanggan-pelanggan yang ingin membeli barang jahitan seperti benang, butang, zip dan sebagainya. Tempahan jahit tepi dan upah jahit kain antara kerja yang paling mudah dibuat dan terus mendapat upah dari pelanggan. Ketika itu kamilah yang bertugas sebagai 'cashier', untuk mengira belian pelanggan dan ditugaskan untuk mengira duit.

Bulan Ramadhan adalah bulan paling sibuk ketika itu. Mak lah yang selalu  tidur lewat untuk menyiapkan tempahan. Ketika mula-mula mak menjahit dulu, baju raya kami adik beradik selalu menjadi pakaian terakhir disiapkan kerana memberi laluan kepada tempahan orang. Tetapi setelah lama menjahit, mak dah tukar polisi dengan menjahit baju kami seawal yang boleh sebelum menjahit tempahan yang bagi mengelak kami tak berpakaian baru di pagi raya. Alhamdulillah..

Itulah serba sedikit pengalaman sebagai anak tukang jahit ketika Ramadhan. Bukan mudah tapi manis untuk dikenang bila setiap kali menjelang Ramadhan.

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga!

-----------------------------------------


BLOG PERIBADI contoh: http://suhailarahim.blogspot.com/
Kenapa perlu ada blog peribadi ?
=> Untuk menulis dengan bebas
=> Penulisan yang menarik, menarik perhatian pembaca
=> Pembaca boleh diubah menjadi pelanggan
=>Kemudian wujudkan blog kedai
=> Pembaca/pelanggan yang setia akan yakin dan beli apa saja yang kita promote

BLOG OFFICIAL KEDAI contoh: 
http://kd-al-mujahid.blogspot.com/, 
http://kioskproduksunnah.blogspot.com/
=> Bagi mengasingkan hal peribadi dengan produk
=> Fokus kepada produk
=> Memperkenalkan produk, harga produk dan cara dapatkan produk
blog ini mungkin mati atau tidak ada pengunjung jika tiada penarik/penyebab untuk pembaca ke sini

Di kelas online blog, kami ajar bagaimana kalian menggunakan apa yang ada dalam diri sendiri, untuk mula menulis di blog, mula berkongsi kebaikan dan kelebihan produk atau manfaat yang akan diperolehi. Menulis dengan santai dan bersahaja, dari situ pembaca blog mula tertarik dengan apa yang kita tawarkan.

PM ke inbox saya untuk keterangan lanjut

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...