Showing posts with label tepung kek coklat segera. Show all posts
Showing posts with label tepung kek coklat segera. Show all posts

Saturday, 3 October 2015

Kek coklat pertama untuk jualan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: koleksi peribadi

Seingat saya, saya tidak pernah menjual makanan yang bermasak. Sebab saya memang tidak yakin dengan diri sendiri, yang orang lain bersedia untuk merasai makanan dari air tangan saya. Kecuali makanan yang saya masak sebagai hidangan tetamu untuk ahli keluarga, jiran atau rakan-rakan sendiri.

Tetapi semenjak saya menjadi ejen menjual tepung kek coklat segera, kami diberi banyak ilmu berniaga bukan sahaja menjual tepung kek coklat semata-mata tetapi diberi panduan bagaimana untuk menjual kek-kek yang telah siap kepada pelanggan. Kami dibantu dari pelbagai aspek bagaimana menentukan harga, cara dekorasi kek, cara mempromosi produk dan cara pembungkusan juga. 

Banyak yang saya belajar dari grup ejen-ejen tepung kek ini. Memang banyak peluang didepan mata. Tetapi keberanian saya untuk menjual kek belum terselah lagi. Saya hanya membuat kek untuk santapan anak-anak sahaja, dan memang tidak terlintas lagi untuk membuat jualan kek siap. Dalam tempoh sebulan lepas saya hanya membuat jualan terus untuk tepung kek sahaja. Sambutan amat menggalakkan. Alhamdulillah.

Sehinggalah dua  minggu lepas mendapat pesanan whatsapp yang ingin menempah kek coklat. Terkejut saya. Beria-ia saya maklumkan yang saya hanya menjual kek dan  tidak mengambil tempahan untuk kek colat siap. Saya maklumkan juga tepung kek coklat yang saya jual amat mudah dibuat kerana bahan tambahan yang digunakan sangat mudah. 

Tetapi pelanggan ini beria-ia menyuruh saya buatkan kek coklat untuknya. Pujukan beliau sangat mencabar saya. Saya katakan dalam hati, "Mengapa tak rebut peluang ini? Belum cuba belum tahu!"

Saya tekad buatkan satu kek coklat untuk beliau. Ketika beliau datang ke rumah untuk mengambil kek tersebut, dengan rasa rendah hati saya cakap pada beliau, "Inilah kek pertama yang saya jual, harap berpuas hati". Memang malu nak cakap. Tapi inilah pengakuan ikhlas saya.

Esoknya dapat mesej. Dia suka kek saya buat. Syukur. Keberanian saya bertambah sikit demi sikit. Alhamdulillah. Saya tidak menjangkakan ada tempahan lagi selepas itu. Mungkin ini percubaan pertama dan terakhir.


Setelah dua minggu berlalu, hari ini dapat mesej lagi minta dibuatkan kek coklat lagi. Alhamdulillah..:)

Jika ada berkenan nak order tepung ni boleh whatsapp saya untuk tempahan. Memang murah sangat dan hasilnya, In shaa Allah sedap dan sangat berbaloi. Ada dua pilihan sama ada yang kukus atau bakar.


Harga setiap pek RM10 sahaja (tidak termasuk RM7 untuk kospos) 
COD percuma untuk 5 pek ke atas di sekitar Kajang/Bangi/Balakong

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



Wednesday, 19 August 2015

Cerita saya dan kek coklat

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Sebagai seorang peminat kek, saya selalu menyimpan resepi-resepi yang terhidang di wall Fb saya. Apa sahaja jenis kek saya akan pastikan saya akan simpan 'print screen' dalam telefon.

Sehingga kini tiada satu pun resepi yang saya buat kecuali Kek Coklat Kukus. Pilihan saya akan memilih yang kukus sebab tiada oven di rumah.

Sudah beberapa kali mencuba, ada yang jadi atau sebaliknya. Apapun kesudahan kek yang dibuat, selalunya ia akan habis juga walaupun dua hingga hari disimpan dalam peti sejuk. Alhamdulillah, saya dan anak-anak akan menghabiskan.
Percubaan pertama saya. Abaikan dekorasi ya! :)
Baru-baru ini saya mencuba membuat kek dengan Tepung Kek Coklat Segera. Alhamdulillah manjadi. Walaupun tak cantik rupa tetapi memang sedap. Bahannya mudah. Untuk yang kukus, cuma tambah telur, minyak masak, susu cair dan air panas, serta coklat masakan kalau nak buat topping. Tetapi selalunya tak sempat buat topping sebab anak-anak dah tak sabar makan panas-panas. Resepi lengkap disertakan dalam setiap pek. 



Jika ada berkenan nak order tepung ni boleh whatsapp saya untuk tempahan. Memang murah sangat dan hasilnya, In shaa Allah sedap dan sangat berbaloi. Ada dua pilihan sama ada yang kukus atau bakar.


Harga setiap pek RM10 sahaja (tidak termasuk RM7 untuk kospos) 
COD percuma untuk 5 pek ke atas di sekitar Kajang/Bangi/Balakong

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...