Wednesday, 8 January 2014

Pakej Mula Bisnes Online

Teks: Aishah Hussein



Berita baik buat semua yang ingin memulakan bisnes online atau servis di internet.

Saya percaya bermula tahun 2014 semakin ramai yang ingin memulakan bisnes di talian secara online bagi menambah pendapatan bagi menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Alhamdulillah, dengan secara rasminya kini saya ingin menawarkan perkhidmatan bagi membina 2 platform untuk mula bisnes online.

Tawaran ini khas buat mereka yang ingin miliki BLOG dan FAN PAGE untuk memulakan perniagaan atau perkhidmatan online tetapi tidak punya masa untuk mengikitui Kelas Online ataupun offline kami.

Saya sendiri akan menghasilkan blog dan fan page perniagaan atau perkhidmatan online kalian. Perniagaan dan perkhidmatan online kalian akan di iklankan di http://sohodirectory.blogspot.com/ selama 1 tahun.


Pakej berharga RM300 sahaja dan anda akan diberikan BONUS 2 ebook untuk bacaan.
1. Ebook bernilai RM50-boleh pilih antara 3 di bawah:
-ebook belajar asas blog
-ebook mula bisnes butik online /offline
-ebook 101 idea home based bisnes

2. DAN Ebook bernilai RM25
-ebook superwahm supermom

Untuk makluman kalian, SOHO DIRECTORY diiklankan oleh lebih 350 buah blog yang terhasil dari Akademi Bekerja di Rumah. Ini bermakna kalian boleh dapatkan traffik pengunjung dari 300 buah blog ini.

Ini adalah tawaran perkhidmatan bermusim, jadi dapatkan perkhidmatan ini dengan segera. Pendaftaran setiap hari.


Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim


Tuesday, 7 January 2014

Mahizan Nani - Ulasan Kelas Asas Blog Bisnes

Teks: Mahizan Nani

Guru Online: Aishah Hussein
Sumber:http://mahizannani.blogspot.com/2013/11/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html


Perkenalan saya dengan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah adalah secara tidak sengaja. Ketika itu, saya berminat untuk menyertai program HEARTS (Housewives Enhancement Reactivate Talent Scheme) anjuran Kementerian Sumber Manusia. Namun saya diberitahu bahawa kelas HEARTS tidak dapat diadakan di utara kerana kurang sambutan. Mereka meminta saya mendaftar kelas di Kuala Lumpur dan sudah tentu mustahil bagi saya untuk mengikuti program tersebut kerana kekangan jarak dan masa. Masa itulah, terlintas di fikiran saya, alangkah seronoknya kalau saya boleh belajar melalui online sahaja dan kebetulan semasa saya melayari blog Norazizah Sudin, saya terjumpa iklan promosi Kelas Asas Blog ini.

Tanpa berfikir panjang, saya menyertai Kelas Asas Blog dan Fanpage ini kerana berminat dengan kelas yang berlangsung secara online dan yang paling penting kerana ia sungguh fleksibel. Kesibukan sebagai surirumah sepenuh masa menguruskan 3 orang anak yang masih kecil tidak membenarkan saya meluangkan masa yang tetap untuk mengikuti kelas. Ada ketikanya saya langsung tidak mempunyai masa untuk diri sendiri kerana setiap anak saya yang berumur 7, 4 dan 1 tahun mempunyai keperluan yang berbeza-beza dan sentiasa memerlukan perhatian saya.

Asalnya, tujuan saya belajar asas blog hanya untuk mengetahui bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog kerana walaupun saya pernah mempunyai blog sebelum ini, saya hanya menganggap blog sebagai diari, jadi cara penulisan lebih ke arah meluahkan perasaan sendiri. Setelah menyertai kelas ini, baru saya tahu pendekatan tersebutlah yang membuatkan orang tidak berminat membaca blog kita kerana boleh dikatakan syok sendiri. Kebanyakan orang melayari blog untuk mencari informasi, jadi setiap blog perlu ada hala tuju dan matlamat yang boleh membuatkan follower sentiasa mengikuti apa yang kita tulis di blog.

Sebelum ini, saya kurang  keyakinan untuk menceburi bisnes online, tambahan pula tiada seorang pun dari keturunan saya yang berniaga, kebanyakannya bekerja makan gaji (walaupun ayah saya seorang peneroka Felda, namun ayah menerima gaji setiap bulan) namun sebaliknya keluarga sebelah suami saya kebanyakannya berniaga sendiri termasuk ibu mertua yang mempunyai restoran sendiri. Galakkan daripada suami, akhirnya saya mencuba mengendalikan sebuah gerai menjual makanan ringan seperti nugget, burger dan air. Namun dengan keadaan saya yang mempunyai 3 anak kecil, agak sukar untuk menguruskan gerai. Pada mulanya saya mengupah pekerja, namun setiap pekerja ada masalah masing-masing dan akhirnya selepas setahun, saya terpaksa menutup operasi kerana tiada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskannya. Sekarang saya menjual serbuk iceblended kepada peniaga-peniaga iceblended namun terhad di kawasan sekitar tempat saya tinggal.

Perkenalan dengan kak Aishah selaku mentor saya, telah memberi keyakinan untuk saya membuat fanpage menjual serbuk iceblended secara dalam talian menerusi jenama NNSNOWBLENDED. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 1 hari selepas fanpage dilancarkan, saya mendapat seorang pelanggan dan seorang pelanggan yang berpotensi (potential customer) yang berminat untuk mendapatkan serbuk iceblended saya. Akhirnya, saya berjaya menjual 5 kg serbuk iceblended ke Selangor.

Kepada kawan-kawan yang ingin berblog, sahutlah peluang keemasan ini. Belajar secara berguru amat berbeza berbanding belajar sendiri melalui pembacaan dan tutorial online. Kita akan belajar teknik-teknik penulisan yang positif dan secara tidak langsung informasi yang kita kongsikan menjadi amalan orang lain akan menjadi ilmu yang bermanafaat iaitu saham akhirat untuk kita. Tuntutlah ilmu selagi hayat dikandung badan.

Siapa tahu, mungkin dengan permulaan belajar menulis di blog tidak mustahil satu hari nanti kita akan berjaya menggapai impian dengan bekerja dari rumah di samping dapat membantu keluarga menjana pendapatan tambahan melalui iklan di dalam blog kita. Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia.

-----------------------------------------------------------------




Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday, 6 January 2014

Bekal dan belanja ke sekolah

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah.. Hari ini hari ketiga persekolahan. Alhamdulillah, Aqil sudah dapat membiasakan diri di sekolah. Rasa teruja juga mendalami bagaimana perasaannya bersama-sama guru dan rakan-rakan baru. Namun dalam tiga hari ini  dia belum banyak bercerita, jadi tidak banyak yang saya tahu tentang hari-hari persekolahannya. Hanya sesekali sahaja dia berkongsi dan bila diminta bercerita lanjut lagi dia mula mendiamkan diri. Akhirnya saya sendiri yang syok sendiri bertanya tanpa mendapat jawapan. Mungkin emosi anak lelaki sebegitu, kurang minat bercerita yang lebih-lebih.

Tiga hari di sekolah saya bekalkan makanan untuknya untuk waktu rehat. Suami hanya beri RM1 untuk belanja. Hari pertama bekalan habis dan duit pun habis. Hari kedua minta RM2 sebab dengan alasan belanja kawan. Dia kasihan melihat kawannya kerana tiada dibekalkan apa-apa makanan atau duit belanja. Dalam hati terdetik, mana mungkin kawannya tidak dibekalkan apa-apa. Saya pun tak pasti kebenarannya. Dibimbangi jika idea untuk belanja kawan adalah cara untuk dapat duit belanja lebih.

Hari ini, dengan niat tidak mahu melepaskan hajatnya membantu kawan, saya bekalkan makanan yang lebih sedikit. Rasanya cukuplah untuk dua orang. Saya pesankan kepadanya supaya mengajak kawannya makan sekali. Sebelum keluar rumah, dia sempat bertanya lagi, andainya jika kawannya tak mahu makan. Saya tegaskan ajak sahaja kawannya itu. Balik dari sekolah tadi, sempat saya bertanyakan pasal bekalannya. Secara spontan  dia menjawab, hari ini kawannya sudah ada membawa bekalan ke sekolah. Saya cuma senyum sendiri. Idea Aqil nak minta tambahan duit belanja hari ini tidak menjadi. Aduhai anak… J

Iklan Produk Anda di Rangkaian Akademi Bekerja dari Rumah


Blog Ruang Iklan

Untuk pengetahuan pembaca rangkaian blog kami hampir mencecah sehingga 400 blog.  Bilangannya makin bertambah setiap hari. Blog-blog ini akan menjadi platform bagi mempromosikan produk anda. Jadi iklan kalian akan mendapat promosi dari rangkaian kami selagi anda masih ingin teruskan dengan pengiklanan selepas tamat tempoh.

Iklan akan dipamerkan di dalam ruangan iklan di 
http://sohodirectory.blogspot.com/ 

Terdapat beberapa pilihan pakej iklan yang ditawarkan.  Bagi yang baru mula bisnes, boleh ambil pakej yang paling murah sebagai permulaan. Peluang ini dibuka kepada semua usahawan online dan juga offline.


Tempah ruang iklan sekarang!. Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 

Sunday, 5 January 2014

Monalita Mansor - Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Teks : Monalita Mansor
Sumber: http://monalitamansor.blogspot.com/2013/09/aku-yang-dulu-bukanlah-yang-sekarang.html


Assalamualaikum dan Salam Serumahtangga.

Baris di atas merupakan lirik pertama baris lagu yang mulai popular di dalam minda sesiapa saja.
Sangat memotivasi seperti status Sifu ABDR, Pn Masayu Ahmad, di facebook hari ini.
Bukan lagi seperti dahulu, kini tenang meladeni rutin suri rumahtangga dan bekerja dalam jongketan waktu yang sangat fleksibel.

Begitupun menjadi suri bekerja dari rumah membutuhkan ilmu.  Terasa sangat rugi buat diri saya kerana baru saat ini terbuka hati untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fan-Page.

Saya menghubungi Pn. Masayu untuk maklumat lanjut. Selepas sessi temuduga ringkas yang saya kira ujian awal para guru ini untuk membaca karakter pelajar-pelajarnya. Kemudiannya saya ditempatkan di dalam kelas mentor, Pn Aishah Hussien.

Sessi kelas berlangsung santai.  Tak perlu bersiap bagai, dengan masa belajar dan ruang yang sangat mesra pelajar.  Pendekata dengan baju kelawar, muka berselumak air liur basi dan rambut setara sarang ayam bertelurpun, anda boleh capai telefon atau apa juga gajet yang boleh dihubungkan dengan internet.

Yuran pengajian masih dalam lingkungan kemampuan anda, insyaAllah.  Malah anda menerima pula dua buah e-book percuma nukilan Puan Masayu yang sangat membuarkan semangat.


Segalanya bermula dari diri sendiri.  Keberanian untuk berubah bak kata senior saya, Puan Saniah, adalah anjakan paradigma yang lahir dari nubari paling dalam. Catatan sambil menonton Youtube - Tegar

________________________________________________




Akademi Bekerja dari Rumah
Puan Monalita Mansor kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di Kelas Blog Penulisan. Bagi anda yang ingin sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, jangan lepaskan peluang dengan mengambil salah satu pakej kelas berikut:

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online.
Contoh blog: http://suhailarahim.blogspot.com/
6. Pendaftaran kelas akaun bisnes kecil wahm/soho

Pendaftaran dibuka setiap hari.Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Friday, 3 January 2014

Perkongsian pagi Jumaat

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Bismillah.. Catatan dipagi Jumaat. Hari ini saya ingin berkongsi amalan-amalan murah rezeki yang diturunkan oleh guru jahit saya. Mungkin boleh dibuat pedoman untuk kita semua. Perkongsian ini juga satu peringatan buat diri sendiri. In shaa Allah.

1. Solat fardhu awal waktu - Kita disarankan untuk solat seawal yang mungkin. Tetapkan KPI pada diri sendiri untuk segera solat dan tidak lewat sehingga 15 minit dari masuknya waktu solat.

2. Baca Al Quran setiap hari - usahakan membaca Al Quran sebanyak mungkin. Sebaik-baiknya baca satu juzuk sehari dan dibaca dengan tafsirnya sekali. Jika tidak pun usahakan satu juzuk sehari. In shaa Allah bila sudah menjadi amalan,  rasa 'bersalah' bila tak dapat membaca.

3. Jangan tinggal solat Dhuha - amalkan solat Dhuha setiap hari sekurang-kurangnya 2 rakaat setiap hari.

4. Sedekah setiap hari - amalkan sedekah setiap hari walaupun sedikit. Dengan kemudahan internet banking sekarang, kita boleh menderma setiap waktu dan boleh dibuat dimana-mana sahaja. Simpan nombor akaun rumah anak yatim, masjid atau institusi yang berkaitan di dalam 'favourite account payee' akaun kita. In shaa Allah akan memudahkan urusan sedekah kita setiap hari. Atau pun jika kita masjid atau pasar yang ada peti sumbangan, masukkan wang ikut kemampuan masing-masing. Sedekah juga boleh dibuat bukan dalam bentuk wang contohnya menghantar entri-entri yang baik-baik ke blog atau berdoa yang baik-baik untuk orang lain.

5.Biasakan solat malam - biasakan diri dengan solat tahajud sekurang-kurangnya 2 rakaat.

6. Solat Istiharakh dalam segala urusan - Amalkan solat Istiharakh dalam segala urusan kerana In shaa Allah tidak akan rugi orang yang beristikharah. Istikharah bukan hanya perlu apabila apabila kita perlu membuat keputusan yang besar-besar, kerana tanpa kita sedar setiap hari kita juga perlu memilih tidak kira dimana kita berada. Jika ke pasar kita perlu membuat pilihan ikan apa, sayur apa, beli di mana. Jika di rumah pun kita perlu buat pilihan sama ada nak masak apa, mahu keluar rumah pukul berapa dan lain-lain lagi. In shaa Allah bila kita rajin Istiharah, keputusan kita untuk keluar rumah itu dibantu Allah dengan jalan tidak sesak, mudah dapat parking, ditemukan dengan orang-orang yang baik-baik dan sebagainya.

Secara jujur saya masih lagi bertatih untuk mengamalkannya. Bila sudah diamalkan untuk Istiqamah itu yang lebih mencabar. Apapun moga perkongsian ini bermanfaat! In shaa Allah
________________________________________

Jangan lepaskan peluang ini!

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Thursday, 2 January 2014

Aishah Hussein - Ulasan Ebook Super Wahm Super Mom


Teks : Aishah Hussein

Hari ini barulah saya dapat menghabiskan bacaan ebook Super Wahm Super Mom.   Walaupun saya sendiri sudah memegang jawatan seorang WAHM sejak 2 minggu lalu, tetapi terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat.  Tiada ruang untuk saya selitkan bagi pembacaan ebook ini.  Alhamdulillah akhirnya Allah mengizinkan saya menamatkan pembacaan ebook ini.

Ingin saya memetik salah satu kegembiraan dan keseronokan bekerja dari rumah yang disenaraikan oleh penulis:

Pilih yang terbaik untuk kehidupan. Hidup hanya sekali, jangan rugi dengan melakukan
perkara yang meningkatkan tekanan kehidupan. Anak-anak juga membesar sekali sahaja, jadi masanya untuk merai semasa proses mereka membesar.

Salah satu sebab kenapa saya berhenti kerja adalah untuk berada bersama-sama dengan anak-anak saya.  Ketika saya tekad untuk berhenti kerja, saya memang betul-betul berserah kepada Allah untuk menentukan pilihan saya.  Kerja sehingga usia 50 tahun  pun tidak akan mendapat ganjaran yang kita inginkan.  Saya tidak mahu lagi melepaskan peluang untuk melayan anak-anak seperti peluang yang telah saya lepaskan sewaktu dengan anak sulung dulu.  Betul, mereka membesar hanya sekali dan saya rasa amat rindu untuk membelai anak sulung saya ketika beliau kecil dulu.  Seperti wujud satu tidak kepuasan di dalam diri ini.

Sebelum saya mengenali penulis, saya memang pernah dengar perkataan WAHM dan  SOHO.  Tetapi tidak tahu perbezaannya.  Setelah membaca ebook ini, barulah saya faham apa takrifan yang sebenarnya.

Ebook ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan bukan sahaja untuk suri rumah sepenuh masa tetapi juga untuk ibu-ibu yang bekerja.  Bagi wanita-wanita yang bercadang untuk berhenti kerja dan bekerja dari rumah, memang elok membaca ebook ini untuk dijadikan panduan.  Sayangnya saya tidak diketemukan dengan ebook ini sebelum saya membuat keputusan untuk berhenti kerja.  Apa-apa pun, syukur masih belum terlambat untuk dijadikan panduan.

Di dalam ebook ini terdapat tips untuk menguruskan stres, tips sukses urus masa dan tips urus rumahtangga.  Ramai yang menyangka suri rumah sepenuh masa ada banyak masa untuk bersembang dan menonton tv.  Tanpa pengurusan masa, satu tugas pun tidak akan selesai. 

Saya sendiri juga sudah melaluinya.  Walaupun masih baru bergelar WAHM, saya sudah  rasa seperti masa 24 jam itu tidak cukup buat saya.  Masa mula-mula berhenti kerja, semua kerja di rumah saya rasa saya perlu untuk selesaikan.  Mula rasa stress mana satu nak buat ni.  Dengan kain sampai 2 bakul tidak berlipat, masa untuk masak lagi, masa untuk selesaikan kerja online.  Tetapi Alhamdulillah, sekarang saya sudah mula boleh selesaikan sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan.

Saya mulakan dengan bangun lebih awal dan selesaikan persiapan untuk anak-anak seperti biasa. Setelah mereka semua sudah pergi ke sekolah dan pejabat, saya akan berehat dan selesaikan dulu urusan saya dengan Allah. Kemudian barulah saya selesaikan tugas di rumah dan sambung dengan tugasan online saya. 

Tidak dinafikan juga bekerja sendiri ini kita dapat menyusun jadual kita sendiri.  Tetapi semangat kena kuat untuk disiplinkan diri.

Secara keseluruhannya ebook Super Wahm Super Mom ini amat sesuai dimiliki oleh semua wanita yang bekerja di pejabat mahupun di rumah.

Dapatkan Ebook  Super Wahm, Super Mom dengan harga RM25 sahaja!




Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday, 1 January 2014

2014: Azam baru dengan semangat baru!

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Akademi Bekerja di Rumah dan Carian Google




Bismillah.. Alhamdulillah, syukur di pertemukan di pagi tahun 2014 ini. Tanpa disedari sudah 2 bulan 10 hari saya bersama Akademi Bekerja dari Rumah. Ternyata pengalaman menulis diblog suatu yang sangat menyeronokkan. Hampir setiap hari saya menambah kenalan baru di akademi bersama perkongsian ilmu baru dari pelbagai latar belakang. Latihan 44 entri menulis semasa mula-mula belajar membuat blog dua bulan lalu memberi momentum untuk terus berkongsi ilmu yang sikit ini untuk dikongsikan sebaik yang mungkin.
Akademi Bekerja dari Rumah
Kepada anda yang berazam untuk menambah pendapatan yang ada atau merancang untuk bekerja di rumah ditahun yang baru ini sertailah kami di Akademi Bekerja di Rumah. Ada pelbagai kelas yang boleh diikuti di Akademi ini. Bagi yang ingin mula bisnes online tetapi tidak tahu bagaimana hendak mula, boleh sertai Akademi Bekerja di Rumah dengan mendaftar di salah satu kelas berikut:

1. Kelas online asas bina blog penulisan - untuk membina blog berpengaruh, blog yang disukai pembaca, belajar menulis blog dengan betul yang dapat menarik traffik ke blog.

2. Kelas online asas blog fanpage mula bisnes - bagi yang mahu mulakan bisnes online. Tak tahu cara untuk mula bisnes. Belajar urusniaga mudah dengan menggunakan medium percuma blog, fanpage, fb. Belajar menjana pendapatan bermula RM5, RM10, dan seterusnya. Bagi yang tidak ada produk kami sediakan produk untuk dropship.

3. Kelas beriklan di mudah.my - mudah.my - merupakan medium promosi online secara percuma. Belajar teknik beriklan dengan betul di situ.

4. Kelas penulisan kreatif - bagi yang bercita-cita menulis cerpen. Belajar menulis cerpen dahulu sebelum menulis novel. Bila sudah pandai tulis cerpen, insya Allah boleh menulis novel juga.

Dengan panduan guru-guru yang berpengalaman anda akan dibimbing sebaik mungkin untuk mencapai impian anda. Dengan pilihan yuran serendah RM150 dengan bonus satu ebook percuma, anda boleh belajar membuat blog dengan masa yang fleksibel dan urusan semua dihujung jari. Saya kongsikan pengalaman saya setelah tamat 44 entri saya di Kelas Blog disini.

Bagi mereka yang rajin menghantar 'post' di facebook, saya cadangkan anda perlu memilikki satu blog sendiri. Dengan memiliki blog, perkongsian dan pengalaman yang anda dikongsikan boleh dimanfaatkan dengan lebih mudah oleh orang lain. In shaa Allah boleh juga dijadikan satu pahala jariah kita juga suatu hari nanti. Selain itu juga dengan berada di Akademi ini kita bukan sahaja boleh menambah jaringan yang ada tetapi berkongsi ilmu dengan pelbagai kepakaran serta bekerja sebagai satu jemaah.

Bagi yang masih berkira-kira untuk turut serta boleh dapatkan ebook dahulu di sini sementara ada promosi harga yang ditawarkan. Untuk makluman harga promosi akan tamat pada 30 Januari 2014.

Selamat tahun baru semua. Walau apapun azam dan semangat baru yang tercipta tahun ini diberi  kemudahan oleh Allah untuk terus Istiqamah dalam melakukannya. Semoga kita terus diberi kekuatan untuk menambahbaik amalan dan berusaha untuk memberi manfaat yang baik kepada orang lain.  

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,
"Sebaik-baiknya manusia disisi Allah S.W.T. adalah yang paling memberi manfaat di antara mereka kepada manusia, dan orang yang paling buruk di sisi Allah S.W.T. orang yang panjang umurnya tapi buruk amalnya. Dan sebaik-baik manusia itu orang yang panjang umurnya dan bagus amalnya". 
(Riwayat al-Baihaqi)

Selamat tahun baru semua!

 

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...