='description'/>

Thursday 9 October 2014

Catatan pengalaman di klinik kesihatan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi




26 September 2014
Hari ini hari pertama kami menghantar Amnah ke Klinik Kerajaan berdekatan memandangkan rawatan ke klinik panel tidak menunjukkan demam Amnah akan surut. Ketika itu kami sampai di klinik pada pukul 8.15 malam. Selepas pendaftaran dengan caj hanya RM1, sekejap sahaja sudah dipanggil ke bilik jururawat untuk diukur suhu badan. Selepas itu diminta ke bilik suntikan untuk diambil darah. Selesai dibilik suntikan terus diarahkan ke makmal dan tidak sampai sepuluh minit sudah dapat keputusan. Alhamdulillah, bacaan platlet darahnya hanya 192 dan tidak membimbangkan. Tetapi dokor arahkan untuk kembali ke klinik esoknya kerana dibimbangi ada kandungan virus dalam darah dan bacaan kali pertama juga tidak boleh mengesan sekiranya ada unsur penyakit denggi. Atas nasihat doktor juga, Amnah perlu ke bilik suntikan lagi untuk dimasukkan ubat melalui punggung kerana suhu demamnya yang mencecah angka 38.5'C. Selepas itu kami terus ke farmasi untuk mengambil ubat. Alhamdulillah, dalam tempoh tak sampai sejam kami dah boleh balik.

27 September 2014
Pagi Sabtu kami datang lagi. Kali ini agak mengambil masa lama sikit sebab pesakit yang datang agak ramai berbanding semalamnya. Tapi kali ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Menurut pegawai dikaunter, tiada bayaran dikenakan sehingga platlet darahnya melepasi 200. :) Seperti semalamnya, Amnah perlu melalui prosedur yang sama seperti hari sebelumnya. Kali ini platlet darah sudah meningkat kepada 196, jadi Amnah perlu dibawa lagi untuk ujian seterusnya. 

29 September 2014
Hari ini, hari ketiga kami bawa Amnah di Klinik Kesihatan. Alhamdulillah, kali ini platlet darahnya sudah melepasi angka 200. Jadi tidak perlu datang lagi ke klinik untuk ujian darah lagi. Berbanding hari pertama dan kedua, hari ini dia tidak menangis bila dicucuk untuk diambil darahnya. Jururawat yang bertugas pula pelik sebab dia tidak menangis walaupun kali ini jumlah darah yang diambil lebih banyak kerana perlu melalui dua ujian makmal yang telah diarahkan oleh doktor. Mungkin Amnah dah tak demam, jadi dia tidak merengek lagi. :)

Alhamdulillah, kami sangat berpuas hati dengan servis diklinik kesihatan sepanjang tiga hari ini. Sebelum itu kami banyak merujuk ke klinik panel sahaja. Memandangkan Amnah sukar untuk diberi makan ubat, dan demam yang tidak sembuh melebihi tiga hari, kami mengambil keputusan ke klinik kerajaan. Alhamdulillah, semua urusan dimudahkan.  

Pengalaman kali ini mengingatkan kami supaya mengambil kira klinik kerajaan sebagai satu alternatif jika ada masalah kesihatan untuk dirujuk. Selama ini kami tertumpu dengan klinik panel jika ada anak-anak yang demam atau beberapa sakit ringan. In shaa Allah, pilihan utama kami selepas adalah ke klinik kerajaan dan kedua barulah ke klinik panel untuk merujuk kepada apa-apa masalah kesihatan. Realitinya, memang waktu perkhidmatan di klinik kerajaan adalah terhad pada hari dan waktu-waktu tertentu sahaja. Namun berdasarkan pengalaman ini perkhidmatan yang diberi masih terbaik. Apapun kita sebagai pengguna perkhidmatan mereka,  perlu pandai buat perancangan dengan datang awal dan mengikut nasihat serta peraturan yang telah ditetapkan. In shaa Allah.

Moga bermanfaat!
------------------------------------------

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.

Untuk bermula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

1 comment: