Sunday, 6 March 2016

Jalan-jalan petang

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Afiq yang sudah mengantuk :)
Petang ni kami jalan-jalan ke Stadium Kajang atas permintaan kakak dan abang nak bermain basikal. Selalunya suami yang rajin bawa mereka berdua. Tapi kali ini kami keluar berlima sekali.

Seronok juga dapat jalan petang macam ni sambil menikmati waktu petang yang kebetulan tidak begitu panas dan tidak juga hujan. Sambil abang dan kakak sambung bermain di tempat permainan kanak-kanak, sempat saya jalan santai dua pusingan dengan menyorong kereta Afiq.

Terasa sedikit kepuasan bila sesekali dapat keluar sebegini. Dapat menyedut udara petang sambil mengeluarkan peluh badan yang sudah lama tidak bersenam :)

--------------------------------------



Soalan 8:
Bagaimanakah untuk saya bersaing dengan mereka yang sudah sukses di pasaran?
Perlukah saya menurunkan harga produk untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan?
Jawapan: Kita boleh memilih menjual produk dengan harga mahal dan tahu siapa sasaran untuk produk mahal tersebut. Begitu juga produk murah seperti makanan mempunyai keuntungan yang lebih kecil, namun ia adalah juga berbeza mengikut jenis dan sasaran pasaran atau pelanggan.
Setiap produk adalah tidak sama harga, kos juga keuntungan. Bagi anda yang masih baru, sebaiknya bermula dengan menjual dahulu produk yang sudah ada di pasaran untuk kita belajar dari asas.
Bagi menetapkan harga ke atas produk yang ingin dijual, kita mengambil kira pelbagai faktor iaitu pesaing, harga borong dari pembekal dan sebagainya. Pengguna/pelanggan kini semakin bijak kerana mereka boleh membuat perbandingan harga sesuatu produk dan perkhidmatan.
Jalan paling selamat ialah menawarkan produk dengan harga berpatutan dan setanding dengan kualiti. Produk pada harga tawaran yang terbaik dan sesuai dengan sasaran pelanggan jadi tidak ada masalah produk murah atau harga mahal.
Baca 21 soal dan jawab dalam naskah EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN

Tempahan--> http://gedung-ilmu-anda.blogspot.my/p/borang-tempahan.html

atau whatsapp 0136844409

Thursday, 25 February 2016

Iklan Homestay anda di ABDR

Teks/Foto: Akademi Bekerja di Rumah (ABDR)

IKLAN HOMESTAY ANDA DI ABDR

Anda ada homestay?
Mahu iklankan homestay tetapi tidak tahu dimana?
Mahu iklankan homestay secara berterusan sepanjang tahun?
Jangan risau, KAMI pasukan pemasaran online surirumah bernaung AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) mahu membantu Anda!

BERIKLAN dengan kami kerana :
√ Kami ada satu DIREKTORI IKLAN yang menyenaraikan homestay di Malaysia
√ Kami mempunyai JARINGAN BLOGGER yang akan membantu mempromosikan sepanjang tahun
√ Bayaran untuk tapak iklan hanya SEKALI tanpa perlu perbaharuinya lagi.
(Tawaran ini terhad sehingga tarikh tamat dinyatakan)

2 BONUS lagi iaitu:
‪#‎BONUS‬ 1: Harga tapak kekal hanya RM150 sahaja untuk dua tempat iklan.
#BONUS 2: Temuramah untuk pengusaha yang mahu berkongsi dalam ebook mula bisnes homestay.
Selagi mana ebook ini terjual maka berterusan homestay diiklankan.


Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday, 23 February 2016

104 hari lagi menjelang Ramadhan

Teks: Suhaila Rahim

Alhamdulillah, hari ini rezeki berbuka dengan sepinggan mihun dan air teh o panas. Dengan cuaca yang panas dan kesibukan tugas di rumah sangat menguji kesabaran berpuasa. Macam rasa puasa hari pertama Ramadhan walaupun dah mula mengganti beransur-ansur sejak dua bulan lepas.

Ramadhan yang lalu Allah rezeki bercuti puasa selama sebulan kerana dalam tempoh berpantang bersalin. Jadi tahun ini saya perlu mengganti puasa lebih awal supaya tak kalut nanti.

Dalam keadaan masih menyusu si kecil bukan mudah nak mengganti puasa secara berturut-turut. Kali ini saya merancang mengganti puasa pada hari isnin hingga khamis sahaja, dan diselangselikan dengan niat sekali puasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan Islam. In shaa Allah.

Hari ini sudah masuk hari yang ke 15. Berbaki separuh bulan lagi yang perlu saya selesaikan. Moga urusan puasa saya dimudahkan Allah.

Ramadhan kian dekat menghampiri. Moga Allah memberi peluang kepada kita lagi bertemukan dengan bulan mulia Ramadan Al Mubarak kali ini. Aameen.

Ramadhan Kareem..

Sunday, 21 February 2016

Dari dunia 'online' ke 'offline'

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi





Bismillahirahmanirrahim



Alhamdulillah, lebih sebulan berlalu baru hari ini berkesempatan untuk menulis mengenai pengalaman saya menjinakkan diri dalam berniaga secara offline. :)



Sudah sekian lama saya dan suami bercita-cita untuk mengambil pengalaman berniaga secara 'offline'. Berbekalkan sedikit pengalaman saya membantu mak mengusahakan kedai jahit manakala suami yang membantu keluarga berniaga makanan di kantin sekolah, kami merebut peluang berniaga dikarnival anjuran surau di taman perumahan.


Perkongsian pengalaman pertama
Ternyata bila berniaga sendiri tentunya banyak beza bila berniaga membantu keluarga. Walaupun berniaga separuh hari seboleh-bolehnya saya pastikan keperluan perniagaan disiapkan sebaiknya. Bila keperluan lengkap setidak-tidaknya kita tidak kelihatan janggal oleh pelanggan walaupun ia pengalaman pertama.

Antara keperluan dan persiapan yang saya sediakan. 
1. Menyediakan pecahan duit kecil untuk memudahkan urusniaga
2. Buku rekod jualan keluar masuk supaya mudahkan pengiraan stok dan keluar masuk tunai
3. Plastik bungkusan mengikut jenis barang yang dijual
4. Menyediakan tanda harga untuk setiap barang
5. Alat-alat untuk memudahkan mempamerkan barang. contoh: penyangkut baju untuk tudung kanak-kanak serta maxi, alas meja, kerusi, 
6. menyediakan sampel produk yang berkaitan

Alhamdulillah, walaupun jumlah pengunjung karnival tidak ramai, kami berjaya membuat jualan beberapa helai tudung, radio Al Quran, maxi dan sejadah muka. Pengalaman ini sangat berharga bagi kami. Walaupun tidak dinafikan ada juga perasaan malu, tetapi kami juga berasa teruja bila gerai kami turut dikunjungi oleh jiran sebelah rumah. Tak kurang juga yang turut memberi sokongan dengan membeli dari gerai.

Ketika mula-mula suami bawa balik borang tempahan gerai, hati saya masih ragu-ragu untuk turut serta. Keyakinan dan keberanian yang datang hanya separuh-separuh. Tapi suami yang bagi semangat, jika tidak rebut sekarang, bila lagi? 

Kami sebenarnya mempunyai impian untuk memilikki kedai. Walaupun tak tahu lagi kedai apa, tapi suami lebih berminat kepada perniagaan kedai dobi dan saya sendir kedai barangan jahitan. 

Alhamdulillah, langkah pertama sudah bermula. In shaa Allah ada rezeki dan peluang lagi, kami nak sertai lagi. Moga Allah mudahkan perjalanan ini. Aameen..
-------------------------------------------------------




Eziclean vs peluntur

================
Beza antara sabun eziclean dan peluntur, eziclean nie cuci2 baju berwarna color baju berwarna tidak pudar malah makin cerah mcm baru... 

Untuk baju putih pulak baju dan kasut sekolah makin putih seperti baru.. X de kesan2 kuning yg mcm kasut sekolah bila direndam dengan peluntur.... 

Dan super jimat.. 
Nak tak tips berjimat???

Tips ni memang berbaloi untuk semua ,jimat sebab boleh jimat tenaga,jimat wang dan masa.

Tak guna tenaga yg banyak pun..sbb rendam je boleh bersih.tak perlu nk duduk lama2 dalam bilik air.kena piliheziclean la..baru betul jimat.

Dah ada yang senang kenapa nak pilih yang susah kan?
Cuma rendam malam besok berus2 manja saja.
Cukup mudah... Kotoran dah sedia tertanggal dalam rendaman... 

Nk jimat macam saya???
Jom pm@ whatssapp 
www.wasap.my/60136844409

#eziprojectsuccessful
#eziprojectBiz4All
#bisnessemudahABC
#ezicleansabunmagic

Tuesday, 9 February 2016

Tempahan skirting meja

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi


Alhamdulillah, berjaya juga siapkan satu tempahan untuk skirtting meja guru. Membuatnya nampak mudah tetapi oleh kerana kekangan masa dengan tugas harian dengan dua kanak-kanak riang di rumah, kerja yang sepatutnya siap dua hari boleh jadi seminggu  :)

Apapun syukur, dapat siapkan dalam tempoh yang diberi. Terima kasih kepada cikgu yang menempah. 

-------------------------------------------

Dapatkan pelbagai koleksi Buku dan Ebook di Gudang Ilmu Anda!


Whatsapp 0136844409 untuk tempahan dan pertanyaan.



Friday, 29 January 2016

Pelaburan akhirat melalui Tabung Wakaf Projek Pembinaan Masjid di Alor Gajah Melaka,

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Amal till Jannah

Assalamulaikum,

Mengambil keberkatan hari jumaat hari ini, saya ingin memanjangkan Tabung Wakaf Projek Pembinaan Masjid di Alor Gajah Melaka, di bawah kelolaan Amal till Jannah. Bersama-samalah kita merebut peluang ini sebagai satu peluang PELABURAN AKHIRAT kita nanti In shaa Allah. Butiran seperti di bawah:



Bismillahirrahmanirrahim..dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang..Amal Till Jannah dengan rendah diri menjemput para jemaah semua untuk sama-sama meraih pahala yang berkekalan hingga ke syurga menerusi 

PROJEK WAKAF PEMBANGUNAN MASJID
KG. BALIK BATU,LOT 2125 MUKIM SG.BARU TENGAH,MASJID TANAH,ALOR GAJAH,MELAKA

WAKAF 1 LOT RM50

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN RM1.5 JUTA

Mohon semua untuk viralkan Projek Wakaf Masjid ini bagi pihak AMAL TILL JANNAH (ATJ) dapat merealisasikan impian besar penduduk yang amat memerlukan Rumah Allah sebagai satu tempat ibadah dan program komuniti serta pusat pembelajaran sepanjang hayat.

Pihak ATJ juga amat berbesar hati sekiranya ada jemaah yang bole sama-sama turut terlibat baik secara lansung atau tidak lansung dalam kerja-kerja pembangunan wakaf Masjid ini.

InsyaAllah dalam jangka masa panjang..ATJ ingin membangunkan pusat kelompok bestari dengan membina rumah perlindungan untuk Anak-anak Yatim dan Asnaf, warga emas, gelandangan dan fakir miskin.

Setiap penyertaan Wakaf para jemaah sekalian akan diberikan Sijil Wakaf dan pihak ATJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat jemaah semua yang turut serta dalam membantu kerja-kerja amal pembangunan Masjid ini.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi wakil pengurusan ATJ iaitu Pn Rosyamila Yunus 0192314480.

Bagi sebarang urusan transaksi WAKAF, jemaah boleh terus lengkapkan butiran seperti di bawah;

Nama  penuh Pewakaf:
Jumlah Wakaf:
Alamat:
No.Tel:
Butiran transaksi: 

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷

Bank Islam - 1212 2010 02016(Amal Till Jannah)

Maybank - 5121 8334 0641 (Rohsamila Yunus)

tagkan "WAKAF MASJID" dan sms/wasapkan butiran transaksi ke 0192314480 atau emailkan kepada amaltilljannah@gmail.com

***Sila lafazkan/baca niat wakaf seperti di bawah:

"Dengan nama Allah, saya mewakafkan duit sebanyak (RM) __________ untuk pembangunan Masjid melalui Amal Till Jannah kerana Allah Taala"

----------------------------------
Dengan itu, saya mewakili pihak Amal Till Jannah menerima wakaf/infaq/sedekah saudara/saudari untuk program pembangunan Wakaf Masjid ini. Hanya Allah berhak membalasnya dengan sebesar-besar kebaikan baik dunia dan akhirat.Semoga Masjid yang akan dibina ini akan menjadi pusat ibadah /dakwah dan pembangunan ummah Islam berkonsepkan 24 jam dengan pelbagai aktiviti yang dapat mengimarahkan masjid baik dari peringkat awal kanak-kanak hingga warga emas..insyaAllah

"Salam Dakwah Fisabilillah"

Pn Rosyamila Yunus (0192314480)

Tuesday, 12 January 2016

Mengurus rumah sewa

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, minggu ini baru selesai menguruskan penyewa baru ke rumah sewa. Rumah sewa kami yang tidak berpenghuni hampir setengah bulan, kini sudah mula diduduki oleh penyewa baru.

Pengalaman hampir enam tahun menguruskan sebuah rumah milik suami dan dua milik keluarga mertua ternyata ia bukan satu tugas yang mudah. Sepanjang tempoh itu, sedikit demi sedikit kami telah belajar berbagai ragam penyewa yang ada kala mendukacitakan dan tidak kurang juga ada yang baik hatinya. Apapun ragamnya kami anggap ia sebagai satu rezeki dan ujian dari Allah supaya lebih redha dan sabar. Dari kesabaran itu juga mengajar supaya kita lebih berhati-hati dalam memilih penyewa yang lebih bertanggungjawab dan jujur dalam menjaga rumah yang diamanahkan. 

Setiap kali kami rumah kosong untuk kemasukan penyewa baru, kami akan pastikan keadaan rumah bersih seadanya dan tiada sebarang kerosakan alatan rumah. Jika perlu kami akan cat semula dinding rumah yang kotor supaya keadaan rumah lebih selesa. Beberapa bil utiliti rumah akan kami jelaskan semuanya walaupun berlaku tunggakan yang dilakukan oleh penyewa sebelumnya.

Untuk pengambilan penyewa baru, kami lebih selesa untuk mengiklan sendiri berbanding dengan menggunakan khidmat ejen. Ternyata cara ini lebih menjimatkan kos dan kami sendiri dapat menapis kemasukan penyewa yang kami perlukan. Selalunya penyewa yang menjadi keutamaan dan pilihan, mestilah muslim, wanita bujang atau berkeluarga.

Buat masa ini, tiada dokumen formal seperti Perjanjian Sewa (Tenancy Agreement) yang kami gunapakai sebagai perjanjian sewa. Hanyalah satu perjanjian dan persetujuan biasa yang tidak bertulis. Hanya salinan resit sebagai pengesahan pembayaran sewa. Mungkin atas faktor ini adakalanya penyewa mudah mengambil kesempatan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Apapun perancangan untuk menyediakannya memang dalam perancangan. In shaa Allah.

Sekadar itu perkongsian saya mengenai pengalaman mengurus rumah sewa. Moga ada yang boleh diambil iktibar dan pengajaran. 
----------------------------------------

Tepung kek Coklat Moist


Harga setiap pek RM10 sahaja (tidak termasuk RM7 untuk kospos) 
COD percuma untuk 5 pek ke atas di sekitar Kajang/Bangi/Balakong

Jika berminat hubungi saya:


Emel: suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim




Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...