Thursday, 21 August 2014

Siti Zawiyah Rahmat - Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage

Teks:Siti Zawiyah Rahmat
Guru Online: Anys Idayu Zakaria
Sumber: http://sitizawiyahrahmat.blogspot.com/2014/08/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage-abdr.html


Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh guru online saya, Puan Anys Idayu Zakaria.  Ini adalah tugasan terakhir iaitu membuat ulasan mengenai kelas asas blog dan fanpage Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pada awalnya, saya tidak pernah merancang untuk mempunyai blog. Saya selesa menjadi pembaca blog untuk mencari maklumat dan juga idea resepi masakan.  Memandangkan saya seorang yang tidak pandai mengarang dan menulis, niat berblog tidak pernah ada dalam kotak fikiran saya.  Apatah lagi tulisan saya akan dibaca oleh sesiapa sahaja, perasaan tidak yakin dan segan bercambah dalam fikiran.

Namun, setiap yang berlaku adalah perancangan yang rapi daripada Dia. Saya mula berjinak-jinak dengan blog apabila saya mula menjadi ahli kepada syarikat nutrisi yang terkenal iaitu Shaklee. Dari situ, saya mula berblog lantaran sokongan daripada upline saya.

Kata  upline saya, Puan Nurul Huda Mohd Najmi, jika ingin menambah pendapatan, saya mesti mempunyai blog sebagai medium yang efektif.  Ini kerana sasaran pelanggan lebih besar jika mempunyai blog. Sudah menjadi trend sekarang, ramai orang suka melayari internet. Mereka akan mencari apa-apa maklumat yang dikehendaki di internet kerana cara itu lebih mudah, cepat dan selesa.

Saya menyertai kelas asas blog dan fanpage untuk mempelajari cara memulakan blog.  Dalam ABDR masa untuk kelas tutorial adalah sangat fleksibel. Saya boleh belajar dan ulangkaji pelajaran pada bila-bila masa mengikut kehendak saya. Nota yang diberikan adalah jelas dan mudah untuk difahami.

Tugasan 44 entry penulisan di mana saya dikehendaki menulis sebanyak 44 entry, iaitu sehari sebanyak satu entry atau lebih. Tujuannya supaya pelajar dapat menulis secara konsisten, iaitu ciri-ciri yang mesti ada pada penulis blog untuk menarik minat pembaca dan menaikkan jumlah lawatan ke blog. Tugasan ini amat berkesan kerana ia membantu membina keyakinan diri dan mengasah bakat menulis. Saya juga diajar cara menulis dengan betul dan santai agar penulisan mesra pembaca bagi mengelakkan penulisan yang syok sendiri yang tiada isi dan manfaat.

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan mempelajari ilmu ini daripada guru saya. Di kesempatan ini saya berharap lebih ramai peserta yang akan menyertai ABDR kerana ianya bagus sebagai ilmu asas berblog.


Sharing is caring,
Siti Zawiyah
0123639665
--------------------------------------
Anda berminat belajar dan menulis di BLOG?



Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Jika sudah bersedia, boleh PM saya untuk mendaftar

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Tuesday, 19 August 2014

Cabaran hebat seorang WAHM

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah. Baru usai tugas dapur. Sejak pagi, tugas dapur kena buat curi-curi dan sambil-sambil. Kalau nak fokus hanya satu-satu masa alamatnya tiada yang sempat habis. Amnah sekarang beralih ke fasa baru. Bangun pagi seawal Subuh dan tidur malam ketika orang lain sudah tidur. Tidur siangnya pula tak sampai setengah jam. Itupun jika kena gayanya. Kalau tidak, dia boleh tahan sampai petang tidak tidur. Bukan mudah untuk mengajaknya tidur, silap-silap sendiri yang lena dulu. Bila berjaya tidurkan, mudah pula terjaga jika mendengar apa-apa bunyi. Waktu tidur inilah sahaja, boleh buat kerja, itu pun kerja yang senyap-senyap sahaja. 

Ternyata memang mencabar tugas bekerja dari rumah. Bukan calang-calang orang yang boleh menanganinya. Setiap hari sangat perlunya perancangan. Walaupun adakala sekadar tercatat dalam buku sahaja. :)

"Ini baru anak dua" mak saya kata :)

Mak saya dulu seorang WAHM juga, seorang surirumah dan tukang jahit. Wanita beranak enam yang menguruskan sendiri urusan keluarga dan urusan kedai jahitnya. Ketika itu kami sekeluarga tinggal dikampung bersama datuk dan nenek, sementara ayah masih bertugas sebagai seorang anggota tentera dan hanya pulang seminggu sekali. 

Tersenyum sendiri mengingatkan kata-kata mak. Mak memang hebat. Mak dah rasa perit jerihnya menjaga kami. Mak juga banyak membantu ayah mencari rezeki dengan menjahit untuk membiayai persekolahan kami adik beradik semua hingga berjaya ke IPT. Alhamdulillah. 

Sekarang mak dah tak menjahit lagi. Kedai mak pun dah lama tak dibuka. Hanya sesekali jika ada keperluan. Dulu mak jahit 'fulltime', lepas ayah meninggal menjahit dah jadi 'part time'. Tetapi sekarang bila adik yang bongsu sudah ke IPT, menjahit dah jadi 'no time'. :) Mak  dah gembira aktiviti barunya; hadiri kelas Al Quraan, pergi kenduri, mesyuarat kaum ibu, mesyuarat masjid, mesyuarat PDK, jemputan berzanji, pergi rombongan, uruskan aktiviti surau dan yang paling menarik, mak selalu jadi antara drebar untuk menjemput jemaah wanita yang tiada pengangkutan untuk hadir ke program surau. :) 

Kami adik-beradik selalu usik mak. Sebab Mak kami sekarang dah sibuk macam menteri :)
----------------------------------------------------

Pengurus Online Akademi
·   Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet  Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja. 
Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR
* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi
* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).
* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Monday, 18 August 2014

Tips ajar anak urus duit raya

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, sudah sampai ke minggu terakhir Syawal. Tentunya anak-anaklah paling gembira dikala ini. Bukan sahaja dapat beraya sakan dan dapat makan berbagai hidangan ke rumah-rumah terbuka, malah paling gembira bila dapat banyak Duit Raya.

Mengajar anak mengenai duit tidak mudah. Anak-anak ini perlu diajar sejak kecil bagaimana menguruskan kewangan mereka. Bukan mudah menasihati melalui kata-kata tetapi lebih kepada pengajaran melalui tindakan kita sebagai ibubapa. Jika kita sebagai ibubapa tidak menunjuk teladan yang baik, mana mungkin anak-anak mengikut apa yang kita nasihatkan kepada mereka.

Jadi contoh kepada anak-anak
Sebagai ibubapa tunjukkan kemahiran mengurus kewangan. Ketika membeli belah tunjukkan beza antara keperluan dan kehendak. Contohnya, satu bar coklat adalah kehendak tetapi satu tin susu untuk anak adalah satu keperluan. Terangkan perbezaan kedua-duanya. Apabila amalan seperti ini dipraktikkan, anak-anak akan pandai membuat pilihan ketika membeli.

Mahu dibelanja atau simpan?
Jika sudah sampai masa nanti anak-anak sudah boleh menerima belanja secara bulanan atau mingguan, ajar anak supaya belajar menyimpan sekurang-kurangnya 20 peratus dari apa mereka terima. Ketika musim raya pula, ajar anak simpan sebahagian besar duit yang diterima. Dedahkan mereka dengan membuat simpanan di mana-mana institusi kewangan. Beritahu mereka dengan simpanan yang dia simpan sekarang, wang nya akan bertambah. Ini akan memberi motivasinya untuk menyimpan setiap kali mereka mendapat lebihan duit simpanan. Bawa mereka ke bank dan  ajak mereka berurusan di kaunter ketika urusan simpanan dilakukan.

Beri ganjaran berdasarkan pencapaiannya dalam mengurus kewangan mereka
Setiap tahun apabila mahu memberi duit raya, lihat sejauh mana pencapaian anak itu dalam menyimpan wang. Jika dapat simpan lebih, beri duit raya lebih padanya ketika raya tahun ini. Dengan ini ibubapa boleh memberi semangat kepada anak untuk mengurus duit raya.

Budayakan sikap ‘memberi’ kepada yang memerlukan
Jangan lupa ajar anak-ajar anak supaya bersedekah. Beri kesedaran kepada mereka tentang keajaiban bila kita besedekah. In shaa Allah, bila sudah diserapkan kesedaran sejak kecil mereka mudah memberi bila sudah dewasa nanti.


Moga bermanfaat!
_____________________________________________________

Blog Ruang Iklan

Anda ada produk? Iklan produk anda di Soho Directory. Dapatkan pakej iklan serendah RM50. Lihat maklumat tentang pakej di sini.

Hubungi saya, Suhaila Rahim melalui:

Emel: 
suhailarahim@gmail.com
SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Sunday, 17 August 2014

Bila bayi selesema

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google

Pengalaman membesarkan Aqil yang sering mengalami astma sejak dari kecil, mengingatkan saya betapa pentingnya kita untuk menghindari anak-anak kecil ini dari terkena jangkitan selsema. Kekadang selsema yang asalnya hanya sedikit jika dipandang ringan sahaja akan mudah terdedah kepada penyakit-penyakit lain yang bahaya.

Seperti saya juga, tentunya pengalaman dilalui oleh ibu bapa yang lain akan risau apabila bayi mereka mendapat selesema terutama buat pertama kali. Bayi akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang  melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi. 

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. 

Selalunya selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika kita sentiasa membasuh tangan selepas menghembus hidung. 

Tiada perkara yang lebih mengharukan daripada bayi yang menghidapi selesema. Bayi yang sakit mungkin akan menghidapi demam (sehingga 38 darjah C), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair. Bayi juga akan mudah meragam dan hilang selera makan. 

Bayi-bayi di bawah usia enam bulan tidak boleh bernafas melalui hidung mereka apabila mereka sakit, jadi mereka akan mempunyai masalah untuk bernafas dan makan. Kanak-kanak tidak bersedia lagi untuk menghembus hidung mereka sehingga usia empat tahun, jadi kita perlu membantu mengeluarkan mukus mereka. 

Berapa lamakah selesema akan berlarutan?
Simptom-simptom selalunya akan reda selepas tiga hingga 10 hari, walaupun pada bayi yang terlalu muda, ia mungkin akan berlarutan sehingga dua minggu. Kebanyakan bayi yang ada kontak dengan kanak-kanak yang lebih tua akan menghidapi selesema sebanyak enam hingga 10 kali dalam tahun pertama mereka sehingga anda merasakan ianya menghidapi selesema sepanjang tahun. 

Bolehkah saya mencegah bayi dari selesema?
Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi dan keimunan semula jadi. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja. 

Kita juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya. 

Jika suami seorang perokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok. 

Bilakah saya perlu menghubungi doktor?
Lakukannya apabila tanda pertama selesema jika bayi  berusia kurang dari tiga bulan. 

Bagi bayi yang lebih tua, hubungi doktor jika:
·        selesema berlarutan lebih dari lima hari;
·        suhu bayi melebihi 39 darjah C;
·        dia mengalami sakit telinga, masalah bernafas, bunyi berdehit, batuk berlarutan;
·        dia mengeluarkan mukus hijau yang pekat dan berlarutan dari hidungnya.

Bagaimanakah saya boleh merawat selesema?
Tidak banyak yang boleh dilakukan kecuali menunggu dan memberikan anak anda banyak rehat dan cecair (tingkatkan jumlah jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C). 

Jika badannya panas, berikan dia cecair parasetamol di bawah pengawasan doktor. Jangan berikan dia sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik atau doktor keluarga anda. Jika umur kanak-kanak itu kurang dari satu tahun, ubat selesema yang dibeli di kedai selalunya lebih membahayakan, dan ubat batuk sama kesannya dengan sirap yang tidak mengandungi sebarang ubat untuk melegakan simptom. 

Walaupun begitu, terdapat beberapa cara untuk melegakan ketidakselesaannya: 
· Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan kepala tilam dengan meletakkan tuala di bawahnya. Tidur mencondong boleh melegakan hidung meleleh hingus. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi  (ia boleh menyebabkan bahaya mati lemas) dan jangan meletakkan bantal di bawah tilam.

·        Laplah hidungnya supaya dia boleh bernafas dengan lebih mudah. Anda boleh menyapu jeli petroleum di luar lubang hidung bayi anda untuk mengurangkan kerengsaan. Jika bayi anda sukar menyusu dengan hidung tersumbat, minta doktor anda mempreskripsikan larutan bergaram untuk diletakkan di setiap lubang hidung setiap 15 minit sebelum penyusuan. Sesetengah ibu bapa menggunakan bebuli penyedut untuk membersihkan dan mengeluarkan air bergaram dan mukus dari hidung bayi.

·        Cuba gunakan pengewap kabut dingin untuk melembapkan udara. Atau bawa bayi anda ke bilik mandi bersama anda, buka air panas atau pancuran mandi, tutup pintu dan duduk dalam keadaan berwap tersebut selama 15 minit. Jangan lupa menukar pakaian bayi anda selepas mandian berwap. Jika bayi anda menghidapi hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksakan lubang hidungnya kalau-kalau terdapat sebarang objek asing. Kadang-kadang kita tak tahu: bayi pun boleh meletakkan objek ke dalam hidung.

Kredit: babycenter.com
----------------------------------------------------

Pengurus Online Akademi
·   Mula bekerja di rumah sebagai Pengurus Online Akademi. Sangat mudah dan senang kerana hanya atas talian. Yang bestnya walaupun cik posmen bercuti, kita masih boleh berurusniaga, kerana semua produk atas talian, selagi ada internet  Sangat sesuai untuk mulakan sekarang, bila sibuk nak raya orang tak pakat pos barang dah, semua mesti ramai online sahaja. 
Bagi kalian yang mahu mula bekerja hanya dari rumah, boleh mendaftar sebagai pengurus online ABDR
* Hanya daftar dengan yuran RM 300 - sekali bayar untuk yuran pendaftaran pengurus online akademi
* Dapat Bonus 5 ebook (ebook belajar asas blog - ebook rujukan utama membina blog, ebook super wahm supermom perkongsian kisah sebenar wahm yang mula bekerja dari rumah, ebook panduan mula bisnes butik - panduan untuk membuka butik, dan ebook 101 idea home based bisnes cari idea untuk memulakan bisnes secara online dan panduan sebelum memulakan dan ebook gaya bisnes siti khadijah yg akan terbit pada 30hb).
* Bonus 2 tahun beriklan di soho directory
* Dapat belajar membina blog dalam kelas blog bisnes. Belajar hasilkan blog rakan niaga
* Blog tersebut boleh digunakan untuk produk sendiri juga.
Setelah mendaftar dan menghasilkan blog, kalian akan dibimbing bagaimana untuk mula mempromosi produk akademi - iaitu produk digital ebook, pakej sewaan iklan, dan kelas online/ bengkel anjuran akademi bekerja dirumah. Mula belajar promosi produk ini melalui blog dan facebook. Komisen akan dibayar secara terus kepada kalian, melalui pendaftaran pelajar ke kelas online/bengkel, atau belian ebook atau tempahan iklan.
Ini bukan omongan kosong, kerana pasukan pengurus online akademi sudah beroleh hasil seperti ini. Tapi ada syarat utama,
1) ikut apa yang telah diajar,
2) mula praktik,
3) mula promosi, dan
4) yang lebih penting berserah pada Allah swt atas semua daya usaha yang telah dilakukan.
Jika sudah sedia, boleh PM untuk bermula

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim



Tuesday, 12 August 2014

Ziarah Raya

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google


Alhamdulillah, sudah sampai ke hari 16 Syawal. Amalan ziarah di taman tempat tinggal saya masih diteruskan. Minggu ini, hampir setiap hari ada sahaja jemputan dari jiran-jiran ke rumah terbuka. Di rumah sendiri, walaupun tiada rumah terbuka, masih ada sahaja jiran yang datang bertandang. Syukur dapat kejiranan yang rajin menghidupkan kembali amalan ziarah ini. 

Bila amalan kunjung mengunjung seperti ini dijadikan amalan, ia mengeratkan ukhwah kami antara satu sama lain. Maklumlah, walau duduk bersebelahan banyak lagi yang kami tidak kenal. Bila berpeluang ziarah seperti ini, bukan ibu ayah sahaja gembira, anak-anak kecil tidak lepaskan peluang bermain bebas memenuhi jalan depan rumah yang selalunya sunyi dikala hari-hari biasa. Semoga dengan amalan ziarah ini diteruskan dimasa akan datang. Secara tidak langsung juga membantu mempergiatkan aktiviti-aktiviti kejiranan nanti.


-----------------------------------------------------

·        Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil
-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan
(dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada
wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan
Jika kalian kategori usahawan di atas
-Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat
-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untuk atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bulan
 
Bagi usahawan yang mengalami masalah di atas, boleh sertai bengkel urus kewangan

·   Bengkel Offline Asas Akaun
Tarikh: 16.8.2014
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9pg -5ptg




Hubungi saya untuk mendaftar.

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Wednesday, 6 August 2014

Pageview ke-10,000

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Koleksi Peribadi

Alhamdulillah, baru-baru ini dapat 'printscreen' bilangan pengunjung blog saya yang ke 10 ribu. Walaupun mengambil masa sehingga sepuluh bulan, tetapi ia sangat besar ertinya bagi saya.  Saya secara peribadi mengakui, tidak berapa pandai dalam bab menulis ini. Walau apapun, Alhamdulillah, moga sedikit perkongsian saya dalam blog ini boleh dimanfaatkan. Syukur juga kepada Allah temukan saya dengan rakan-rakan di ABDR terutama Guru Online saya, Puan Aishah sebab banyak bagi panduan dan nasihat untuk terus menulis walaupun hanya di alam maya. 




Anda berminat belajar dan menulis di BLOG?



Mengapa perlu ada blog?
1. Catatkan pengalaman, kemahiran dan minat dalam blog, mungkin ia sesuai untuk dijadikan ebook atau buku.
2. Jadikan sebagai salah satu cara berkongsi kisah motivasi dan inspirasi.
3. Bina pengaruh dan khalayak kalian sendiiri, biasanya pembaca tetap akan bertukar menjadi pelanggan pula.
 4. Blog sangat bagus untuk mempengaruhi atau mempromosi barang atau produk, namun ada cara untuk menyelit iklan bisnes di blog yang sudah diikuti ramai pembaca.

Jika sudah bersedia, boleh PM saya untuk mendaftar

SMS/whatsapp: 013 684 4409
Facebook: Suhaila Rahim

Bengkel Canva untuk anak-anak -23 Julai 2025

  Jom daftarkan anak anda ke BENGKEL CANVA UNTUK KANAK-KANAK ! Bersama Coach Maryam, seorang Canvasador dan Canva Trainer yang berpengalaman...